Followers

Thursday, August 11, 2011

Jika Aku Kantoi Tak Puasa


Deyymm.. Sedar tak sedar, tinggal 30 hari je lagi untuk aku menikmati saat-saat indah di Malaysia tercinta. Banyak lagi aktiviti menarik yang masih belum dilaksanakan termasuklah makan durian secara berjemaah bersama keluarga kat gerai durian tepi jalan. Walaupun gua tak suke makan durian, tapi siyes gua nak try durian 101 yang digembar-gemburkan tuh. Katenye tu durian kacuk pisang..Tapi xtau le kalau aku salah dengar (jangan pecaye).

Tapi apakan daya... Sekarang bulan puasa.. Memang cari nahas le kalau aku melantak durian tepi jalan. Tak sanggup aku kene bawak jalan-jalan dengan van jenazah sekitar KL. Free-free jek bole jadik femes.
------------------------------------------------------------------------------------

Soalan cepumas: Jika anda ditangkap tak puasa dan diarak sekeliling kampung dengan van jenazah, apakah yang anda akan lakukan?

a) Buat muka bangga sambil lambai "royal wave" ala-ala Queen Elizabeth kat orang kampung.

b) Baca yasin untuk si mati konon-konon ade jenazah lain kat dalam van tuh.

c) Baring, pejam mata, buat muke beriman sambil kiamkan tangan dan "play dead" @ berlakon mati. Konon-konon anda lah jenazah yang akan dihantar ke Tanah Perkuburan Kampung Dusun pada petang itu untuk dikebumikan.

d) Promote blog kat orang kampung untuk naikkan traffic.

---------------------------------------------------------------------------------

Soalan untuk kaum Adam: Jika anda kantoi ngan Pak Imam tatkala sedang syiokk makan eskem paddle pop di siang hari pada bulan Ramadhan, apa anda nak jawab ngan beliau?

a) "Hari ni saya uzur pak imam.. Tengok ni saye baru beli kotex" *sambil menunjukkan kotex yang dibeli kat kedai tadi (kakak pesan soh belikan).

b) "Ooo... Skang dah bulan Ramadhan ke pak imam? Saya ingatkan masih bulan Rejab~hik hik~"

c) "Bile mase pulak saye makan eskem, pak imam ?!! Tak baik main tuduh-tuduh tau !! Pak Imam ni letih sangat puase kot..Tu yg salah pandang tuu !!" *sambil menyembunyikan eskem di dalam seluar.

d) "Pak Imam nak satu ke? Saye ade beli aiskrim lebih tadi.. Tapi perise oren laa.. Nah."

e) Persetannkan itu sume..Lari pecut 100m sekuat hati balik umah. Boleh pulak pak imam nak kejar ngan kain pelikat.

------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat menunaikan ibadah puasa...

14 comments:

MizzTina said...

haha..cool la jawapan tu semua..

Nur Intan Syafinaz said...

Kalau kantoi pose memang kena arak naik van jenzah ke?wahaha..lawak2..

Ashraf Jalil said...

mizzkecik:jawapan berbaur alasan..heheh

Intan: memang kene la..haha..tp xpernah nampak lagi org kene arak.

.:AiN iKeUchi:. said...

terbaik punyer jawapan..haha

DibaHadzim said...

tak baek tau ponteng pose . hehe . thanks sebab jadi judge untuk contest ' the best picture of me' sgt terharu plus malu =,=

ღ αεn ツ said...

HAHA, Ashraf -.-'
Bagi period betul betul melalak pulak.

maszull said...

salam...betul plak semua jawapannya...

hati2 yer bagi yg x berpuasa kang x pasal2 dpt naik van mayat...:)

Ashraf Jalil said...

Ain: haha.. alasan munasabah

Diba: hehe.. tenggs kat tuan penganjur..

Aen: wuuu..xnak.. susah2..hahah

syasyah_biscuits said...

letak gambar dia jadik ikon van jenazah jela...

Unknown said...

haha jadi je lah mayat, tp klu bt nye mati btul, x memasal..kain kapan kene bawak merata lah nmpknye klu dh plan awal2 x nk pose..

ini baru namanya mati tk mnyushkan org, dh ready kat dlm van, pastu dh siap balut diri sendiri, tnggl nk ukur kubur je

Kak Amy said...

terbaik punya jawapan hehe...

p/s:http://www.sinarraudah.com/2011/08/tutorial-cara-nak-tukar-alamat-baru-di.html

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, ada ke arak naik van jenazah kalau tak puasa;)

Nur Hafizah Hadi said...

Okay nak jawab soalan first because obviously tak boleh jawab soalan second.

I'll go for B. Kahkah. Yang D x boleh belah la bro.

Cahaya Inspirasi said...

hohoho..org yg tak puasa mmg ada 1001 mcm jawapan.bergeliga sungguh otak.huhuhu.kadang2 jawapan yg diaorg bg yg tak terjangkau dek akal.
terbaik punyer entry seantero malaya nih!;)

**tetiba teringat kat seseorg zaman dulu kala.dia bg jawapan "a" tu."aku uzur la" gulp!

Please take your time for this =)