Followers

Saturday, August 6, 2011

Fahami Perempuan Sensitif


Betul ke kaum wanita ni kuat emosi dan sensitif ?

Yes? No? Maybe?

Perempuan kalau merajuk, jenuh nak melayannye wehhh... Sensitif bukan main dasyat lagi..Kalau masalah gigi sensitif, boleh la jugak atasi dengan Sensodyne kann. Kalau perempuan sensitif, takkan kau nak lumurkan n sapu ubat gigi tu kat muke diorang? Memang bengap mentega le kalau ade sesape yang terfikir nak buat camtu.

Tapi kalau ada lelaki merajuk mengalahkan perempuan kene PMS camne pulak? Nak sepuk ke nak sepak?

Aku sebenarnya sangat kurang setuju dengan sifat sesetengah lelaki yang kuat berkasar dengan perempuan. Lelaki jenis macam ni memang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kat perempuan. Lagi hampeh kalau lelaki tersebut jenis yang menggunakan sepak terajang. Dayusss.. Lelaki jenis camtu memang layak kene "punch" kat muka dengan Datuk Punch Gunalan..

--------------------------------------------------------------------

Tahukah anda bahawa kaum wanita telah diciptakan sebaik-baiknya. Dari segi psikologi, mereka mempunyai sentuhan yang lebih mesra terhadap elemen-elemen yang berkaitan dengan emosi. Ianya bukan kebetulan tetapi berikutan saiz "limbic system" yang lebih besar. "Limbic system" ini ialah salah satu struktur yang terdapat pada otak manusia. Struktur ini berfungsi dalam pelbagai operasi yang melibatkan emotional response, memory, behaviour, mengesan bau dan banyak lagi.

Dengan hal yang demikian, kaum wanita mempunyai kelebihan dalam berinteraksi dan mengekspressikan perasaan. Kelebihan kaum wanita dalam "bond connection" menjadikan mereka lebih sesuai dalam penjagaan anak dan mampu meluahkan serta memberi kasih sayang dengan lebih sempurna berbanding lelaki. Tak hairan la Nabi Muhammad S.A.W mengiktiraf kaum wanita sebagai "sayap kiri" dalam masyarakat.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Saiz limbic system yang besar menyebabkan mereka susah mengawal stress, lebih sensitif dan mudah emosi berikutan keadaan-keadaan tertentu walaupun kita anggap perkara tersebut remeh. Jadi, tolerasi dari kaum lelaki amatlah diperlukan dalam hal ini.

-----------------------------------------------------------------------------------

Sebagai lelaki yang gentleman, haruslah kita ingat bahawa perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Dan tulang rusuk itu bengkok. Jika diluruskan secara paksa, maka patahlah ia..

42 comments:

Seha's Residence said...

Nenek suke sangat entry cucu yang nih! :D
haahahahahahahahahahaha :D
boys wajib bace! :D

Iymaa Lymaa said...

stuju !! sokong sangat.. hehe..~

Ashraf Jalil said...

Nenek: hehe...boleh je nak share.. tp tag dulu :D

Siti Hs: haha.. tang mane tuh yg sokong

Atiqah Wadiah said...

STUUJUUU..pompuan mmg cpt t'sentuh n sgt3 sensitip...nk2 time PMS..so,laki2 di luar sana, beware lar yep..hehe =)

FaiZaH Fyn said...

sy seorang yg sensitif haha...

Ashraf Jalil said...

Atiqah: lelaki ramai yg ego tauu..hahaha

Faizah: yeke? wuuu... *teruja sambil mendiamkan diri..

heheh

Unknown said...

betol2:)

sye curi n link kn ke awk :)

Nurul Aiman Ahmad said...

sokong!

Ashraf Jalil said...

Pelangi: okayy :D

Nurul: saye pon! hahah!

NuRuL SyAFiQaH said...

nice entry!! suke2~ hehee..

ღ αεn ツ said...

Muahahahaa, mekasih ashraf buat entry neh. Senang sikit nak bagi penjelasan kat kaum lelaki, huhu ^^

Engku Sofea said...

:) like like like

!meimei cik ayu! said...

maka kaum lelaki haruslah bersabar..kn2..janganlah naik kaki tangan 2 kat kami..:)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

'Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok bengkok tulang rusuk adalah yg dibahagian teratas..'hadis nabi direkodkan oleh Bukhari dan Muslim..

two thumbs up entry nie!! hehe..

theaifamisha said...

whoaa !! betul lah hehe :D like2

lelaki pon ada yg nak pms ke? adoiii

Mel said...

awww. terharu pulak baca.

para lelaki kalau dah baca harap faham.

kbai.

yunZatie said...

saya juga gades sensitif yang sentap

.:AiN iKeUchi:. said...

wanita dijadikan dari tulang rusuk untuk melindungi hati dan jantung agar tak terkoyak..kan .. :)

perempuan memang sensitif tentang perkara yang mungkin lelaki anggap remeh dan kecil..sebab perempuan lebih bersifat penyayang..thats why dorng ni.sensitif..hehe ;)

Sya_Merpati Putih 88 said...

wanita mmg sensitif & mudah tersentuh hatinya.....

Farahin Ahmad said...

haha..like3...so sile jage hati wanita xD

yuyu arissa said...

pompuan hati nye mmg sgt sensitif lah awak.. <3

Dr. Amirah said...

AJ boleh tolong bagi cara nak lembutkan hati lelaki ego hehe tengs :D

Dr. Amirah said...

@ain : tulung rusuk melindungi paru-paru dan jantung, antomically :)

hati berada di bawah diaphgram :D

sekadar info yang saya pelajari :)

Ashraf Jalil said...

nak lembutkan hati lelaki yg ego kene la tau masak sedap2..ceewahh..hahah!

Nabila Mohd Amin said...

suka sgt entry ni...HAHA wafi sygku,,,bce ini.

nurulhidayah said...

yes.laki yang kaki pukul memang dayusss.:)

Miszyuyu said...

Untungla kalu ada yg jenis memahami.. Y_Y..

Syazwan Che Deraman said...

naseb baik aku lelaki..
heheh.

memang betol kata kau bro..
entry yang hot hot dan berbentuk ilmiah, motivation tak boleh dipost time weekend..

have a good day.

Ibu Ammar said...

perempuan harus diajar dengan hikmah. bukan diajar dengan sepak terajang. tssk!

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

ermmm tuju-tuju utk si dia ke untuk tontonan ramai ni ashraf huhu, perempuan sensitif ni romatik tau sbnrnya...tak caye tanya yuyu hahahaha

Ashraf Jalil said...

Kak Fareha: si dia sapenye pulok dahh..hahah.. ni untuk tontonan umum.
perempuan sensitif romantik? saye pecaye ckp akak jelah.. takyah tanye sesape lagi..hahahah

Nur Intan Syafinaz said...

Sekasar-kasar perempuan pun, hati dia tetap lembut..tu sebab perempuan lebih senang menangis dr lelaki..

TeAqArH said...

sbb tu jugak perempuan xleh jd pemimpin..tgh cari point lg nk wat entry psal ni..^_^

bayi beriman said...

kadang2 aku meluat gak dgn perempuan yg nk bdmud masa pms sampai 5 hari. rasa nk sepakk..mcm kau sorang je pms.

[sutera kasih] said...

lelaki pemimpin perempuan..
perempuan sensitif adalah lembut jiwanya awwww :)

Ashraf Jalil said...

Intan: haha..kememehh...:P

Teaqah: wat jgn x wat..heheh

bayi:ahahah.. bukan men marahhh...

SK: kalau lelaki aww? cmne lak? hahaha

Nurul Hidayah Rosli said...

owhh sangat-sangat terharu la. terima kasih la sebab memahami. sejuk perut mak kamu, nak. hehe!

do visit me at:
http://nurulhidayahrosli.blogspot.com/

lavenderlover said...

setuju!..hehe..salam ramadhan ke 8

BeloG MTT said...

Like entri ni berpuluhratosjuta limau ais ! :)

Cahaya Inspirasi said...

terbaik!!! ok tu je nak bg tahu:)

HAFIZAL said...

BAGUS LAH INFO NIE

Fiza Jaafar said...

suke entry ni..damn it true! ;)

Please take your time for this =)