Followers

Showing posts with label batuk kering. Show all posts
Showing posts with label batuk kering. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Batuk-batuk: Aku kene Tibi ke?

Pagi tadi aku telah dikejutkan dengan suara mak yang mempunyai resonant frequency menyamai takat natural frequency gegendang telinga aku. Mak suruh siap-siap untuk bawak adik pergi hospital akibat bengkak kat tengkuk. Disebabkan aku ni mengalami batuk-batuk kecil yang annoying, mak suruh aku pergi check ngan doc sekali.

Keadaan menjadi semakin intense apabila aku ngan adik aku due-due orang kene X-Ray badan sebagai langkah pencegahan awal. Doktor cakap sekarang ni, penyakit Tibi ni makin teruk melanda dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira kakitangan kerajaan mahupun swasta. Ini virus lebih teruk lagi dari virus-virus benci dalam lirik lagu Laskar Cinta by Dewa 19.

Masuk kali ni dah TIGA kali aku menjalani X-Ray dan aku mule risau sebab badan aku cam dah banyak sangat ter exposed ngan elctromagnetic radiation. Kang sel aku mengalami mutation lalu aku menjadi X-Men kang sape susah? (Tapi kalau dapat power cm Professor X atau Nightcrawler siyes aku nak..)

Dan ingin aku tegaskan disini kepada semua untuk buat medical check up jika anda mengalami salah satu atau lebih perkara-perkara berikut:

1. Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu.

2. Batuk berdarah.

3. Demam berpeluh terutamanya pada waktu petang atau malam.

4. Kurang selera makan.

5. Berat badan yang menurun.

6. Mudah letih dan lemah badan.


So, jangan tangguh-tangguh mende ni sebab bahaye.

P/s: nak diagnose Tibi punye pasal aku kene cuba sedaya upaya menghasilkan stok kahak untuk 4 bekas walaupon tekak kering. Ade sape boleh ajar teknik berkesan? -__-

Please take your time for this =)