Followers

Friday, July 13, 2012

Career Fair di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Dua hari lepas iaitu pada tarikh 11 July 2012, satu event career fair telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas. Pada aku, career fair tersebut tersangatlah berbaloi untuk dihadiri memandangkan exhibitors yang datang kebanyakannya terdiri daripada syarikat gergasi dalam Oil and Gas industry.

Antara company-company yang turut hadir termasuklah Schlumberger, Halliburton, Technip, Sapura Kenchana, Shell, dan tak lupa jugak Petronas.

Career fair sebegini bukan setakat bagi peluang untuk aku drop resume, tapi membuka mata dan minda aku serta memberi exposure tentang kerjaya dalam Oil and Gas industry.

Banyak info yang best yang aku dapat kat setiap booth yang aku pergi kecuali booth Schlumberger. Staff diorang tersangatlah kerek serta suka memperlekehkan graduate students yang datang kat booth diorang untuk tanya soalan. Mentang-mentang le company besar..

Antara info best yang aku dengar ialah comparison antara Schlumberger dengan Sapura Acergy dari aspek gaji. Info ni aku dengar masa lepak kat booth Sapura Acergy. Kakak staff tu bagitau aku if bekerja dengan Schlumberger, engineers akan bekerja bagai nak mati 24/7 dengan gadi maksimum 7k untuk fresh graduates. If dengan Sapura Acergy, basic gaji ialah 3k. Tetapi untuk offshore, akan dikira +RM200 per day. Bermakna gaji dalam masa sebulan boleh mencecah 9k kalau bekerja dengan Sapura Acergy. Time dengar info pasal gaji tu, mata hitam aku tak semena-mena bertukar menjadi simbol "$".

Masa kat booth Petronas, aku juga dapat banyak info pasal Projek Iskandar Petronas Rapid kat Pengerang Johor. Aku memang dari dulu nak sangat involve dalam project ni. Jadi kuli pun aku sanggup sebab aku rasa experience is priceless. Siapa la taknak peluang join projek pelantar minyak lagi besar dari Kerteh dan bernilai RM60 billion. Yang paling best time kat booth ni, kakak kat booth tu tick "RAPID" kat atas resume aku bile aku menyatakan yang aku interested untuk direcruit untuk Projek Pengerang Rapid tersebut.

Tak lupa juga career talk daripada Halliburton; talk tersebut sangat best sebab staff diorang sangat humble dan info yang diorang sampaikan sangat membuatkan aku rasa nak keje ngan diorang.

Bagi mereka yang baru graduate, aku sarankan untuk register nama bawah TalentCorp dan Leader's (Leader Series) sebab diorang bertugas untuk tolong fresh graduates dapatkan keje. Target Leader's ialan untuk provide peluang pekerjaan kepada fresh graduates dalam masa 6 bulan after graduate kalau tak silap aku.

Apa-apa pun, event career fair ni rasanya diadakan setiap tahun.. So, kepada yang bakal graduate (especially yang major in Engineering), datang jangan tak datang..



7 comments:

Jawe said...

Mata aku pun bertukar $.$ after bace post kau ni..haha

ain dzaya said...

klu ada kat perak mesti blh pergi :(

Anonymous said...

macam mana nak daftar nama bawah TalenCorp..kena pergi career ke baru ada..register on9 takde ke??

smith said...

mcm mana nak daftar nama bawah TalentCorp dan Leader's...daftar on9 takde ke?

Ashraf Jalil said...

ade online.. n boleh email gak utk tanye option lain utk register

Anonymous said...

hmmm... gaji kat technip hang taw x bpe dorg offer for fresh degree graduated?? sje nak tahu..

Ashraf Jalil said...

3.5k kalau xsilap utk eng..

Please take your time for this =)