Followers

Thursday, June 14, 2012

Hilangnya Harapan menjadi seorang Tutor Physics SPM

Sebenarnya aku pernah menjadi seorang tutor physics kat pusat tusyen after SPM dulu. Time tu, takdak pulak Cikgu tuan empunya tusyen tu mintak sijil kelayakan, surat beranak bagai, apatah lagi sijil kematian..

Setelah aku tamat pengajian, dikala waktu aku tengah terdesak memerlukan keje part-time sebagai seorang tutor.., time tu la sijil SPM aku nak menghilangkan diri. Aku rasa sijil tu dah selamat kene makan dengan anai-anai. Anai-anai tu pun mungkin tak mempunyai usia yang panjang, lalu menghembuskan nafas terakhir dan disintegrate bersama particle-particle sijil SPM aku yang dah menjadi sebahagian daripada protein tubuh badan mereka.

Yang bestnye, transcript degree aku major Mechanical Engineering dari top 10 engineering school Canada kalah dengan sijil SPM tuhh. Physics SPM tu aku boleh cover dalam masa 2 hari untuk jawab paper. Tapi sayang.., sijil SPM juga yang dicarik. Subjek advance physics yang aku amek time kat Canada kalah dengan physics SPM serta-merta....

Walaupun aku dah merajuk dan taknak keje sebagai seorang tutor lagi, aku still nak dapatkan balik sijil salinan SPM aku. Kepada sesiapa yang hilang sijil SPM or PMR, boleh cepat-cepat berhenti menangis, dan naik teksi menuju ke alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
ARAS 1, 2, 5 - 13, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA


Kalau pakcik teksi tu tak tau jalan.., suruh pakcik tu dok belakang, biar korang je bawak teksi tu. Mungkin pakcik belum mampu beli GPS.


P/s: Adakah keje 7 Eleven memerlukan sijil SPM?

ada gaya tutor physics x ?


20 comments:

Yuyu Zulaikha said...

yuyu punya sijil SPM dengan semua sijil sijil lain hilang masa g interview jadi cikgu Bahasa Arab T_T

sijil SPM boleh ganti, sijil sijil lain??? T_T

Ashraf Jalil said...

kalau under lembaga peperiksaan rasenye boleh.. selain dr tu kene mintak pihak yang keluarkan sijil kot..

UniMeOw said...

hadeh...hanya krn sijil spm..

Iman Natasha said...

Wah boleh jadi tutor Iman! Physics lemah sangat sangat, SPM dah dekat ni :|

Ashraf Jalil said...

Meow: begitulah dunia..
Iman: gudluck!

NIZAM said...

kesimpulannya, spm tu gak yang penting kan. :))

~MiZz Atie ZieYa~ said...

sijil spm mmg penting kn?

KaiZeN said...

penting yg amat sijil spm...huhu

Farahin Ahmad said...

kesian..takpe lps nih simpan yg salinan elok2 ye..

FarhanahAdzlan said...

wlaupunn spm pongg belum habiss lg..tp honestly belajar fizik paling frust..xmungkin satu hari nnti akan jadi tutor fizik..hahaha~

~MyLady~ said...

salam ... maaf baru je terterjah blog saudara ni. Selamber. MakLady suka baca gaya tulisan awak. Very neat. Selesa berada di sini.
Keep it Up ;))

rajin2 la berkunjung ke:

http://blogdearlady.blogspot.com/

http://www.networkedblogs.com/blog/my-dear-lady

thankU dear ;))

TeAqArH said...

al hamdu lillah x penah hilang lagi sijil SPM..sebab yang simpan sume sijil2 belajor n penting2 ni kompem la puan emak kat umah tu...marah betol bile kite amek,x letak semula kt tmpt yg dia simpan... ^_^

btw,lame sgt x melawat ke belog ini...

shahirah said...

ada gaya..hahah,btwy sijil spm mmg berguna,sampai bila2.xde almt susah la:)

shahirah said...

wah,ade gaya tutor fizik tu..ahahaha..so,conclusion is dlm bnyk2 sijil,spm antara yg penting dan laku bile nk cri keje segera.btwy goodluck!

bella lim said...

ehh sedihnya... ada ke cmtu.. haha jd tutor I la. ajak I static dynamic and thermo

syAzAnA said...

macam tetahu jeh saya tengah mencari jalan nak dapatkan balik sijil SPM. hehe


syaz follow sini. :)

Anonymous said...

salam,
hensem tutor fizik ni..

T!a said...

same la kes... kne makan anai2. ni ayah da pakse soh amek salinan.. hee. ... google2 jpe ni.. thanks!

T!a said...

same la kes... kne makan anai2. ni ayah da pakse soh amek salinan.. hee. ... google2 jpe ni.. thanks!

Anonymous said...

salam..sma la..tp org bg hilang..huhu.da la ujung bulan ni ada intebiu kje gomen.

Please take your time for this =)