Followers

Showing posts with label Aku tak kisah. Show all posts
Showing posts with label Aku tak kisah. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Sifat "Aku Tak Kisah"

Rasa nak berputus asa... Itulah perasaan yang sangat akrab dengan perkataan "Aku Tak Kisah".

Aku tak kisah la kalo result exam aku terok.. Kalo ade rezeki, ade le...
Aku tak kisah la kalo orang tak suke aku.. Yang penting aku tak kaco orang..
Aku tak kisah la kalau aku hidup aku susah camni sampai mati.. Dah takdir... Nak wat camne?

Sebenarnya tiada batasan untuk kita berusaha sehabis baik dalam segala kebaikan yang dibuat.
Aku sendiri selalu rasa nak berputus asa dalam sesuatu perkara.. Berserah tanpa berusaha.
Perut lapar, tapi harapkan orang lain amekkan nasik dan suap..

Kat Canada, aku selalu nampak ramai orang2 istimewa (tanpa kaki, tanpa tangan, berkerusi roda) jalan2 kat tengah2 bandar menjalankan aktiviti masing2 dan bekerja... Kat uni aku sendiri terdapat golongan yang down syndrome, gigih study. Membuatkan aku persoalkan balik dimana letaknya sifat kesyukuran yang dituntut agama dalam diri? Kesempurnaan fizikal dan mental Tuhan dah bagi, tapi mereka yang kekurangan tu boleh berusaha lebih gigih dari aku..

Mentaliti camni ke nak dibawa sepanjang hidup? Nak berubah bile sampai seru...?
Sedangkan kemajuan dunia pun tak terkejar dek seru tu, apatah lagi Malaikat Maut..
Fuhh.. Kekurangan diri dah nampak, effort untuk berubah je susah nak buat..
Berat gak fitnah dunia nih...

Please take your time for this =)