Followers

Showing posts with label suami dan isteri. Show all posts
Showing posts with label suami dan isteri. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Kepentingan Daya Tarikan Fizikal Dalam Hubungan


Secara general, tajuk diatas sepatutnye ialah Kepentingan daya Tarikan Fizikal Dalam Perkahwinan. Tapi zaman sekarang ni aku nampak orang yang kapel2 je pon dah macam laki bini, so aku tukar la tajuk kat atas camtu. Bukan niat nak menggalakkan lagi orang kapel, tapi sekadar nak kongsi info ni terutamanya untuk mereka yang dah berkahwin mahupun yang akan berkahwin. Untuk hubungan jangkamasa panjang, PENTING KE DAYA TARIKAN FIZIKAL NI?

Sebenarnya entry ini ditujukan lebih untuk kaum wanita. Sebabnya, kat entry ni aku akan explain pasal salah satu "fakta busuk" tentang lelaki dimana kebanyakan wanita nampak, tapi tak faham dan tak tahu nak explain. Dalam banyak-banyak entry pasal manusia yang aku buat, aku banyak kaitkan fakta dengan faktor biology, dan evolusi.. Kenapa? Nanti akan dibincangkan..

Berbalik kepada topik, dalam sesuatu hubungan ni physical attraction adalah satu faktor yang memang tak dapat sangkal lagi kepentingannya. Sape yang cakap tak penting tu, jangan nak membongak. Lumrah manusia nak sesuatu yang cantik-cantik. Sebelum ni aku pernah cerita pasal sifat manusia yang memilih pasangan berdasarkan faktor "physical resemblance". Boleh click kat SINI untuk baca.
------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam satu kajian, James McNulty dan rakan2 telah menggunakan segala kudrat yang ada untuk mencari jawapan tentang peranan "daya tarikan fizikal" dalam hubungan selpas kahwin. Mereka telah membawa 83 pasangan kedalam makmal untuk diuji dari segi "interaksi" dimana segala persoalan tentang "personal issue", dan "social" telah dibicarakan. Code yang digunakan ebagai indicator ialah: "DAYA TARIKAN FIZIKAL" individu yang terlibat dan "SUPPORTIVENESS" antara laki bini sepanjang analisis.

GUESS WHAT?

Hasil kajian menunjukkan "isteri yang cantik dalam pasangan, menunjukkan sifat yang lagi supportive dalam hubungan" manakala "suami yang hensem dalam pasangan menunjukkan sifat supportive yang kurang dalam hubungan". Untuk penjelasan yang lebih jelas:

"Bila si isteri mempunyai fizikal yang lebih menarik dari si suami, kedua-duanya akan menunjukkan reaksi positif dalam hubungan".

"Bila si suami mempunyai fizikal yang lebih menarik dari si isteri, pasangan tersebut menunjukkan reaksi negatif dalam hubungan".

KENAPA INI TERJADI?

Berdasarkan teori evolusi, daya tarikan fizikal adalah faktor yang PENTING bagi lelaki dalam pemilihan pasangan. Generally, physical attractiveness is more important trait for men than women. Oleh itu, si suami yang mempunyai isteri cantik berkemungkinan besar lebih hepi dan berkelakuan supportive dan positive dalam hubungan.

Sebaliknya, si suami yang kachak, mempunyai tendency untuk tertarik kepada orang lain. Pemilihan pasangan mungkin adalah untuk "short-term" bagi mereka. Ini akan menyebabkan mereka tidak puas dengan relationship yang ada dan kurang memberi support dalam "long-term" relationship so to speak.

Kajian masih tak dapat menjelaskan kenapa perempuan cantik kebanyakannya still supportive of their "less attractive" husband. Well.. berbalik kepada faktor biology, aku tak rase kepentingan faktor fizikal sangat-sangat penting bagi perempuan dalam pemilihan pasangan berbanding lelaki. But the bottom line is, kepentingan fizikal mungkin penting mase mule-mule carik pasangan. In the end sume tu berubah dan faktor lain pula akan memberi signifikasi besar dalam hubungan..

P/s: Nak share entry ni jemput la..Tapi pastikan tag saya =)

Source: Journal of Family Psychology

Please take your time for this =)