Followers

Wednesday, October 31, 2012

Siapa Pemain Catur/Chess Nombor 1 Dunia Sekarang?



Magnus Carlsen ( 30 Nov. 1990) adalah pemain nombor 1 dunia sekarang. Beliau memegang title Grandmaster pada usia seawal 13 tahun. Beliau merupakan antara sebab Garry Kasparov (pemain no 1 dunia selama 20 tahun), pencen dari dunia Chess apabila bertemu Carlsen yg pada ketika itu berumur 13 tahun, dan keputusan game tersebut ialah "draw"

Mamat ni orang Norway.. Tactical permainan mmg sangat gempak dan bersifat offensive. Kepada sesape yg tertanya-tanya pendapatan seorang player chess ni, sekali menang satu kejohanan, sejuta pound masuk poket. Naib johan setengah juta pound. Carlsen ni umur baru 22 (cam aku jek) tapi dah jutawan.. Kan bagus kalau bapak aku train aku main chess dari baby lagi..



P/s: Sesape berminat nk tgk analysis penuh game2 chess yg bertaraf grandmaster, boleh gi kat youtube channel ChessNetwork dan SeanGgodley.. Analysis diorg mmg superb..

Tuesday, October 16, 2012

Apa perasaan wanita kalau dapat husband camni..?

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.



p/s: gambar xde kaitan.. saje edit diwaktu lapang.. *blush2..

Please take your time for this =)