Followers

Friday, July 22, 2011

Sifat "Aku Tak Kisah"

Rasa nak berputus asa... Itulah perasaan yang sangat akrab dengan perkataan "Aku Tak Kisah".

Aku tak kisah la kalo result exam aku terok.. Kalo ade rezeki, ade le...
Aku tak kisah la kalo orang tak suke aku.. Yang penting aku tak kaco orang..
Aku tak kisah la kalau aku hidup aku susah camni sampai mati.. Dah takdir... Nak wat camne?

Sebenarnya tiada batasan untuk kita berusaha sehabis baik dalam segala kebaikan yang dibuat.
Aku sendiri selalu rasa nak berputus asa dalam sesuatu perkara.. Berserah tanpa berusaha.
Perut lapar, tapi harapkan orang lain amekkan nasik dan suap..

Kat Canada, aku selalu nampak ramai orang2 istimewa (tanpa kaki, tanpa tangan, berkerusi roda) jalan2 kat tengah2 bandar menjalankan aktiviti masing2 dan bekerja... Kat uni aku sendiri terdapat golongan yang down syndrome, gigih study. Membuatkan aku persoalkan balik dimana letaknya sifat kesyukuran yang dituntut agama dalam diri? Kesempurnaan fizikal dan mental Tuhan dah bagi, tapi mereka yang kekurangan tu boleh berusaha lebih gigih dari aku..

Mentaliti camni ke nak dibawa sepanjang hidup? Nak berubah bile sampai seru...?
Sedangkan kemajuan dunia pun tak terkejar dek seru tu, apatah lagi Malaikat Maut..
Fuhh.. Kekurangan diri dah nampak, effort untuk berubah je susah nak buat..
Berat gak fitnah dunia nih...

7 comments:

alif ismail said...

sifat berputus asa tu antara bisikan halus syaitan...

jika kita rasa diri kita lemah, pandang lah insan lain yang lagi lemah...

Ashraf Jalil said...

betull.. kadang2 manusia ni, insan yang lemah tak dipandang, insan yang berada kat atas lebih diutamakan..

mintak dijauhkan..aminn..

oja_alia said...

biasa la bro...tp betul,,lapar tp mntak org amekkan nasik dan suapkan..eh!mmg tak dpat kalau cmtu...


Allah tidak akan mengubah nasib seseorang kalau seseorang itu tidak mampu mengubahnya...

peRNAH DGR TAK NI??

cahaya inspirasi said...

bila ashraf kuarkan entry ni..tetiba teringat kata seorg teman...

kita selalu bezakan diri kita dgn org yg lemah bila kita rasa down...

tp pernah x kita bezakan diri kita dgn org yg boleh melakukan sesuatu (padahal kita sebenarnya mampu melakukan hal yg sama)..tp oleh krn kita selalu biarkan diri kita membezakan dgn yg kurang, makanya kita gunakan usaha lebih gigih tu sekadar biasa2 saja..padahal kita mampu lakukan yg lebih baik..

Lizzie Yasmin said...

kadang sifat kuat berusaha datang dari pengaruh keliling. Orang yang rajin nie, dia sentiasa dahaga ilmu dan kepuasan melawan arus.

zaeimah ismail said...

kita sekarang cepat berpuas hati....bukan xmo bersyukur..

tp,cuba usaha lg utk yg lebih baek,contohnya result exam....^^

Ashraf Jalil said...

Alia: pernah =D

CI: kalau bezakan diri dengan orang yang kurang dari segi usaha, tu yang usaha kita jadik ala kadar je.. hehe.. betul gak tuh.. nice point :D

Lizzie Yasmin: tau xpe.. rase pressure dan perlu usaha keras beli org sekeliling jenis yg xreti nak give up..

ZI: hehe..kalo berpuas hati lepas dah try habes baik tu kire takpe kot..

Please take your time for this =)