Followers

Monday, August 15, 2011

Ciri-ciri Blog Aku FOLLOW



PENYAMPAIAN YANG TEGAS. Tak kisah la topic apa yang ditaip, yang penting apa yang nak disampaikan mampu dicernakan dan dihadam oleh kepala hotak aku yang serba sewel ni. Contoh blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah En Hasrul Hassan dan Cik Namee Roslan. Bila tiba kat entry yang bersifat provocative atau perbincangan tentang sesuatu topik, mereka mampu susun point dengan kemas serta bahaskan perkara tersebut dengan sesuatu yang "make sense". Bukan melalut tak tentu hala sampai ke laut. Pencarian topik mungkin salah satu cabaran terbesar buat semua blogger, tapi cara penyampaian datang dari pengalaman dan practice. Pokoknya, aku tak kisah pun kalau sesebuah blog itu menggunakan bahasa pasar secara berleluasa dengan amat dahsyat sekali, yang penting ianya kemas dan mampu difahami.

PERMAINAN BAHASA YANG LAWAK. Sebenarnya memang tak dinafikan yang bukan senang untuk bermain dengan bahasa ni. Lebih-lebih lagi apabila kita nak selitkan unsur lawak yang mampu membuatkan orang gelak sakan sampai terputus urat kentut. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Bella Lim. 90% entry yang beliau taip adalah lahir dari hati yang kering serta bersifat "main lepas cakap" plus "pedulik-hape-aku-apa-orang-kata". Apa yang aku perasan, ramai blogger yang cuba sedaya upaya untuk menghasilkan entry yang lawak, tetapi akhirnya jadi melalut atau "lame". Clearly, memang susah untuk kita sesuaikan bahasa dan situasi yang lawak. Entry yang lawak juga terhasil dari penyampaian yang tegas.

IDENTITI DALAM DUNIA REALITI. Maksudnya, aku akan follow sesiapa sahaja yang mempunyai background yang menarik. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Syazwan Che Deraman. Aku follow beliau sebab beliau merupakan seorang pilot. So, aku boleh follow kisah-kisah beliau semasa terbang di langit. Dulu aku bercita-cita nak jadik pilot tapi tak boleh sebab aku berkaca mata.

BLOGGER YANG RAJIN KOMEN. Aku akan follow blog sesiapa yang rajin komen. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Cik Teaqah. Ramai je yang rajin komen, tapi kenapa beliau? Sebabnya kat mana-mana blog lain yang aku blog walking, aku selalu nampak beliau komen sekali kat blog-blog tersebut. Komen tersebut bukan komen kosong, tetapi bersifat "membincangkan" topik yang dibincangkan secara serious. Kadang-kadang komen tersebut hampir menjadi karangan berpandu 230 patah perkataan. Tu la yang dikatakan "pengomen tegar". Biasanya blogger sebegini memang suka blog walking dan banyak belajar tentang selok-belok dunia blogging daripada entry-entry yang dibaca. General knowledge pun dapat...Link

25 comments:

atien said...

waahhh..blog mereka memang hebat...

TeAqArH said...

terima kasih atas utk entry ni..rase terharu..^_^....

Jey Yusuff said...

boleh kata macam tu la blog yg saya follow

laskar pelangi said...

sangat terhebat blog mereka:))

Nur Intan Syafinaz said...

Blog sy tak sehebat mereka..wahahaha..

y u y u Z u l a i k h a said...

T_T wuuuu! nak gak!

Umedia Network said...

Betul2. Mmg betul blog diorang ni macam apa yg Ashraf cakap. :)

Marya Hana said...

bella lim tu memang ciri2 blogger "cakap-ikot-sedap-mulot". same je dengan kat rumah ..

abyan khairi said...

blog namee roslan mmg best kan.. cara dia tulis tu, fuhh.. mmg best lah.. :)

ekaa . yum said...

ye betul ;)
sgt susa untuk menghasilkan karya penulisan yg baik kn :)

Ashraf Jalil said...

atien: hehe..sbb tu sy follow :D

teaqah: tacing2 lak..hahah

Jey: rase terisi bile bace :D

LP: :D best utk difollow

Intan: saye lgsung xhebat..heheh

Yuyu: Yuyu dah hebat sgt.. xyah tag pun org dah kenal..

UM: =)

Hana: bisa x telinge tinggal serumah? hahah..

abyan: =D

ekaa: btol btol..:D

Dr. Amirah said...

waaa bes2 BLOG mereka..AJ nad semua jemput singgah my teratak :D

Aida Azryn said...

pasni kena rajin komen kat blog ni. haha. :P

Luqeem™ said...

aku suka kepada ketegasan..huhu

yg lawak susah gak nk buat..

reen said...

gambar kt dp! hehehe

LittleGurl said...

blog dorang sume best2! huhuhu. bukan mudah nak jadi blogger kesukaan sume, yg penting dun hipokrit jd diri sdiri ajola ;D

slmt bbuka!

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

baiklah adik, ermm tegasnya ek

Asyikin said...

owh...

ghab van hal said...

wah, kene folo nie..=)tq..

Nabila Mohd Amin said...

untung la blogger yg Ashraf jalil follow... huhu

bella lim said...

:D terkejut tadi kenapa follower naik mendadak. rupa rupanya abang asrap kita dah promosikan blog saya. haha. thank you abang :D

p/s ; lawak ke? rasa macam syok sendiri pun ada. hhihihihi

csuciani said...

ok..thanks for sharing ;-)


http://csuciani.blogspot.com

HasrulHassan [HH] said...

Salam.
Semua orang mampu menulis dengan baik, cumanya dengan banyak kali menulis le, dan kena bijak buat revision. Ada kala tulisan kita digemari, adakalanya tidak. Namun, paling penting, dalam memberikan pendapat, kena tahu situasi anda, kena tahu fakta anda, sebab nanti akan ada yang bertanya. Kalau tak tahu, cakap awal2, supaya dapat dibincangkan bersama.

Terima kasih atas entri, saya sangat berbesar hati.

ღ αεn ツ said...

Ashraf, kadang kadang ada orang yang buat permainan bahasa lawak tu tak berapa nak pandai dan terbabas sikit jadi gedik. Huu. Biasa perempuan lah :) *macam terasa. Aku macam yang aku cakap tu tak?

Fendy said...

pendapat saya:

kebanyakan blog menarik tapi tidak semua mampu menarik org membaca...dan adakalanya saya melihat ad segelintir blogger tidak langsung membalas komen dan ada yang tidak rajin mengomen blog org yg dtg mengomen di blog kita...kita dalam dunia blog, kene la rajin komen tidak kira blog tu ada 1 follower sekalipun...asalkan entri mereka menarik dan bagus...

Please take your time for this =)