Followers

Monday, July 4, 2011

Crazy Raya Photoshoot PART 2





Crazy Raya Photoshoot PART 1





Hilang Macho Kalau Terus Camni


Ape pendapat korang kalau lelaki membahasakan diri "kite" atau "awak" sesama lelaki ? Itu adalah culture yang dah lame melekat kat lidah aku apabila bersama kazen2 lelaki belah mak. Sebenarnye mende ni berlaku sebab sebahagian besar zaman childhood aku dihabiskan bersama kazen2. So tau2 je la kalo budak kecik, mostly membahasakan diri "kite" "awak". Itu pon mase umo aku 3, 4, 5 tahun dulu.. Then mase sekolah rendah pon still bahasakan diri camtu.

Keadaan menjadi sangat awkward bile umo dah mencecah 20+. Badan dah besar tough2 *sangat tapi ber"kite-awak". Perghhh.. Aku dah rase cam gay dah. Kemon la.. Takkan sampai umo dah 40 tahun nak ber"kite-awak" ? Cube bayangkan kalo bapak2 sedare korang yang dah umo 40-50 bahasekan diri camtu sesame diorang?

ARGGGHHHH!!! Kat kampung aku so far takde lagi yang camtu time raye.. Fuhhh.. Naseb baik..

So, setelah berfikir panjang..Dalam keadaan segan2, aku bersama kazen lelaki bersetuju untuk tukar bahasa kepada "kau-aku". Segala perasaan segan harus diketepikan demi menuju ke arah masa depan yang lebih cerah, bermaruah serta macho.

Friday, July 1, 2011

Engkau TORKONO !! Edisi Skype

Evil laugh sket seblom start cite.. NGUAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH!!!
Semalam Heziqa Yoo a.k.a Heziqa Mushadad a.k.a Kaklong kawasan SB (Sahabat Blogger) mintak id skype aku. So, aku bagi dan dengan zalimnye aku melakonkan diri sebagai satu watak yang tak pernah wujud iaitu Aiman Jalil iaitu kembar aku, Ashraf Jalil. Sekali die percaye derr...
Aku gelak guling2 mase tgh chat ngan die kat skype... Kah100!!
Entry ini adalah entry penghargaan+sori kepada Heziqa Yoo sebab EKAU TORKONO !! =P HAHAH!

Btw, jemput join page BLOGGING ITU SENI yang baru saje ditubuhkan =D





P/s: click pic to enlarge. Cik Heziqa dah bagi kebenaran wat entry ni ye.. Beliau kan sporting.. =P

GEGAR BLOG JULAI 2011

*jemput click banner Ben Ashaari blog diatas untuk join.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur kempen, Ben Ashaari dan juga penaja hadiah utama, RIZI-BIZ.COM.

Apa yang saya ingin catat untuk kempen ini sebenarnya hanyalah sedikit persoalan dan pendapat yang lahir dari benak hati, berkaitan tentang peranan blog dalam komuniti pengguna internet serta aspek penting yang harus dititikberatkan dari sudut pandangan para blogger.

Pada asalnya, saya berpendapat bahawa pengaruh penulisan blog terhadap masyarakat bukanlah satu fenomena besar sehingga boleh dikategorikan sebagai antara medium utama penyampaian maklumat atau idea. Secara logiknya, saya tidak boleh mengadili fakta tersebut kerana ianya bersifat subjektif dan saya juga tidak dapat lihat gambaran keseluruhan tentang dunia blogging ini.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang pengaruh blog di Pakistan. Di Pakistan, blog yang ada dijangka mencecah 3.4 juta dari segi bilangan. Seperti di tempat lain, blog menghubungkan antara individu dengan komuniti dalam penyampaian journal, berita, informasi, gambar dan pendapat. Microsoft juga ada menganjurkan debat yang membincangkan aspek teknologi yang menjadikan seseorang blogger tu "reliable" dan "resourceful".

Artikel tersebut membuatkan saya terfikir semula bahawa digital journalism ini merupakan satu medium yang kuat dalam penyebaran idea. Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaiman para blogger dapat "monetize" atau mengawal penulisan untuk memastikan tanggungjawab menyebarkan sesuatu idea yang positive kepada pembaca terjaga. Tambahan pula apa yang disampaikan kadang-kala menjadi "national interest". Etika sebagai bloggers juga sesuatu yang perlu dititikberatkan sebab mereka memegang kuasa penuh atas penulisan yang dibuat.

Jadi, saya harap pembaca yang terbaca entry ini dapat mengupas sedikit pendapat tentang entry ni terutamanya kepada para blogger yang dah lama berkecimpung dalam arena blog.

Please take your time for this =)