Followers

Monday, November 26, 2012

Main Salji Percuma | Cepat Sebelum Terlambat

Tengok-tengok status kat facebook, salji dah start turun kat Ottawa gamaknye..

Aku rasa, salah satu pembaziran yang aku terpaksa hadapi selepas balik ke Msia ialah:

 Skill ski yang aku asah selama 4 tahun akan pudar begitu sahaja. 4 tahun aku amek masa untuk sampai ke "extreme" track.. Tapi nak wat camno.. Takkan nak ski kat federal highway pulak.. Kene saman satu hal.., kene cop gila boleh mengaibkan keluarga..





*dulu kutuk salji, skang rindu pulak.. haihh

P/s: Title tu saje je nak bagi catchy..

Thursday, November 22, 2012

Israel Vs Iran | Apa Akan Terjadi Selepas Itu?


War on Iran would certainly affect the price of oil and that, in turn, could function as the catalyst that would cause the rapid meltdown of the fraudulent US dollar, and culminate with USA losing its dominant position as the ruling state in the world. In a surprise of all surprises, Israel could then replace USA as the new ruling state in the world, while controlling the new electronic money-system of the world that would then totally replace paper-money.


It is certain that an attack on Iran would result in an instantaneous and dramatic rise in oil prices as well as the price of gold. Few people seem to realize that when the price of gold ‘goes up” it actually amounts to the value of the US dollar ‘going down’. In September 1971 the US government, having solemnly pledged its word, reneged and scrapped the Breton Woods Accord. Britain had acted in September 1971 in accordance with her rights under the Breton Woods Accord in demanding that the US government redeem for gold (at $35 per ounce of gold) a few billion dollars of British-held US dollars. USA was legally obliged to do so under international law, but did not have the gold to redeem all the dollars it had printed and put in circulation both domestically and overseas. That was fraudulent. It could have led to war. But all that happened was that US simply broke her word, reneged from her treaty obligations and scrapped the Breton Woods Accord.
The value of the US dollar has been generally based since then on market demand around the world. Specifically, however, the US dollar has kept its strength because of imperial America’s control over its oil-exporting client-states, insisting that the dollar must be the currency used for the purchase of oil.
USA was devious enough to get the world to accept that it could take any amount of paper and make money with it, and so long as mankind accepted that paper-money, and there was demand for it, USA did not have to worry about where it would find the money to pay for imports, goods, services, etc. It would simply print the paper. But USA ensured that there would be a substantial and significant demand for US paper dollars by imposing upon oil exporting countries the obligation to sell their oil for that US paper-money. The result was that the demand for US dollars remained forever strong, indeed stronger by far than the demand for any other paper money.
But war on Iran would certainly disrupt oil and gas exports from that country and could, conceivably, also result in a shut-down of the strategic Straits of Hormuz through which tankers laden with Gulf oil must pass to get to the open seas.
Twenty-five to forty percent of the world’s oil trade passes through the Straits of Hormuz, which connects the Persian Gulf to the Indian Ocean. If Iran were to carry out such a threat, other big oil producers in the region, such as the United Arab Emirates and Kuwait, would be unable to export oil to Japan, China and the rest of the world.
Oil prices could conceivably increase to $200 a barrel or more, and as the price of gold also escalates as it did in January 1980 ($850 an oz.) the US dollar would so lose value as to become a very significant liability. If some Central Banks and large corporations respond to the falling value of the dollar by turning away from the US dollar in search of a more stable currency which could store value with greater reliability, and if the proposed Iranian oil bourse succeeds in offering an alternative to the dollar for the purchase of oil, this would have disastrous consequences for the dollar. If the US dollar loses its present status as the international currency, such a collapse would bring down with it all the paper money in the world. It would also mark the end of the era of American dominance over the rest of the world as the ruling state. Such would be an entirely positive development for an Israel that is just biding its time to replace USA as the third and last ruling state in history.


Friday, November 16, 2012

Update Info Keadaan Di Palestine / Palestin

Bagi yang ingin mengetahui keadaan di Palestine dari semasa ke semasa, boleh click kat link dibawah:

Palestinian Centre For Human Rights

dan juga 

Activists around the world for Palestine

Sebarkan..

Thursday, November 15, 2012

Suddenly...

Salam maal hijrah..

Sedar tak sedar aku dah cuti 8 hari since Khamis lepas.. Kegembiraan tatkala cuti bermula memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata (dari dulu aku confuse dengan kenyataan sebegini..dah memang kata-kata cuma mengeluarkan ayat yang berbentuk bunyi je..,memang la tak dapat nak gambarkan.. Ingat Polaroid ke boleh keluar-keluar gambar..)

Waktu 1st day cuti, senyum memang literally sampai telinga, mata terpejam.. Aku balik dari Shah Alam ke Bangi driving guna mata hati je tengok jalan.. Nak scan Touch n Go kat plaza tol pun senyum-senyum macam orag gila.

Tiba-tiba..

Aku baru sedar esok ade Safety Induction..

Demm..

Aku tensi sungguh.. Awat la diorang tak bawak je sesi tu minggu depan.. Patutnye aku boleh cuti straight 10 hari tanpa gangguan.. Maka malam ni aku terpaksa bertungkus-lumus kemas barang bawak balik gi Shah Alam. Disebabkan Isnin start balik sesi baru Piping Design, aku decide untuk stay terus Shah Alam sampai next week..

Ni semua gara-gara Safety Induction punye sesi tu..

*camni la perasaan aku sekarang


Anyways, sempena maal hijrah ni mari sama-sama kita doakan saudara-saudara kita yang berada di Palestine sekarang. Keadaan skang memang agak teruk di Gaza.. Doakan kemenangan buat Islam.

P/s: tak sabar nak buka.. sup campur utara cam nice.

Tuesday, November 6, 2012

Cara Menaikkan Berat Badan





Cara menambah berat badan, tips menaikkan berat badan.

Straight to the point, masalah utama orang yang kurang berat badan adalah kurangnya disiplin.


By definition, kurang berat badan ialah apabila BMI korang jatuh bawah skala normal iaitu kurang daripada 18.5. (Sila tanya Encik Google untuk cara kira BMI)



Dengan erti kata lain, korang boleh dikategorikan sebagai adik-beradik papan lapis apabila mempunyai BMI sedemikian rupa. Pelbagai alasan yang golongan ni boleh bagi apabila isu ni ditimbulkan. Antaranya termasuklah:



1) "Aku dah makan banyak gile sampai nak muntah dah.. Tapi tak naik-naik gak berat badan."

2) "Dah genetik aku memang kurus camni.. Tak boleh buat apa."



Di sini, aku ingin tekankan alasan pertama yang ditunjukkan di atas. Mungkin korang rase korang dah makan banyak gile, tapi itu ialah judgement perut korang semata-mata.



Sebenarnya, kunci kepada kenaikan berat badan ialah jumlah kalori dan zat yang korang consume setiap hari. Dan ya, kita mempunyai formula untuk kira berapa banyak kalori yang diperlukan  setiap hari untuk tambah berat badan berdasarkan faktor berat asal, tinggi, umur dan jantina.



Jumlah kalori yang korang perlukan setiap hari boleh dikira menggunakan formula Mifflin-St Jeor untuk mengira Resting Metabolic Rate (RMR) korang.




RMR = 9.99w + 6.25s - 4.92a + 166g - 161


  • w = berat anda dalam kilogram


  • s = tinggi anda dalam sentimeter


  • a = umur anda dalam tahun


  • g = jantina anda (1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan)


  • Jumlah kalori yang anda perlukan untuk maintain berat anda sekarang ni ialah RMR x 1.15.




    So, kalau nak tambah berat, kene la make sure korang consume kalori lebih daripada jumlah tersebut; at least 300-500 kalori lebih daripada jumlah tersebut. Sekali makan nasik 3 senduk besar bersama lauk ayam mungkin boleh bagi dalam 400-500 kalori.



    Aku dah cuba formula ni dan berjaya tambah berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu. Apa yang diperlukan hanyalah "real food" dan "disiplin". Kalau korang makan 100 botol pringles setiap hari sampai muntah pun belum tentu boleh tambah berat. Sebaiknya makanlah nasik, ayam, telur dan segala jenis sumber protein dan kanji yang berkhasiat. Avoid makanan tak berkhasiat seperti jajan dan cikedis. Aku amalkan konsep "makan setiap masa" dimana kalau aku takde keje, aku makan buah-buahan, roti , soup, telur separuh masak etc. Meal berat 1 hari 3 kali kene jaga especially breakfast. Disamping tu aku amek supplement protein sbb aku buat intense workout kat gym (ni aku tak sarankan sangat sebab ada long term side effect)



    Sakit hati digelar "ikan bilis"? Sudah muak diejek "plywood"?

    Lakukan perubahan. Anda mampu mengubahnya.












    Shah Alam Seksyen 7 | Restoran Pilihanku

    Sejak aku sewa rumah kat sini, boleh dikatakan hidup aku hari-hari macam dalam cite "jalan-jalan cari makan".

    Almaklumlah, tempat student..Nama pun Seksyen 7..,student2 UITM Shah Alam ngan Unisel semua kebanyakannya bertapak kat sini. Maka banyaklah restoran-restoran yang best-best dibuka kat sini.

    Antara yang terfofular termasuklah:

    1. Restoran Barra

    Restoran ni popular sebab ayam bara dia. Pada aku ayam bara ni rasa cam ayam goreng biasa yg digoreng dengan rempah kari megi jek. Tp not bad la.. Lagi satu yg best, dia bagi makanan free kat mane-mane pelanggan yg kene "barrarized". Tapi so far aku xpernah kene lagi..  Satu mende yg aku xpuas hati ialah mamak kat sana bukan main kerek lagi. Aku pindah meja, siap kene sound sebab tak bagitau dia. Memang makan sound aku balik le mamak tu. Customers always right..

    2. Ani Sup Utara

    Ni aku takleh nak describe.. Sup ekor makan dengan nasik cecah sambal belacan n letak telur masin = heaven.

    3. Burger Yazid

    Bila aku datang kat kedai ni, tiba-tiba aku menjadi seorang lelaki yang mempunyai misi dan visi besar dalam hidup.. Misi tersebut ialah untuk menghabiskan burger sekilo aka burger gergasi sampai licin seorang diri. Burger sekilo tu memang bapak besar. Nak tengok besar dia camne?




    Hamek kau.. Kalau lempar kat kepala, boleh kene concussion..

    4. Nasik Arab

    Kedai ni bersebelahan dengan kedai burger gergasi tu. Aku prefer makan kat kedai ni lepas habis main futsal sewaktu tengah lapar beruk.
    *bile lapar tahap beruk, marilah kita makan meal untuk 3 orang..

    Sebenarnya banyak lagi kedai2 yg best sekitar Shah Alam ni.. Ie: nasik kandar pelita sebelah masjid negeri,. Sotong goreng kat situ memang mantop.. Luar rangup cam jalan tar, dalam kenyal macam gule-gule yupi.

    Anyways.. Selamat menjamu selera..

    Monday, November 5, 2012

    Masalah Duit | 5/11/2012

    Esok cuti.

    After that, cuti panjang  start Jumaat 9 November sampai minggu depan.

    Cuti ni datang memang tepat pada waktunya.. Macam tau-tau je aku tengah pokai. At least kalau cuti, aku boleh balik rumah. So, expenses makan/minyak kat Shah Alam ni dapat dikurangkan pada skala yg meletakkan aku luar daripada kategori "papa kedana".

    Zaman dulu takde pun aku merasa kesesakan hidup yang sebegini rupa.. A sampai Z parents tanggung.. Hidup hari-hari penuh dengan senyuman..Tenung bunga pun, boleh berkembang mekar bunga tu.
    Skang bile dah keje, kene bayar duit sewa rumah, bayar kete, segala bil kejadah dan sebagainya..,tenuk pandang muke kite pun boleh jadi stress tak lalu nak hidup ..Habis moral down flora dan fauna. Sesesak-sesak federal highway tetiap hari pukul 8 pagi, sesak lagi hidup aku dikala gaji tak masuk lagi.

    Camne aku nak beli Lamborghini kalau asyik sesak camni?


    *biar sesak, janji boleh posing macho..

    Please take your time for this =)