Followers

Tuesday, August 2, 2011

Aku Eksiden | AWAS: 18SG Tak sesuai untuk 18 tahun kebawah

Mase aku kecik-kecik dulu, aku suke main basikal. Ianya dah jadi macam rutin harian. Setiap petang lepas habis sekolah, aku akan keluar rumah untuk main basikal sekitar kawasan perumahan. Mase darjah 1, aku sekolah sesi petang. Kebiasaannya lepas balik sekolah, aku akan tros tukar baju n main basikal.

Sebagai seorang pelajar darjah satu Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, aku sememangnya berada dalam fasa hidup dimana tiada masalah dunia yang membebani diri. Budak-budak le katekan..Mood happy go lucky jek.

Tetapi...

Pada suatu hari, kebodohan telah melanda diriku. Pada waktu itu, aku rasa sangat gembira sebab dapat main basikal. Aku menyanyi dengan riang sambil mengayuh basikal pusing-pusing kat sebelah rumah.

Kebodohan terserlah apabila aku menunggang basikal tersebut dengan memejam mata sambil berimaginasi yang aku tengah terbang seperti Superman. Pada awalnya, perasaan syok memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku benar-benar merasakan yang aku sedang terbang di awangan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Perancis menyapu lembut ke muka aku yang suci tanpa jerawat ini. Akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia ketika itu..

Tiba-tiba..

Gedegangggg!!

Hamekk ko bahagia.. Apabila mata yang terpejam rapat ini dibuka perlahan-lahan, aku terlihat tembok-tembok batu megah berdiri di sekeliling aku. Setelah diteliti btul2, baru aku tahu yang sebenarnya aku telah terlibat dalam satu kemalangan yang paling sengal sepanjang abad. Dengan penuh kehormatan dan tatasusilanya aku masuk kedalam longkang bersama-sama basikal yang aku tunggang tadi.. Nak sangat jadik Superman, longkang yang aku dapat. Dengan badan yang sakit dan lebam-lebam, aku keluar dari longkang tersebut dan terus balik ke rumah.

Tu la kemalangan paling EPIC pernah aku alami sepanjang hidup.

Moral: Jangan menunggang basikal sambil pejam mata. Melainkan basikal korang ade sistem autopilot (tak habes2 sistem autopilot).

17 comments:

cahaya inspirasi said...

hahahaha..aduh! lawak betul zaman kanak2 kamu ashraf..nakal tp penuh dgn imaginasi...ada hati nak jd superman konon...tu namanya super longkang...

x habis2 dgn sistem autopilot:P
jgn pasni kamu drive kete kamu berangan jadi co-pilot sudah ler....hehehe

Maya Lisa said...

ehhehehehehhehhhhhhhee

MAISHARAH said...

haha... lawak..imaginasi kuat nie...

Nur Intan Syafinaz said...

hahaha..naik basikal penah jugak jatuh..tapi xdela pulak terfikir nak tutup mata..hahaah

chipalicious said...

hAHA.teringat mase mimi kck2 dulu pun pernah jatuh dlm lgkang sbb xde break.bye2 jiran tak perasan yg handle tu dh ke tepi trus je msuk lgkang.

Ashraf Jalil said...

CI: nseb aik longkang tu kering..hahah..kalo basah dah badan bau longkang

Lisa:hueheheheheh

Maisharah: agak la..hahaha

Intan: sengal kan? hahaha

Chipalicious: waa..bau longkang tak badan? heheh

online selling said...

hehheh....looking very nice post and the design is also amazing.

TeAqArH said...

demn...lau baca ni terigt pulak kesah tqah...tp ni bukan masa kecik ke hape....ni mase sem1 dulu..syiok sgt shoping utk raya...nak balik tu kene jalan kat jln besar...memang nasib malang..jatuh longkang kat roundabout kat tengah2 alam kat alor star tu..pergh,,,,malu memang malu!!!!!!dah la longkang ade air....>.<

Ashraf Jalil said...

OS: thanks..:D

Teaqah: perghh..tu memang kedurjanaan tuh.. dapat nickname "budak longkang" x? heheh

i'm ezza haniza said...

mmg sgt bahagia kalau masuk longkang!

Misz Ayu said...

sengalll =) hahaha

BeloG MTT said...

Pernah eksiden terok jatuh basikal..Hampir separuh bahagian muka luka..Naseb baek hilang segala jenis parot,kalau takkkk.. Tak tahu la.. Tu la nakal kemain masa kecik kecik.. =..='

ainaa said...

haha. kuat berangan.

Ashraf Jalil said...

Ezza: rase cm berade kat dunia fatamorgana..heheh

Ayu: tu le..lenguh2 je rase otak ni..haha

MTT: kalau tak~ hilang ayuku~ aww~ hahah

Aina: biase le..ngehehehe

TeAqArH said...

tulah kedurjanaan yg paling melampau terhadap diri ini...pergh..malu jgn ckp la..sampai hostel..kiri kanan badan da calar balar..nasib abek baju x koyak..lau x leh dah menyamar jd peminta sedeqah...da la dlm bus xleh duduk..ape la nasib puasa aritu...

Si Gades said...

tringat dolu2 xcident basikal bub nak g petik bunga2 nak maen puteri2...pompoan la ktekn...haha

[sutera kasih] said...

sy pun penah jatoh basikal smpai patah2 tgn T__T

Please take your time for this =)