Followers

Thursday, July 28, 2011

Aku Masuk TV jap: "Sembang Siber" | 1Malaysia TV











Tengah aku dok syok2 makan ikan bakar ngan membe2 kat Melaka, tetibe Yuyu kol.
"Ash bole tak tlg ganti yuyu bla3..". Aku tak dengar jelas sangat sebab tempat tu bising. So, Yuyu bagi nombor phone aku kat Kak Erna untuk explain sume..

Last-last aku dapat tau yang Yuyu nak suruh aku gantikan die untuk Sembang Siber utk 1Malaysia TV hari Khamis lepas sebab die ade kelas sampai kol 6 petang. Memule aku rase agak tak masuk akal gak sebab aku tgh ade kat Melaka. Balik rumah pun pukul 1am baru sampai. Kene ade kat studio pulak kol 1pm.. Bile mase aku nak prepare?

Disebabkan takde pengganti, lalu aku pun bersetuju untuk hadir bual bicara tersebut.. Gasak la malam tu aku prepare sampai kol 3 pagi.

Sampai je studio, En. Ben 1Malaysia TV (ni bukan Bro Ben Ashaari) bawak la sekitar office..Perkenalkan semua staff2 dan chat2 sket untuk bagi mood sampai..Bersama yang hadir untuk bual bicara tu ialah En Rusli Abd Ghani, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Agak kelakar orangnye dan berjiwa mude (bak kate beliau).

Tajuk untuk Sembang Siber tu ialah "Bahasa Siber". Memandangkan aku tak biase sangat dengan situasi2 atas stage + depan camera nih, ade certain point aku lari gak la.. 1 Malaysia TV ni yang aku tahu ialah saluran TV online yang fokus kepada news n isu semasa. Target audience 1 Malaysia TV ni ialah golongan belia. Sembang Siber ni adalah satu program yang membicarakan pendapat tentang isu dalam dunia siber sekarang ni. 1 Malaysia TV ni akan launching program diorang mungkin pada bulan August ni.

Memandangkan aku ialah wakil belia, berikut adalah point aku (yang sepatotnye aku explain time bual bicara haritu tapi tak semua dapat disampaikan..)


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bercakap tentang evolusi bahasa.. Sedar tak sedar, sebenarnya bahasa yang kita guna setiap hari tu sendiri lah yang menyebabkan perubahan struktur Bahasa Melayu. Lihat persekitaran kita.. Adakah masih ramai lagi mereka yang dapat menggunakan bahasa baku dalam perbualan tak rasmi? Kalau ada pun mungkin segelintir.. Fenomena berbual menggunakan "bahasa pasar" bukan lagi sekadar fenomena, tetapi dah jadi satu tradisi.

Bila tradisi sebegitu diterima masyarakat atau komuniti, media juga akan ikut jejak langkah kita untuk kepentingan bisnes. Drama bersiri, movie, music dan segalanya tentang hiburan penuh dan padat dengan penggunaan "bahasa pasar". Bukan setakat itu, penggunaan "bahasa sms" juga merebak.

Dari sudut pandangan topik ni, keadaan menjadi bertambah tragis apabila kita mempunyai akses penuh dalam penggunaan internet. Tak kira peringkat umur, semua orang mempunyai akses secara menyeluruh. Facebook. twitter dan blog menjadi tempat penyebaran idea. Penyampaian idea menjadi isu yang lebih diutamakan berbanding "kesempurnaan bahasa" yang digunakan. Dengan adanya internet yang menjadi medium penyebaran idea, tradisi ini merebak seperti cendawan..

Apa yang kita lihat pada hari ini merupakan kesan sampingan daripada usaha kita untuk meluaskan lagi penggunaan teknologi, IT, etc.. Ianya memang memberi kesan yang sangat positif dari segi berapa banyak maklumat yang kita dapat kongsi terutamanya dalam bisnes, industri, dan untuk kegunaan pelajar IPT. Tetapi kita terpaksa akui yang ada kesan negatif yang terhasil daripada perkongsian maklumat atau cara perkongsian maklumat yang "tak beberapa sesuai" seperti penggunaan "bahasa pasar". Jika memilih untuk merencat perkembangan teknologi internet sebagai penyelesaian, kita perlu persoalkan balik "mampukah kita menolak tepi keutamaan terhadap kesan-kesan positif yang boleh kita dapat dari perkongsian maklumat yang dibincangkan diatas demi memartabatkan bahasa ?" Jika memilih untuk memantau aktiviti-aktiviti internet, mampukah kita membiayai kos untuk memantau semua aktiviti. Adakah ianya berbaloi dari sudut pandangan ekonomi? Apa jalan penyelesaian yang paling sesuai kalau semua tak boleh?

P/s: Aku takde la gune bahasa baku cam En. Rusli time tu.. Aku berbual cm kat warung kopi je.

27 comments:

MAISHARAH said...

wah nice nice Ash..:)

fiq. said...

tahniah, mesti best sembang pasal bahasa siber ni,, dah pro jugak kan

laskar pelangi said...

wah!

ZIPPO MILLER said...

Perghhh...Aku Follower Blogger yang masuk tv siakkk huhuhuh..Bangge bangge

Mohd Khairi Khadzir said...

wahh.. tahniah2 dpt msuk tv..hehehe

Ashraf Jalil said...

tolong2 org je.. =)

Cik Purple Pinkypuff said...

wow.. hebat.. mana nak tgk rncgn nih?? kat astro ker?

Ashraf Jalil said...

haha..xtau ktne rancangan ni .. kt tenet kot..

UNA budak BAEQ said...

perghh kalao tak yuyu yg masuk tivi la erk . pehhh

hebat doe blogger sekarang . tahniah tahniah

Ashraf Jalil said...

yuyu akan kene masuk balik nanti..heheh

BeloG MTT said...

Wahhhh,tahniahhh.. Video dorang tak upload lagi ker? Nanti jangan lupa share ! :)

Ashraf Jalil said...

heheh..insyaAllah.. kene tggu die launch dlu program tu..=D

h A n Y S said...

wah..retissss..hahaha

ila said...

tahniah.
wakilkan belia lagi

TeAqArH said...

wow..masuk tb pulak ashraf skrg...^_^...
sila2 la imform bile da kuar sembang siber nie..^_^

Ashraf Jalil said...

xdenye retiss.. tu tortis namenye..heheh

Ashraf Jalil said...

ila: nak wakilkan warga emas le pulak..heheh

Teaqah: .tb tu penyakit..mintak dijauhkan..hahhaaha

.:AiN iKeUchi:. said...

wah..masuk tb..cm retisss ..:P

Ashraf Jalil said...

Ain la yg retisss.. =P

Anif Abdullah| AA said...

bagusla bro.. Mewakili pemikiran/suara belia :D

Ashraf Jalil said...

Anif: idea men sebat je tuh..hahah

yunZ said...

cewahhhh..pemes ah ko. pasni leh la promote agensi cari jodoh ko..lalalalala

Ashraf Jalil said...

agensi cari jodoh..haha..igt lagi ye..

Pyka Rahmat said...

artislah ! nak sain !

Ashraf Jalil said...

ayyo.. artis xde kat sini..kure2 ade le..hahah

~~eiQhIyN~~ said...

aiseh .. haha

Muaz Faris said...

terbaik..nak gak..nanti panggil sya pulak ye

Please take your time for this =)