Followers

Tuesday, November 6, 2012

Cara Menaikkan Berat Badan





Cara menambah berat badan, tips menaikkan berat badan.

Straight to the point, masalah utama orang yang kurang berat badan adalah kurangnya disiplin.


By definition, kurang berat badan ialah apabila BMI korang jatuh bawah skala normal iaitu kurang daripada 18.5. (Sila tanya Encik Google untuk cara kira BMI)



Dengan erti kata lain, korang boleh dikategorikan sebagai adik-beradik papan lapis apabila mempunyai BMI sedemikian rupa. Pelbagai alasan yang golongan ni boleh bagi apabila isu ni ditimbulkan. Antaranya termasuklah:



1) "Aku dah makan banyak gile sampai nak muntah dah.. Tapi tak naik-naik gak berat badan."

2) "Dah genetik aku memang kurus camni.. Tak boleh buat apa."



Di sini, aku ingin tekankan alasan pertama yang ditunjukkan di atas. Mungkin korang rase korang dah makan banyak gile, tapi itu ialah judgement perut korang semata-mata.



Sebenarnya, kunci kepada kenaikan berat badan ialah jumlah kalori dan zat yang korang consume setiap hari. Dan ya, kita mempunyai formula untuk kira berapa banyak kalori yang diperlukan  setiap hari untuk tambah berat badan berdasarkan faktor berat asal, tinggi, umur dan jantina.



Jumlah kalori yang korang perlukan setiap hari boleh dikira menggunakan formula Mifflin-St Jeor untuk mengira Resting Metabolic Rate (RMR) korang.




RMR = 9.99w + 6.25s - 4.92a + 166g - 161


  • w = berat anda dalam kilogram


  • s = tinggi anda dalam sentimeter


  • a = umur anda dalam tahun


  • g = jantina anda (1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan)


  • Jumlah kalori yang anda perlukan untuk maintain berat anda sekarang ni ialah RMR x 1.15.




    So, kalau nak tambah berat, kene la make sure korang consume kalori lebih daripada jumlah tersebut; at least 300-500 kalori lebih daripada jumlah tersebut. Sekali makan nasik 3 senduk besar bersama lauk ayam mungkin boleh bagi dalam 400-500 kalori.



    Aku dah cuba formula ni dan berjaya tambah berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu. Apa yang diperlukan hanyalah "real food" dan "disiplin". Kalau korang makan 100 botol pringles setiap hari sampai muntah pun belum tentu boleh tambah berat. Sebaiknya makanlah nasik, ayam, telur dan segala jenis sumber protein dan kanji yang berkhasiat. Avoid makanan tak berkhasiat seperti jajan dan cikedis. Aku amalkan konsep "makan setiap masa" dimana kalau aku takde keje, aku makan buah-buahan, roti , soup, telur separuh masak etc. Meal berat 1 hari 3 kali kene jaga especially breakfast. Disamping tu aku amek supplement protein sbb aku buat intense workout kat gym (ni aku tak sarankan sangat sebab ada long term side effect)



    Sakit hati digelar "ikan bilis"? Sudah muak diejek "plywood"?

    Lakukan perubahan. Anda mampu mengubahnya.












    6 comments:

    alyaclumsy said...

    Dah taknak tambah berat badan yg dah bertambah secara tiba-tiba ni. Hahaha.

    Bagi tips utk kurus pulak boleh? Ahaks

    Ashraf Jalil said...

    kalau xkurus patut kene gembire.. sihat la best..heheh

    saifudin abu izzudin said...

    salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    Sham Siti said...

    x paham nak kira mcmamna kiraan tu?figure tu tetap guna ke?xpaham sy..

    Sham Siti said...

    mcmanan kiraan tu?xpahamla..figure tu guna gak ke?

    Khairil Hazwan said...

    lepas kire tu..jumlah kalori tu..tok sehari kte kne makan kew????

    Please take your time for this =)