Followers

Thursday, July 21, 2011

Single Vs Couple | Pengalaman Cinta Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera yo!

Segmen "Single Vs Couple" ini merupakan segmen khas yang dibuat bagi mengumpul idea2 para blogger tentang kebaikan/keburukan berstatus single/berpasangan. Dan yes..., ianya belum berakhir dan takkan berakhir sehinggalah aku ditakdirkan diculik alien. Coz kalo aku kene culik alien, sape nak wat entry baru kat blog ni ye dok?

Untuk review kali ini, aku ingin menceritakan sedikit pengalaman bercinta zaman persekolahan a.k.a cinta monyet. Tujuannya ialah supaya dapat memberi iktibar kepada mereka yang membacanya...
--------------------------------------------------------------------------------------

Alkisahhh~~ Maka tersebutlah kisahhh~..
Kisah ini terjadi pada tahun dimana aku akan menduduki SPM... Pada ketika itu, aku rapat dengan salah seorang classmate sendiri (perempuan chinese) sebab beliau selalu kaco aku.

Ok. Fast forward.. Tzzztt..Tzssettt.

Akhirnya.., kami pun menyatakan cinta masing-masing.. Pada waktu tersebut, dunia menjadi begitu indah.!!!
Dapat bercuti kat Pulau Indah pun tak seindah percintaan aku..
Aku rase akulah satu-satunye manusia yang mempunyai cinta paling suci dan agung kat dunia ni!!
Ohh cintaa!! Sanggupkah dikau menemaniku sehingga hembusan nafas berbauku yg terakhirrr~?
*nafas aku wangi ye~

Aku tak nafikan yang kebanyakan mereka yang baru nak berkenal dengan cinta akan lebih cenderung untuk berdrama swasta macam kat atas tuh.
Cinta agung !? Alahaii.. Lempang kang, berjoget.. Sesuke hati ko je nak declare tu cinta agung. Tu cinta jagung namenye.. Sekolah pun tak habis lagi, nak beli kinder bueno untuk girlpren pun gune duit sekolah yg ayah bagi.. Aku tabik spring kat effort ko beli kinder bueno tu semata-mata nak jadik romantik. Last2 ko gak yang lapar takde duit nak beli makanan kat kantin sekolah...
Sememangnye cinta gak boleh menjadikan kita kuat, gila, buta, angau dan tak lupe juge, bodoh..

Last-last aku dan beliau terpakse clash atas sebab race n religion yang berbeza. Besides, ape yang mak bapak nak harapkan dari kata-kata budak sekolah kann? Kata-kata juga memerlukan insurance beb.. Ada kejadian yang agak dramatik telah berlaku kat depan rumah bunglow beliau antara aku, dia dan keluarga dia. Dua minggu muka down macam tikus mondok tercekik kapur. Makan tak lalu,...
Minum tak lalu..
Mandi tak basah,....
Kene hujan pun tak basah... (sebab aku pakai payung)

A lesson to learn:
Cinta agung hanyalah cinta kepada DIA. Tanpa cinta tu, cinta kat dunia ni takkan menjadi.
So, get ready to love Allah as much as you can before loving someone.

Jom terjah pendapat mereka!








Mari join beri pendapat di SINI


12 comments:

merahitujambu said...

cinta itu membutakan manusia..cintai ilahi cinta selamanyaa

AINI CHE DIN said...

memang dramatik betoi...mudah2an jumpa la calon tu..inshaALLAH

.:AiN iKeUchi:. said...

sesungguhnya Cinta Allah yang hakiki dan selamanya..cintailah Allah lebih kamu mencintai makhluk Allah di dunia ini...hehe..

Ashraf Jalil said...

mekaseh jenguk =)

BeloG MTT said...

Cinta ibarat makan sambal belacan,walau pedas hingga mengalir airmata masih mampu di telan juga.. hehe =)

Ashraf Jalil said...

cinta ibarat kentut..kita tak tahu bile kita akan terkentut.. heheh

azalia hjsalleh said...

lawakle. 1st time dgr cinta jagung ;)

TeAqArH said...

cintailah insan yg kita cinta kerana ALLAH..^_^

Miszyuyu said...

amboi dia bercinta ms sekolah =) .. oh sy bercinta selepas abes sekolah~ ianya bukan cinta jagung ianya cinta puding jagung.. manisnya kurma itu~

Ashraf Jalil said...

teaqah : betul..betul..=)

Ayu: kurma itu mmg manis tapi sayangnya perangai kamu tak berapa maniss..! hahah!

Bella Lim said...

i baru baca ni. hahaha. kenapa kinder bueno yang disebut sebut wahai kanda?

Ashraf Jalil said...

Entry dah berhabuk le Kamaria Nabila..hahaha!Sebab kinder bueno mmg sesuai dibeli untuk pasangan sebagai menyatakan rasa sayang..ecewahh..

Please take your time for this =)