Followers

Tuesday, September 13, 2011

Blogging Memenatkan ? Ade lagi yang lebih memenatkan..

Kuala Lumpur-Ottawa. Perjalanan kali ni makan masa dari pukul 10:30pm Sabtu hingga 5:30am Isnin waktu Malaysia. Tambah tolak, ada la dalam 31 jam campur transit.. Transit kat Jepun je dah 10 jam.. Seksa woo..Kombinasi penat plus bosan menyebabkan aku sasau tak tentu hala kat airport tuh. Nak keluar dari airport gi Tokyo takut tak sempat sampai airport semula sebelum next flight pulak. Walaupun jarak dari Narita ke Tokyo City cuma 2 jam naik kereta, tapi aku still tak sanggup nak tanggung risiko terlepas flight. Mane la tau kot tiba-tiba aku sesat kat Tokyo ke.. Mampuihh tak sempat balik airport.. Dah le orang Jepun taktau cakap bahasa omputeh.. kalau Doraemon wujud lain cite la, boleh gune pintu suka hati.. Takyah susah-susah aku spend duit beli tiket flight.

Sampai je Ottawa, kehidupan aku bermula seperti seorang pelarian.. kat rumah takde makanan langsung. Colgate pun takdak. Tak pasal-pasal, aku terpaksa berhijrah ke rumah jiran untuk meminta sesuap nasik bagi mengisi perut yang lapar dan secalit ubat gigi untuk membersihkan gigi. Jet lag pun tak habis lagi. Waktu tido aku dah jadi merepek meraban.

Lepas transit kat Jepun, ada satu lagi transit kat Calgary le pulakkk.. Menyampah betoll aku. Kalau transit je takpe jugak, ni nak kene amek semula check in luggage untuk clear custom. Aku declare kat pegawai custom tu yang aku membawa kerepek dari Malaysia yang bernilai 10cad. Malas aku nak explain yang aku bawak kuih suji, kuih semprit, dan macam-macam jenis kuih lain lagi.. Kalau aku explain, bukannye die paham pon. Kalau jujur sangat susah jugak. Kang serdak kuih suji dikatanya dadah heroine.

P/s: Last aku update blog 28 August. Tak sangka ade jugak yang jenguk blog ni walaupun tak update. Thanks bebanyak kepada yg sudi jenguk... =)

6 comments:

Afifah Ahmad said...

hahah..serdak suji kata heroine ehhh..
habisla kalau tak, kempunan kuih suji..:P

Miszyuyu said...

wakakakkaka serdak kuih suji dikatakan dadah heroine..meleleh air liur aku dgr wakakak.. =))..btw takecare...belajo molek2 ye..

FaiZaH Fyn said...

yang tukang baca ni pun rasa penat jugak..rehat banyak2 ye encik ashraf!

TeAqArH said...

itulah readers..bkn semata2 foloe utk cukup syarat...ye dok?? arini an...makan rendang rusa...syiok2..aritu landak..muahaha

Nur Intan Syafinaz said...

Dah balik canada ek?Goodluck final year..sy ni je tak update2 blog..even dah balik kolej..hahaha

BeloG MTT said...

Wahhhhh memang seksa nak tunggu 31jam tuh.. 24jam pon lelah nak menunggu.. :D

Please take your time for this =)