
*jemput click banner Ben Ashaari blog diatas untuk join.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur kempen, Ben Ashaari dan juga penaja hadiah utama, RIZI-BIZ.COM.
Apa yang saya ingin catat untuk kempen ini sebenarnya hanyalah sedikit persoalan dan pendapat yang lahir dari benak hati, berkaitan tentang peranan blog dalam komuniti pengguna internet serta aspek penting yang harus dititikberatkan dari sudut pandangan para blogger.
Pada asalnya, saya berpendapat bahawa pengaruh penulisan blog terhadap masyarakat bukanlah satu fenomena besar sehingga boleh dikategorikan sebagai antara medium utama penyampaian maklumat atau idea. Secara logiknya, saya tidak boleh mengadili fakta tersebut kerana ianya bersifat subjektif dan saya juga tidak dapat lihat gambaran keseluruhan tentang dunia blogging ini.
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang pengaruh blog di Pakistan. Di Pakistan, blog yang ada dijangka mencecah 3.4 juta dari segi bilangan. Seperti di tempat lain, blog menghubungkan antara individu dengan komuniti dalam penyampaian journal, berita, informasi, gambar dan pendapat. Microsoft juga ada menganjurkan debat yang membincangkan aspek teknologi yang menjadikan seseorang blogger tu "reliable" dan "resourceful".
Artikel tersebut membuatkan saya terfikir semula bahawa digital journalism ini merupakan satu medium yang kuat dalam penyebaran idea. Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaiman para blogger dapat "monetize" atau mengawal penulisan untuk memastikan tanggungjawab menyebarkan sesuatu idea yang positive kepada pembaca terjaga. Tambahan pula apa yang disampaikan kadang-kala menjadi "national interest". Etika sebagai bloggers juga sesuatu yang perlu dititikberatkan sebab mereka memegang kuasa penuh atas penulisan yang dibuat.
Jadi, saya harap pembaca yang terbaca entry ini dapat mengupas sedikit pendapat tentang entry ni terutamanya kepada para blogger yang dah lama berkecimpung dalam arena blog.