Followers

Sunday, November 27, 2011

Tajuk kontroversi/lucah untuk naikkan traffic

Tengah dok bosan-bosan buat design project, tetibe mood masak datang..Lalu, aku pun membawa diri ke dapur untuk aktiviti memasak. Kebuntuan (bukan ke"buntut"an) menyelubungi diri apabila aku tak tau nak masak apa. Tetibe (sekali lagi) aku teringat yang aku pernah terbeli rempah untuk chinese chicken vege minggu lepas. Dengan perasaan yang teruja, aku pun memulakan aktiviti memasak.

Senang je masak ayam sayur ni. Oh, sebelum tu, aku ingin menyatakan disini yang sebenarnya tajuk untuk entry kali ni ialah "Chinese Chicken Vege with Fried Rice". Tapi aku sengaja nak letak tajuk macam kat atas tu sebab nak tengok betul ke ramai masuk blog bile buat tajuk pelik-pelik camtu.

Kembali kepada topik asal, berikut adalah cara-cara memasak chicken vege:

1. Perap ayam dengan 1 sudu minyak + 1 sudu rempah chicken vege + 2 biji putih telur selama 15 minit. Sementara tu, kacau 4-5 sudu rempah chicken vege dalam 1 suku cawan air panas.

2. Potong bawang besar + bawang putih + cili + kacang panjang atau sayur-sayuran beraneka jenis.

3. Panaskan minyak, masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul selama seminit.

4. Masukkan potongan sayur+bawang+cili+lain2 tadi kedalam kuali, dan kacau selama 3-4 minit. Letak garam/ajinomoto sikit kalau nak sedap.

5. Masukkan baki rempah+air panas yang dikacau tadi ke dalam kuali, gaul, dan biarkan kuah menjadi pekat. Then, settle.. Nasik goreng korang masak la sendiri. Senang je tuh.










Selamat mencuba!

5 comments:

cik ika said...

lapar..arghh !!

.:AiN iKeUchi:. said...

mmg kontroversi punyer entry..huhu..sebb nmpk sgt sedap..hehe

niezam said...

nampak je dah sedap. kalau rasa, mesti lagi sedap kan. nk sikit boleh? hehe. :))

Korean Style Online said...

Nice blog that you have and good writing,nampak sedap je yg d masak tu huhuhu..continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / korean fashion online. have a nice day...

Miss Amateur Cook said...

sedapnye tgk..lapar pulak tgh2 malam ni.. -_-

Please take your time for this =)