Followers

Showing posts with label Blog Backup. Show all posts
Showing posts with label Blog Backup. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Backup Blog Anda Sebelum Terlambat

Pernah tak kedurjanaan seperti dibawah berlaku kat blog anda? Untuk yang pernah mengalaminya, anda pasti taknak pisang berbuah dua kali bukan? Bagi yang belum torkono lagi, anda juga mungkin taknak buah pisang tersebut berbuah walaupon buat pertama kali.

Jadi macam mana nak elakkan pisang tersebut berbuah?

Tak susah.. Tebang je pokok pisang tu. *kesian monyet dah hilang punca rezeki

Kembali ke tajuk asal, "Your blog has been removed".


"TIDAKKK !! Kenapa semua ini terjadi kepadaku !! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini !"
*tak mustahil skrip dramatik diatas anda sendiri akan ungkapkan suatu hari nanti apabila blog tetibe hilang.

Sebenarnya banyak sebab kenapa perkara diatas boleh berlaku. Antara sebab-sebab yang berkaitan termasuklah:

- Affiliate marketing.
- Content created with scripts and programs, rather than by hand.
- Content or links referencing GPT, PTC, PTS, 'Make money from home', 'Make money fast', or other referral-based activities.
- Content scraped from other sources.
- Copyright Infringement.
- Large blogs with multiple, unfocused / unrelated subjects. (kemungkinan ade bandwidth limit utk gambar)
- Links to Illegal Downloads / Streaming / Torrents.


Bila blog dah hilang, tak mustahil bagi anda untuk dapatkan kembali blog tersebut(tutorial akan disediakan next time). Tapi bile anda dapat balik blog tu, kemungkinan besar entry anda semua akan HILANG!

Jadi, sebelum terlambat, adalah lebih baik anda buat backup file untuk semua entry-entry anda yang precious tersebut. Ingat sonang ko nak type entry pepanjang, tak tido malam perah otak sampai kering untuk hasilkan entry yang mantopp untuk tatapan readers yang dikasihi.

Cara Backup Blog adalah seperti berikut:

Sambil tahan nafas, pergi kat Setting>Basic

Hold dulu kalau rase nak terkentut, then click kat Export Blog

Kemudian save file XML blog anda. File tersebut hanya akan save entry-entry anda yang berada dalam blog setakat ni serta komen-komen readers yang wujud. Template ngan setting takkan disave. Alaa...perkare kecik je tu.. Save je template kat word. Kalo untuk setting lak, hafal je.. Kalo susah nak hafal, suruh jiran-jiran hafalkan. Satu rumah hafal satu jenis setting.. Kalau ade sejuta rumah kat kawasan kejiranan, satu juta setting bole hafal.

Katekan blog tetibe hilang, pastu dapat balik. Just gi kat advanced option > import blog. Gume file XML tadi. Blog yang anda save tadi akan berade dalam mode "imported". Anda nak publish satu-satu boleh, atau nak publish sume pon boleh.

Kalau ditakdirkan ade masalah lain timbul. Jangan segan-segan hantar report/email kat google.

Please take your time for this =)