Followers

Monday, August 29, 2011

Kerjaya Aku Sewaktu Ketika Dahulu

Aku dengan Caesar mane lagi macho?

1. Bibik sepenuh masa

Waktu ini adik-adik masih kecill..Mak dan ayah pula busy kerja.. Bibik yang lama udah dihantar balik ke Indon. Jadik gue yg harus jadi bibiknyaaa..Ngerti nggak? Tiap hari gue harus ngemasin rumah kayak(seperti) tukang sapu di kantor-kantor besar gitu.. Mujur gue dibayar beberapa ringgit sehari (duit poket) walaupun gaji gue gak sebesar kalo gue jadi supir (driver).. Jadi hati gue terus jadi tenanggg gituu liat duit masuk.. Makannya, kalian kerjanya harus ikhlas jangan jadi seperti gue..

2. Arms dealer (dengan bahasa cutenye, agen jual mercun..)

Ini Form 1 punye cerita. Memang time ni aku rasa seperti seorang penjenayah pun ade jugak. Aku selalu pergi kat satu kedai ni,.. Kedai tersebut yg supply mercun-mercun ni pada aku dan aku yang tolong jual. Pastu end of the day, aku dapat komisyen sikit. Macam-macam jenis mercun aku jual termasuklah mercun bola, mercun botol, mercun padi, mercun mancis, meriam dan juga mercu tanda Malaysia. Skang dah serik dah sebab tengok banyak berita pasal orang putus jari la, putus telinge la, mahupun putus hidung sebab main mercun..Kes org putus haid sebab main mercun je aku tak pernah dengar lagi setakat ni.


3. Technician computer


Lepas aku habis PMR, aku dipaksa kerja tanpa gaji..Semua ni adalah idea bapak aku. Die ckp daripada aku dok lepak kat umah tgk TV baring sambil makan cm ular sawa, lebih baik aku gi carik pengalaman. Aku, sebagai anak yg taat menurut perintah je la.. Aku pernah bekerja sebagai technician kat sebuah pusat repair computer bername ICT Intelux. Macam-macam aku blaja kat situ tapi skang satu HABUK pon aku tak ingat ape yg aku belajar kat situ. Dah bertahun aku tinggalkan tempat tu..memang le lupe. Kalau ade ubat untuk kembalikan memori aku dah makan dah..


4. Team leader drink shop


Korang mesti pernah gi foodcourt kat shopping complex kan? Aku keje kat tempat-tempat camtu la. Spesifik: kat kedai air atau name glemernye, Island. Name tu diberi sebab kedai ni terletak ditengah-tengah foodcourt kat Giant tmpt aku keje tu. Aku keje kat sini selame 4 bulan dan aku hampir dinaikkan pangkat menjadi supervisor oleh manager aku tetapi MALANGNYE die tarik balik decision pleh kerana aku nak sambung study dan tak kerja permanent kat situ. Keje kat situ mmg mencabar gile lagi-lagi time weekend. ORANG RAMAI GILE NAK MATI!! (maksud aku ramai orang yg datang nak minum, bukan ramai orang gile yang nak mamp).
Kadang-kadang aku 4-5 jam wat air nonstop..pastu handle bahagian cashier. Bukan takat tu je! Aku kene gi tukar 10 tong gas setinggi dada aku yg terletak jauh nun belakang shopping complex! Aku kene angkat tong-tong air tetiap hari! Aku kene angkat ais berguni-guni! Disebabkan aku pekerja yg pantas (ceewahh), aku dilantik menjadi team leader (Manager rase bersalah sebab tak jadikan aku supervisor letteww~).

Tapi antara mende suwey yg berlaku kat situ ialah, ade seorang mamat gay bekerja sekali kat situ. Die dah le pemalas, gay lak tuh. Membe aku dah banyak kali jadik mangsa rabaan die. Aku juge tak terkecuali.. Gampang punye gaytard. Nasib baik aku bukan taste die..Eughh..Muntah gak aku atas laptop ni. Membe aku berenti keje sebab mamat gay tuh. Btw, mamat tu umo 30+ n die pernah nak ngorat Syafiq a.k.a AX . Time tu Syafiq tak tahu yang die sedang dingorat coz ingatkan mamat tu straight. Sedapp je diorg chatting-chatting mesra. Aku dah gelak guling-guling kat belakang dah time tu..melihat telatah abang gaytard yang sedang cuba untuk mengorat Ax. Sweet je aku tengok diorang.. Kah3!

Friday, August 26, 2011

Keyword Minggu Ini dan Minggu Lepas



Amboii.. Banyak betul keyword Yuyu Zulaikha. Carik mende bukan-bukan lak tuh ye..?

Kisah muhammad ashraf? Siapa le yang cari kisah hidup aku nih... Takde pape yang menarik pun tentang kisah hidup aku..Nak tanye jangan segan-segan. Dial je 1-300-88-2525 untuk maklumat lanjut. InsyaAllah pizza chicken supreme large sampai ke rumah..

Dan kepada sesiapa yang nak cari pantun minta maaf kepada kawan, boleh dapatkan pantun tersebut kat blog ashrafjalil.com.. Wahahah!!

P/s: bilik tidur kaler hijau pink cmbest je. =D

Ciri-ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.


14. Buat candle light dinner secara mengejut. <--idea Cik Teaqah

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Cara Nak Dapat Bayi Kembar


Bile cakap pasal pembiakan, aku selalu teringat kenangan-kenangan waktu sekolah semasa Form 3. Seingat aku, topik pembiakan ialah topik Bab 1 untuk subjek Sains. Bebudak punye la semangat tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Ye laaa... Sape je tak suke bab pembiakan? Syiokkk maaa... Especially lelaki, kitorang la yang paling excited dalam kelas.. Masing-masing dah tak sabar nak kahwin gamaknye.. Tapi apakan daya.. Kami hanyalah budak sekolah yang cuma mampu berangan je.. Kalau stakat Form 3 tu, mungkin mampu bagi nafkah batin je.. Nafkah zahir konpem tak lepas.

Masa Form 3, aku ade amek tuition untuk subjek Sains gak. Cikgu tuition memang sangat sempoiii.. Almaklumlah.. Cikgu lelaki.. Bile bercerita, memang detail habisss.. tanye je pape, semua dia jawab. Bebudak lelaki dah sampai tahap ketawa guling-guling atas lantai, bebudak perempuan still tercengang blur-blur sebab tak faham. Innocent la katekannn...

Cara nak dapat bayi kembar ? huhh..Macam-macam spekulasi aku dengar. Ade orang cakap, skill yang digunakan mase "pembikinan" bayi kene "betul". Ade sesetengah orang cakap, selepas proses "pembikinan" bayi, kene goncang isteri kuat-kuat supaya telur yang tersenyawa terpecah kepada beberapa bahagian. Dari situ, dapat la bayi kembar.. kalau ovum yang tersenyawa terpecah kepada seratus bahagian, maka dapat lah kembar 100.. Konsep dah betul, fakta je mengarut..

--------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging.


Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

P/s: Entry permintaan Bella Lim =D

Monday, August 22, 2011

Ghost Rider 2: Spirit of Vengeance 2012



Watching this just turns me on.. O.O

Saturday, August 20, 2011

Masalah dan Cabaran Hidup | Fasa Kehidupan

Mereka mempunyai macam-macam problem/dugaan/cabaran tersendiri..

Cabaran-cabaran tu mungkin tak susah pada kite tp susah pada mereka..(mcm Einstein's theory of Relativity) Lain org, lain perception yg die nampak dan lain ape yg die rase..

Cabaran-cabaran ni la yg membawa mereka ke next level dlm hidup. Kita mungkin dapat justify mende ni dari perubahan-perubahan tertentu yang terjadi pada diri mereka dan ape yg mereka rasakan sendiri in terms of thoughts, feelings n so on..

Kadang nampak seperti semua tu mmg Tuhan telah rancang sebab plot nye sangat kemas..
Sesetengah plot agak kabur tapi membawa kepada ending yg tak dijangka..But still plot sgt kemas regardless ending tersebut..
Dan ade sesetengahnye pule kite memang dapat jangka apa yg akan berlaku..

Plot kemas yang dimaksudkan ialah fasa yg dihadapi oleh mereka..
Kalo fikir-fikir balik memang banyak phase kt situ, tetapi generally, yg paling obvious adalah:

1.Phase persediaan (biasenye disertai dgn pre-cabaran) sebelum menghadapi cabaran.
2.Phase menghadapi cabaran sebelum perubahan.
3.Phase dimana mereka berubah internally atau dgn kata lain, PERUBAHAN.
4.Phase dimana perkara-perkara diatas akan berlaku secara cycle such that mereka perlu mengekalkan perubahan baik yg dah dilalui dan berubah kpd yg lebih baik..

Macam loop dlm C++..
Kalo gagal, kene ulang balik phase-phase tersebut..

(*maybe ade gak certain case dimane program tersebut takleh nak run atau crack..mintak dijauhkan. Perlu sentiasa berada dalam proses loop tersebut dan mara.)

Pointnye disini, sama-sama lah kite menjayakan diri dlm dalam loop tersebut dan berusaha utk tros maju ke "next level" dlm hidup kite..Secara keseluruhannye, we re on the same boat. Ade time kite akan jatuh... Bermula dengan berfikiran optimistic walaupon malas nak bangun adalah sesuatu permulaan yang bagus. daripada tak fikir apa-apa langsung pasal kejatuhan tu.

P/s: Phase apekah yg aku sedang lalui skang ni ek? (?.?)

Thursday, August 18, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Yuyu Zulaikha free hair? Gayboy?


Sori le.. Yuyu Zulaikha bertudung skang. Dan blog aku xde entry pasal gayboy pun.. Hahaha!

Monday, August 15, 2011

MENCARI BLOGGER KREATIF



jom click kat favicon atas tu =D

Apa yang dapat dilihat dari favicon tu:

Huruf "b"
Simbol untuk benashaari.com

Talk bubble kat tengah-tengah huruf "b"
Semestinya blog tersebut kepunyaan Ben Ashaari dan segala isi kandung blog tersebut adalah hasil pemikiran Ben Ashaari sendiri.

Warna oren dan merah:
Apa yang boleh diulas dari warna tersebut mungkin agak rumit. Tapi apa yang saya boleh persoalkan ialah, kenapa "talk bubble" tersebut berwarna merah dan kenapa arrow talk bubble tersebut menuju ke region yang berwarna merah. Talk bubble tersebut terletak diantara huruf"b" melambangkan kandungan blog tersebut berada dalam skop pemikiran Ben Ashaari sendiri. Warna merah adalah warna blog tersebut. Warna oren tu pula boleh disifatkan sebagai blogger-blogger atau pembaca blog benashaari.com. Dari segi keseluruhan, simbol favicon tu menegaskan identiti blog benashaari.com sebagai penyampai (talk bubble) serta pembaca yg membaca blog tersebut (region oren). Ben Ashaari type, kita baca.

Ciri-ciri Blog Aku FOLLOW



PENYAMPAIAN YANG TEGAS. Tak kisah la topic apa yang ditaip, yang penting apa yang nak disampaikan mampu dicernakan dan dihadam oleh kepala hotak aku yang serba sewel ni. Contoh blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah En Hasrul Hassan dan Cik Namee Roslan. Bila tiba kat entry yang bersifat provocative atau perbincangan tentang sesuatu topik, mereka mampu susun point dengan kemas serta bahaskan perkara tersebut dengan sesuatu yang "make sense". Bukan melalut tak tentu hala sampai ke laut. Pencarian topik mungkin salah satu cabaran terbesar buat semua blogger, tapi cara penyampaian datang dari pengalaman dan practice. Pokoknya, aku tak kisah pun kalau sesebuah blog itu menggunakan bahasa pasar secara berleluasa dengan amat dahsyat sekali, yang penting ianya kemas dan mampu difahami.

PERMAINAN BAHASA YANG LAWAK. Sebenarnya memang tak dinafikan yang bukan senang untuk bermain dengan bahasa ni. Lebih-lebih lagi apabila kita nak selitkan unsur lawak yang mampu membuatkan orang gelak sakan sampai terputus urat kentut. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Bella Lim. 90% entry yang beliau taip adalah lahir dari hati yang kering serta bersifat "main lepas cakap" plus "pedulik-hape-aku-apa-orang-kata". Apa yang aku perasan, ramai blogger yang cuba sedaya upaya untuk menghasilkan entry yang lawak, tetapi akhirnya jadi melalut atau "lame". Clearly, memang susah untuk kita sesuaikan bahasa dan situasi yang lawak. Entry yang lawak juga terhasil dari penyampaian yang tegas.

IDENTITI DALAM DUNIA REALITI. Maksudnya, aku akan follow sesiapa sahaja yang mempunyai background yang menarik. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Syazwan Che Deraman. Aku follow beliau sebab beliau merupakan seorang pilot. So, aku boleh follow kisah-kisah beliau semasa terbang di langit. Dulu aku bercita-cita nak jadik pilot tapi tak boleh sebab aku berkaca mata.

BLOGGER YANG RAJIN KOMEN. Aku akan follow blog sesiapa yang rajin komen. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Cik Teaqah. Ramai je yang rajin komen, tapi kenapa beliau? Sebabnya kat mana-mana blog lain yang aku blog walking, aku selalu nampak beliau komen sekali kat blog-blog tersebut. Komen tersebut bukan komen kosong, tetapi bersifat "membincangkan" topik yang dibincangkan secara serious. Kadang-kadang komen tersebut hampir menjadi karangan berpandu 230 patah perkataan. Tu la yang dikatakan "pengomen tegar". Biasanya blogger sebegini memang suka blog walking dan banyak belajar tentang selok-belok dunia blogging daripada entry-entry yang dibaca. General knowledge pun dapat...Link

Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK?


cube click kat header atas =D

InsyaAllah kalau ada masa, akan BW semua yang join segmen.

Saturday, August 13, 2011

Lebih dari 60km/jam boleh membawa maut.

Sebenarnya aku ni boleh dikatakan seorang pemandu yang berhemah. <--- ayat perasan skala 10.

Tapi kadang-kadang kalau dah syok sangat drive tu, kite tak perasan yang sebenarnye kite dah bawak kete dah melebihi had laju. Lagi-lagi kalau bawak kereta "berat" seperti Camry atau Lancer, setakat 130km/hr tu rase macam bawak Saga dengan kelajuan 90km/hr. Biasenye kereta "berat" ni grip tanah lagi kuat sebab sememangnya ianya berat. Kalau kereta "ringan", kite akan dapat rasa yang kereta tersebut seakan-akan "terbang" jika dipandu melebihi 120km/hr. Tang tu yang bahaya sebenarnya.. Sebab boleh hilang kawalan. 60km/hr direct impact boleh membawa maut.

Semalam aku drive dari KL ke Johor. Dalam 3 jam dah sampai. Average laju, 130km/hr tapi kadang-kadang terleka sikit die pegi sampai 150.. Aku harap xde surat saman sampai umah. Kalau tak abes la kene sound ngan mak.

Kepada para pemandu diluar sana, sila jangan pecut kete melebihi 120km/hr jika anda memandu kereta jenis "ringan". It can be absolutely fatal. Pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang.. kalau xde orang yang menyayangi korang, ingatlah kucing peliharaan yang tersayang.. Melainkan korang bawak kapal terbang cam Syazwan. Kalau camtu, korang nak lenjan sampai 1000km/hr pun xpe.. takde ape-ape yang nak dilanggar melainkan angin dan awan (atau burung?). Jangan langgar sumpah sudah.. nanti kene sumpah laknat..

P/s: Semalam aku berbuke sorang-sorang dalam kete dengan kurma Yusuf Taiyoob~~ Aku rase paling sedap skali "Safia". Sampai Johor tros aku berbuke dengan nasik goreng cendawan + ayam goreng kunyit + sup ekor habaq hang.

Thursday, August 11, 2011

Nigerian Dance | Semangat Adalah Kunci Kejayaan



passionate much?

Adegan Sebelum Bayar Sewa Rumah


Photoshoot dikala kebosanan. Alang-alang nak bayar sewa, apa lah salahnya berposing dengan duit kejap.

Jika Aku Kantoi Tak Puasa


Deyymm.. Sedar tak sedar, tinggal 30 hari je lagi untuk aku menikmati saat-saat indah di Malaysia tercinta. Banyak lagi aktiviti menarik yang masih belum dilaksanakan termasuklah makan durian secara berjemaah bersama keluarga kat gerai durian tepi jalan. Walaupun gua tak suke makan durian, tapi siyes gua nak try durian 101 yang digembar-gemburkan tuh. Katenye tu durian kacuk pisang..Tapi xtau le kalau aku salah dengar (jangan pecaye).

Tapi apakan daya... Sekarang bulan puasa.. Memang cari nahas le kalau aku melantak durian tepi jalan. Tak sanggup aku kene bawak jalan-jalan dengan van jenazah sekitar KL. Free-free jek bole jadik femes.
------------------------------------------------------------------------------------

Soalan cepumas: Jika anda ditangkap tak puasa dan diarak sekeliling kampung dengan van jenazah, apakah yang anda akan lakukan?

a) Buat muka bangga sambil lambai "royal wave" ala-ala Queen Elizabeth kat orang kampung.

b) Baca yasin untuk si mati konon-konon ade jenazah lain kat dalam van tuh.

c) Baring, pejam mata, buat muke beriman sambil kiamkan tangan dan "play dead" @ berlakon mati. Konon-konon anda lah jenazah yang akan dihantar ke Tanah Perkuburan Kampung Dusun pada petang itu untuk dikebumikan.

d) Promote blog kat orang kampung untuk naikkan traffic.

---------------------------------------------------------------------------------

Soalan untuk kaum Adam: Jika anda kantoi ngan Pak Imam tatkala sedang syiokk makan eskem paddle pop di siang hari pada bulan Ramadhan, apa anda nak jawab ngan beliau?

a) "Hari ni saya uzur pak imam.. Tengok ni saye baru beli kotex" *sambil menunjukkan kotex yang dibeli kat kedai tadi (kakak pesan soh belikan).

b) "Ooo... Skang dah bulan Ramadhan ke pak imam? Saya ingatkan masih bulan Rejab~hik hik~"

c) "Bile mase pulak saye makan eskem, pak imam ?!! Tak baik main tuduh-tuduh tau !! Pak Imam ni letih sangat puase kot..Tu yg salah pandang tuu !!" *sambil menyembunyikan eskem di dalam seluar.

d) "Pak Imam nak satu ke? Saye ade beli aiskrim lebih tadi.. Tapi perise oren laa.. Nah."

e) Persetannkan itu sume..Lari pecut 100m sekuat hati balik umah. Boleh pulak pak imam nak kejar ngan kain pelikat.

------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat menunaikan ibadah puasa...

Wednesday, August 10, 2011

AWAS !!!: Sesi Tayang Rambut Baru #2


Entry kali ni juga penuh dengan aksi vain. Bimbingan ibu bapa diperlukan untuk mereka yang berumur 15 tahun kebawah. Sesi tayang Rambut #1 <--- volume 1st.





Dulu fohawk, skang ntah ape name pesen tu pun aku xtau..

Why Some Women Don't Wear Hijab (Tudung)


At times, this issue is considered more "cultural" and has significantly less thing to do with religion.

Comformity has become a dominant factor for those who not wearing hijab. At this point, if you are a type of person who really does care about finding a better way promoting the practice of wearing hijab, you should begin to realize that it doesn't help at all by yelling at their faces and say "wear hijab or go rot in hell, girl..!!". Approach sometimes can be so powerful that instead of wearing hijab, they will end up leaving it without even understand which verses in Quran stated the reason for hijab. To them, it is more like an act of oppressing those who not wearing hijab and claiming that they are unfaithful or "not Islamic". Leaving us with one big riddle regarding the issue. What to do?

Does authoritative instruction can be considered appropriate enough to educate people? In response, does it contradict to your whole purpose which is promoting the practice of wearing hijab? For some, pressure factor can be quite helpful. They started by accepting the fact that it is compulsory to wear hijab and it is not optional or some kind of recommended option, fear of the punishment and eventually it leads to permanent obedience. One common mistake is to judge that such directive way will always be aimed at encouraging Muslims women wearing hijab. What if we re wrong?

In different countries, people face different types of difficult situation. For Muslims in US, wearing hijab can sometimes interferes with daily activities. They were even treated as if they're terrorists. However, it is much easier to wear hijab in Malaysia, an Islamic country (although some might question about the implementation of hudud).

These days, I dont think the challenges they face are relevant enough compared to others around the globe. I just can't simply think, of what rational they're being so offended and think that they re oppressed when we start talking about hijab. Usually they will come up with reasons and excuses. People tend to search for something to back them up when they don't do what everyone requires them to do. Guilty conscious is what makes them explaining why they don't wear hijab. It makes perfect sense. Why should we explain our faith in God? If we believe in Him, we know that His laws are just perfect. Just because most people believe in something, that doesn't make it right. That doesn't strengthen any argument when it comes to whats divine and whats not. It is pointless to mold religion by misinterpreting the verses. We choose to be accepted by society but rejected by faith. But feeling guilty is actually a good start though. It is a sign that they can make a change.

From what I have seen, society somehow educates people. Suprizingly, it is true. We can see nowadays, new trend of wearing hijab in fashionable ways has been introduced. It gets popular that so many people started wearing hijab as a result of so called "fashion fever". Well, I think it is kinda brilliant and a good start for them. I like the idea of promoting hijab through fashion. There should be no problem as long as the fashion is appropriate, so to speak.

The bottom line is, forcing women to wear hijab through mental or emotional pressure can be devastating. It might work for some people. The best way is always to emphasize education and the need of wearing hijab in a humble manner, not by a harsh command.

Keyword Pelik Untuk 2 Minggu


apa-apa saja la labuuuu...

Monday, August 8, 2011

Kerajaan Bagi Bonus Gaji | Peranan Kita?

Dikala gelap menyelubungi malam, terpancar juga sinar rembulan.. Kejadahhh..

Mesti ramai penjawat awam yang gembira dapat bonus kan? Mak aku pun gembira gak. Nenek aku pun gembira gak. Kalau aku jadik diorang, konpem aku dah tidur laju-laju sambil senyum kuat-kuat malam ni..Bonus setengah bulan untuk penjawat awam dan RM500 untuk pesara woii. Ingat senang ke orang nak bagi duit kat kite. Kalau bagi kat sorang minimum RM500, ramai-ramai orang tak sejuta jadiknye? Memang berjuta-juta pun.. Kerajaan setuju nak belanja 2 billion untuk 1.27 juta penjawat awam dan hampir 600k pesara. Kalau nak tau cite lagi detail, tanyelah Mr. Google. Ok la.. Fair game. Govt stop hantar student study oversea, duit-duit tu kite kongsi la pulak dgn mereka yang dah berhempas-pulas bekerja. Toksah le beli barang kemas juta-juta untuk perhiasan peribadi..

Sebenarnya, kita tak perlu menjadi seorang economist untuk mengetahui basic principle punca kekayaan sesebuah negara. Kekayaan negara menentukan standard of living rakyat. Dan ianya berkadar langsung dengan produktiviti negara tersebut. Watdehel is produktiviti negara?
Produktiviti adalah jumlah produk dan servis yang dihasilkan dalam negara untuk satu jangkamasa tertentu.

Sesape yang study business atau economics, korang mesti pernah dengar term GDP atau Gross Domestic Product yang merujuk pada nilai produk/servis yang dihasilkan dalam jangkamasa tertentu. Malu la korang kalau aku yang budak engineering ni pun tahu..Ngeheheheh.. GDP merangkumi 5 aspek termasuk perbelanjaan individu, investment, perbelanjaan negara, import dan export. Faktor lain yang menjurus kepada produktiviti termasuklah technological implementation, educational level, labour work force. Apesal aku membebel tang ni?

Sebab ianya berkaitang ngan kite sume. Pada aku peranan kita sebenarnya adalah untuk kerja dengan telus, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kalau yang bergelar cikgu tu, kene pastikan ade target dan perancangan untuk push student dapat sume A+ dlm exam. Kalau yang bekerja kat pejabat, kene pastikan proses rekod dan dokumentasi dilakukan dengan sempurna. Kesian kat orang atas kene bertanggungjawab kalau korang wat silap. Kesian mak aku gak sebab ade orang tu buat hal, die yg kene..Yang suke "mengular" tu, kurang-kurangkan la.. Tak berkat kang duit yg dimakan tuh..

Harapan kerajaan adalah langkah tersebut dapat memotivasikan diri semua yg terlibat untuk bekerja lebih keras.. Tapi Undi apecer? Hehhee

Status Hadiah SUNSHINE SMILE CONTEST

Minggu lepas hari Jumaat 5th August, aku bercadang untuk pos laju hadiah polaroid Instax Mini 7S contest ke rumah Nabila. So, aku pun pergi la ke Pos Malaysia lepas balik dari bazar Ramadhan. Waktu tu jam menunjukkan pukul 5pm. Sampai-sampai je, sekali pos dah tutup daa... Aku pun menangis meraung-raung sambil rebah menyembah bumi (bukan literally menyembah bumi, syirik tu..). Lalu aku pun pergi membawa diri dan hati yang pilu..

Seperti yang dah dimaklumkan sebelum ni, aku berjanji untuk pos hadiah tersebut sebelum minggu 1st Ramadhan habis. Tapi memandangkan 5hb tu hari Jumaat, next pos bukak ialah pada hari Isnin depan iaitu pada 8th August. Dengan hati yang terguris ibarat ditusuk sembilu, aku pun message la Cik Nabila untuk menyatakan yang janji-janjiku sewaktu ketika dahulu terpaksa ku dustai. Ohh tragisnye...

Nasib baik beliau merupakan seorang yang sporting ala-ala kete sports. Cik Nabila beritahu yang beliau balik umah akhir August, so still banyak mase lagi untuk aku pos hadiah tersebut.

Dan pada hari ini, hadiah tersebut telah berjaya dipos laju ke rumah beliau. PROCLAIM MY VICTORY !! YEARGHHH! Habis sudah segalanya yang berkaitan tentang Smile Contest

---------------------------------------------------------------------------

Tadi mase aku tengah tunggu giliran dalam pejabat pos, ade sorang pakcik dalam lingkungan 50 tahun tengah tunggu giliran gak. Tetibe handphone die berbunyik.. Guess what?
Ringtone henpon die lagu Justin Bieber tuu.. Lagu "Baby" lagi~~. Perghhh.. Pakcik layan Justin Bieber nokk.. Jiwa rumaja gituu.. Stylo le pakcik.

Sunday, August 7, 2011

Saya Mohon Maaf Kepada Kawan-kawan Facebook

Sejak dua menjak ni, FB banyak sangat update version.. Dan aku dapat tau yang segala entry yang aku ping kat page-page blogger telah dimasukkan ke dalam notification list rakan-rakan facebook walaupun diorang tak join page-page tersebut.

Ini telah menyebabkan facebook mereka sesak dengan notification yang maha banyak oomakaii. Almaklumlah, sehari aku boleh ping sampai 5 kali kat 20 group page yang berbeza. Kalau setahun aku buat camtu, tak sejuta jadiknye?

Disini, aku ingin mintak maap le jikalau notification tersebut telah menyebabkan korang pening kepala sampai kene makan 2 bijik panadol sehari. Kalau nak hide post from Ashraf Jalil pun aku xkesah.. Saye redha.. (sayu le pulok)

Saye akhiri entri dengan serangkap pantun:

Pergi ke kedai membeli kipas,
Kicap cap kipas rasanye mantopp,
Serabut semak-samun boleh ditebas,
Serabut notification takkan nak tebas laptop?

Tah pehape pantun aku.

Berjalan-jalan Di Canada (Entry Bergambar)

Waktu second year kat Canada dulu, aku mempunyai banyak masa terluang untuk jalan-jalan dan snap gambar. Nak ikutkan sepanjang aku pegang D90 dulu, berpuluh ribu gambar aku dah snap.. Ianya sesuatu yang sangat relaxing apabila aku dapat jalan-jalan kat luar, menghirup udara segar dan snap2.. Lepas amek gambar, aku stop kejap kat Baskin Robbins makan ice cream. Nampak budak-budak kecik yang happy dan excited datang nak makan ice cream bersama keluarga.

Membuatkan diri ini tersenyum..






















Saturday, August 6, 2011

Lagu Spongebob Versi Klate by Tok Mat Rimau

Tgh dok usha wall fb, tetibe nampak satu post dari page Tok Mat Rimau.
Lagu Spongebob Versi Klate.. Ahh sudahh.. Memang kaw2 aku gelak sampai nak terkeluar balik cendol yg minum time buke tadi.. GahahaahH!

LAGU SPONGEBOB ! VERSI KELATE :)

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
...ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge.......bob Sluar kotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok..
.

Fahami Perempuan Sensitif


Betul ke kaum wanita ni kuat emosi dan sensitif ?

Yes? No? Maybe?

Perempuan kalau merajuk, jenuh nak melayannye wehhh... Sensitif bukan main dasyat lagi..Kalau masalah gigi sensitif, boleh la jugak atasi dengan Sensodyne kann. Kalau perempuan sensitif, takkan kau nak lumurkan n sapu ubat gigi tu kat muke diorang? Memang bengap mentega le kalau ade sesape yang terfikir nak buat camtu.

Tapi kalau ada lelaki merajuk mengalahkan perempuan kene PMS camne pulak? Nak sepuk ke nak sepak?

Aku sebenarnya sangat kurang setuju dengan sifat sesetengah lelaki yang kuat berkasar dengan perempuan. Lelaki jenis macam ni memang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kat perempuan. Lagi hampeh kalau lelaki tersebut jenis yang menggunakan sepak terajang. Dayusss.. Lelaki jenis camtu memang layak kene "punch" kat muka dengan Datuk Punch Gunalan..

--------------------------------------------------------------------

Tahukah anda bahawa kaum wanita telah diciptakan sebaik-baiknya. Dari segi psikologi, mereka mempunyai sentuhan yang lebih mesra terhadap elemen-elemen yang berkaitan dengan emosi. Ianya bukan kebetulan tetapi berikutan saiz "limbic system" yang lebih besar. "Limbic system" ini ialah salah satu struktur yang terdapat pada otak manusia. Struktur ini berfungsi dalam pelbagai operasi yang melibatkan emotional response, memory, behaviour, mengesan bau dan banyak lagi.

Dengan hal yang demikian, kaum wanita mempunyai kelebihan dalam berinteraksi dan mengekspressikan perasaan. Kelebihan kaum wanita dalam "bond connection" menjadikan mereka lebih sesuai dalam penjagaan anak dan mampu meluahkan serta memberi kasih sayang dengan lebih sempurna berbanding lelaki. Tak hairan la Nabi Muhammad S.A.W mengiktiraf kaum wanita sebagai "sayap kiri" dalam masyarakat.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Saiz limbic system yang besar menyebabkan mereka susah mengawal stress, lebih sensitif dan mudah emosi berikutan keadaan-keadaan tertentu walaupun kita anggap perkara tersebut remeh. Jadi, tolerasi dari kaum lelaki amatlah diperlukan dalam hal ini.

-----------------------------------------------------------------------------------

Sebagai lelaki yang gentleman, haruslah kita ingat bahawa perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Dan tulang rusuk itu bengkok. Jika diluruskan secara paksa, maka patahlah ia..

Friday, August 5, 2011

Dugaan Aku Di Bulan Ramadhan | Disambar Petir

Semalam merupakan hari tragedi buat aku. Tapi aku redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin musibah yang menimpa mengandungi 1001 hikmah agar aku terus bersyukur atas setiap nikmat yang dikurniakan kelak.

Tanggal 4 Ogos 2011, hujan turun dengan lebat... Bak kata omputeh, raining cats and dogs..Bak kata orang melayu pula, hujan kucing dan anjing. Petir sambar-menyambar di langit kelabu. Guruh berdentum laksana gong gergasi dipalu.

Sedang aku asyik bermain facebook, tiba-tiba mataku ditusuk dengan satu cahaya yang amat terang dan menyilaukan dari halaman rumah. Pada waktu yang sama, jantungku hampir gugur berikutan dentuman guruh yang begitu keras dan kuat.


Tatkala jantung masih berdegup kencang..

Aku mengucap panjang...

Nafas menjadi semakin tenang..

Kemudian...

Aku...

Sepi...


-----------------------------------------------------------------------

Susah le nak jadik orang sastera nih.. Cam fail je penulisan aku. Sebenarnya yang disambar petir tu adalah tiang eletrik depan rumah. Tak pepasal, internet terus tak boleh nak detect. So, tadi aku terpaksa pergi ke maxis centre untuk beli broadband. Burn rm100.. Dah sehari aku hidup tanpa internet. Mane boleh tahan woo.. Minggu depan kene call TMnet untuk fix ape yang patut.

Sekian...

Thursday, August 4, 2011

Tips Study Last Minute


Tips Study Untuk Orang Pemalas

Gile ke hape ?!! Final exam lagi 2 hari.. Tapi tak sampai suku pun course syllabus yang aku dah cover. Time-time camni mule la aku rosakkan badan dengan minum air tenaga bertin-tin. Dah terang-terang kat tin tu tertulis "DO NOT CONSUME MORE THAN 500ML (2 tin) PER DAY",. Tapi aku pernah tibai sampai 3 tin. Lepastu tangan menggigil-gigil. Kenapa? Sebab mekanisma minum air tenaga terhadap badan kita ni ibarat memaksa kereta kancil version lama 1.3 dipandu laju melepasi kelajuan 200km/hr.. Air tersebut memberi excess caffeine terhadap badan anda untuk menghasilkan "adrenaline rush" yang mampu membuatkan anda terlompat-lompat macam orang sasau walaupun badan sedang keletihan.

Jadi, perlu ke jadi orang sasau untuk berjaya dalam akademik? Pilihan di tangan anda..


Sebenarnye insiden kat atas tidak perlu dipraktikkan kalau kite boleh laksanakan cara yang lebih sesuai dalam menghadapi exam last minute. Nak bagi nasihat "STUDY AWAL-AWAL" memang haram le nak ikot kann? Sebab entry ni pun memang untuk "org2 yg pemalas nak mampuih". So, apa yang aku perlu buat untuk study apabila keadaan dah menjadi sangat kritikal?


1. Pastikan diri anda dibebaskan dari masalah dunia yg lain terlebih dahulu

Masalah cinta, masalah penghutang tak bayar hutang, masalah housemate slalu buang air besar xreti nak flush, masalah kucing peliharaan mandul, masalah kencing malam dan segala masalah yang boleh diketepikan temporarily haruslah diketepikan terlebih dulu. Ini adalah untuk memastikan minda anda berada dalam keadaan fresh dan tip top utk study laju-laju. Dalam kepala anda, exam adalah elemen yang perlu diutamakan. Masalah yang lain, sila ketepikan dahulu.

2. Plan (Jadual study)

Biasanye aku buat jadual ni dalam kepale hotak je. Kalau tulis sekalipun, aku just conteng-conteng camtu je atas kertas. Ape yang aku plan ialah, berapa banyak topik yg aku perlu habis study untuk jangkamasa tertentu. Normally, satu subjek tu paling busuk pon kene ade 3 hari solid utk cover sume topik.. Kalau tak, pepandai korang la nak idop.. Gi rebus buku teks korang n minum air die.

3. Focus

Ni terus-terang aku cakap, FOCUS adelah senjata paling kuat yang menentukan kecemerlangan seseorang pelajar regardless tahap IQ. Sebab tu kat tips nombor 1 aku suruh bebaskan diri dari segala masalah yg tak diperlukan. Korang takkan tau capability korang yang sebenar kalau korang tak boleh nak fully focus. Setiap saat korang study dengan focus 100%, korang dah jimat banyak mase. INGAT, tidur dengan memeluk manja buku anda selama setahun untuk menjadi pandai adalah mitos semata-mata. So, kepada sesape yg ade terfikir nak wat cmtu, lupekan je la...

4. Family + Tuhan

Ini pulak adalah catalyst untuk tips nombor 3. Focus kepada Tuhan dan berkat study korang merupakan sumber kekuatan untuk terus study dikala badan dah tak mampu nak tanggung kepenatan.. Dah nak menjelang exam tu, rajin-rajin la kol mak mintak restu, solat hajat.. Aku banyak praktikkan cara ni time nak exam je. Time takde exam susah beno nak buat. Hampeh kan perangai saya ?? Hiks~

5. Rest

Macam mane xcukup rehat sekali pun, tidur at least 4 jam adalah satu kemestian.. Lebih-lebih lagi satu hari seblom exam. Kalau exam tu mmg jenis yang memerlukan korang berfikir, korang akan blur kalo xcukup rehat.. Aku dah penah kene dan menyesal.. Xnak wat keje gile tak tido 27 jam lagi. Kalau ade mase tu, gunakan la untuk rest. Jangan abeskan mase tgk koleksi video Magibon kat youtube tu. Dah le video banyak, sume same je...

Wednesday, August 3, 2011

Siapa Cakap Entry Info Tak Popular ? | Wordless Wednesday


Konspirasi Dunia Blog | Anonymous and The Gang

Pada awalnya aku sendiri nak tergelak bila tengok dunia blog dah jadi macam dunia politik kat luar sana. Huahahaha! Bring me the heat bebeh!! Isu yang paling hangat sekali ialah apabila blog kita diserang oleh "anonymous". Sekali lagi, ianya sesuatu yang menarik perhatian bloggers kalau cakap pasal anon atau "cik anon" ni. Ye la, ramai gak nak tau ape yang anon2 tu kutuk o kondem kan.. Sesetengahnya hati setuju ngan kata2 anon, tapi kepala geleng..
Adakah anonymous ini merupakan group gerila yang bergerak secara berkumpulan? Ataupun pejuang keadilan yang bergerak secara solo?

Untuk entry ni, aku cuma nak ulaskan sedikit-sebanyak tentang identiti "anonymous" ni. Sejauh mana kreativiti korang untuk buat spekulasi tentang identiti mereka?

1. Anonymous ialah mereka yang kuat sifat dengki.

Haaa.. Anak sapo le tu. Kenapa diorang nak dengki-dengki? Dark side manusia tuh.. Sesetengah orang (atau ramai) akan rasa dengki dan jeles apabila aliran dunia tak seperti yang mereka inginkan. Dunia sekeliling tidak menepati undang-undang yang direka sendiri untuk dunia mereka. Korang tak kenal pon anon tersebut, tapi die follow blog korang dan rase menyampah tengok korang apabila:

a) Komuniti menerima blog korang.
b) Korang berusaha keras nak naikkan dan promote blog.
c) Korang post pasal dapat earning ratus-ratus riban-riban dari blog tu.
d) Korang memang species manusia yang anon benci.

Tunjang utama yang membuatkan mereka benci ialah, mereka juga inginkan segala kesenangan yang korang dapat tetapi merasakan mereka tak mampu nak capai segala kesenangan tersebut walaupun berusaha keras.

2. Anonymous ialah kenalan terdekat korang.

Kenalan korang juga ada potensi untuk jadi anon ni. Motif mereka dapat dikesan dari cara diorang sampaikan message kat korang. Sesetengah mungkin ingin membantu korang memperbaiki blog. Tetapi yang lain mungkin komen atas dasar dengki/ backstab. Musuh di luar juga boleh membawa kepada musuh kat blog.

3. Anonymous adalah blogger otai.

Jeng jeng.. Aku tak tahu berapa ramai orang yang mampu terfikir camni. Motif? Mencipta satu agenda dalam dunia blog. Agenda sebegini dibuat untuk hasil jangkamasa panjang. Korang tak rase ke agenda anon tu dimulakan dari seseorang yang dah lame terfikir yang ianya akan menjadi sesuatu yang "panas". Korang pernah tengok cite "Burn Notice" atau pape cite yang berkaitan ngan politik tak? Tak pun tengok sendiri politik dalam negara. Konspirasi yang dibuat adalah hasil planning yang sangat teliti dan bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu bagi impak besar. Contohnye:

Cube korang bayangkan, blogger ni wat account baru sebagai anon pastu kondem blog sendiri. Lepas tu printscreen n wat entry. Brape banyak traffic masuk? hehehe.. Itu salah satu spekulasi.

Mungkin mereka juga buat atas dasar memantau blogger-blogger baru, memastikan mereka tak melepasi mana2 batas atau copyright dan terus cuba untuk memperbaiki diri.

Walau macam mane pun korang fikir, nothing is impossible n impossible is nothing. Mungkin aku anon? Mungkin korang anon? Who knows...

P/s: Entri ini hanyalah spekulasi semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Tuesday, August 2, 2011

Ayam Percik 5 Star | Antara Duit dan Nafsu

Tadi aku drive ke bazar ramadhan seksyen 3. Suasana takde la busy macam kat area PKNS. Niat di hati nak beli ayam percik kaler merah (semalam beli kaler kuning). So, aku pun melangkah kaki ke salah satu gerai ayam percik ni. Nampak sedap !! Kuah warna merah pekat. Aku pun pilih 3 batang untuk dibeli tanpa berfikir panjang.

Nafsu nak membeli tu membuak-buak sampai lupe nak tanye harge. Tengah-tengah nak pilih ayam tu, aku pun merajinkan diri untuk bertanya..

"Brape harge ayam percik ni sebatang kak?"

"RM7 dik.."

"RM3 kak?"

"RM7...."

"Ooo..yeke? Kalau camtu takpe la kak.."

Lantas aku ajak mak beredar dari gerai tersebut dan menuju ke bazar area PKNS. Sesak pon sesak la, janji tak kene cekik.

Aku tengok ayam percik tadi tu takde beza pun ngan ayam percik lain. Tapi harga RM7 sebatang !?? Semalam aku beli Rm3 jek.. Gerai lain pun jual RM3 jek.. Perghh.. Kalau aku beli 3 batang dah RM21.. Baik aku beli 5 bungkus nasi ayam madu.. Konpem kenyang yaa amat sampai ter"skip" terawikh..Keh2..

Datang terawikh..Jangan tak datang...

Aku Eksiden | AWAS: 18SG Tak sesuai untuk 18 tahun kebawah

Mase aku kecik-kecik dulu, aku suke main basikal. Ianya dah jadi macam rutin harian. Setiap petang lepas habis sekolah, aku akan keluar rumah untuk main basikal sekitar kawasan perumahan. Mase darjah 1, aku sekolah sesi petang. Kebiasaannya lepas balik sekolah, aku akan tros tukar baju n main basikal.

Sebagai seorang pelajar darjah satu Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, aku sememangnya berada dalam fasa hidup dimana tiada masalah dunia yang membebani diri. Budak-budak le katekan..Mood happy go lucky jek.

Tetapi...

Pada suatu hari, kebodohan telah melanda diriku. Pada waktu itu, aku rasa sangat gembira sebab dapat main basikal. Aku menyanyi dengan riang sambil mengayuh basikal pusing-pusing kat sebelah rumah.

Kebodohan terserlah apabila aku menunggang basikal tersebut dengan memejam mata sambil berimaginasi yang aku tengah terbang seperti Superman. Pada awalnya, perasaan syok memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku benar-benar merasakan yang aku sedang terbang di awangan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Perancis menyapu lembut ke muka aku yang suci tanpa jerawat ini. Akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia ketika itu..

Tiba-tiba..

Gedegangggg!!

Hamekk ko bahagia.. Apabila mata yang terpejam rapat ini dibuka perlahan-lahan, aku terlihat tembok-tembok batu megah berdiri di sekeliling aku. Setelah diteliti btul2, baru aku tahu yang sebenarnya aku telah terlibat dalam satu kemalangan yang paling sengal sepanjang abad. Dengan penuh kehormatan dan tatasusilanya aku masuk kedalam longkang bersama-sama basikal yang aku tunggang tadi.. Nak sangat jadik Superman, longkang yang aku dapat. Dengan badan yang sakit dan lebam-lebam, aku keluar dari longkang tersebut dan terus balik ke rumah.

Tu la kemalangan paling EPIC pernah aku alami sepanjang hidup.

Moral: Jangan menunggang basikal sambil pejam mata. Melainkan basikal korang ade sistem autopilot (tak habes2 sistem autopilot).

Monday, August 1, 2011

Cik Epal Komen Kat Blog Aku~ Terujanye I~ !!


Whoaaa!! Cik Epal komen kat blog akuu !! Sebenarnya aku buat entry sebegini atas dasar mengikut tradisi yang banyak kelihatan kat dunia blogging ni. Bila blogger femes follow kite atau komen kat blog kite, ramai akan cenderung untuk buat entry pasal tu. Korang rase kenapa boleh jadi camtu?

Kalau korang terbukak dan terbace entry ni, itulah jawapan die.. Ianya sesuatu yang menarik perhatian umum jika orang kenamaan @ orang yang dikenali ramai berinteraksi secara langsung dengan kita. Sesetengah pihak mungkin akan menyampah dengan tradisi sebegini, tetapi eventually they ll end up leaving out the argument. Tak tau la pulak kalau ade pihak yang letak dalil sendiri untuk entry sebegini.. Hahah.

Susah nak argue dengan universe tau sebenarnye. Nabi Nuh A.S pun amek mase 900 tahun untuk berdakwah even kearah kebaikan, yang mengikut brape puluh orang je..?

P/S: Entry NI la yg Cik Epal komen tu.

Oppss..Lupe lak aku puase| BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

*jemput click header diatas


Kejadian termakan atau terminum mase tengah puasa adalah tragedi yang acapkali terjadi kepada semua golongan terutamanya budak kecik yang baru nak start blaja puasa. Aku juga tidak terkecuali dan pernah mengalami insiden tersebut. Walaupun kita tahu bahawa kaum kerabat syaitonnnirojim semua telah diikat pada bulan Ramadhan, namun nafsu makan & kelalaian kita sendiri jualah yang menyebabkan kita terlanjur..

Kejadian yang pernah aku alami berlaku mase aku darjah 5. Time tu baru balik dari skolah.. Dah le balik jalan kaki, cuaca panas lak tu.. Dalam keadaan lutut yang dah longgar 3 inci, aku meneruskan perjalanan balik ke rumah dengan hati yang tabah.. Time tengah jalan tu tiba-tiba aku nampak bangla jual eskem naik motor selamba timba die jek lalu depan aku.. Lantas aku berdoa kepada Tuhan agar dapat memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah di bulan puasa ketika itu... Dah xde tempat lain ke die nak jual eskem.. Terliur aku dengar bunyik loceng eskem tersebut..

Sampai je rumah, aku tros baring depan TV n terlelap... ZzzzZzzz...

Pukul 3pm, aku bangkit dari tidur dalam keadaan mulut dibasahi air liur. Secara automatik, kaki aku melangkah membawa diri ke peti sejuk (tak sangka pulak badan aku ade sistem autopilot). Dan dalam keadaan separa mamai seperti lalat yang disembur ridsect, aku membuka peti sejuk tersebut... Fuhh, kemain banyak lagi jajan kat dalam tuh. Air gas ade, coklat ade, yuppy gummy bear ade, cornflakes pun ade..

Dengan konfidennye aku mencapai sebuah mangkuk yang berisi cornflakes lalu menyuap masuk bijirin sarapan berkhasiat tersebut ke dalam mulut sendiri. Tengah syok2 dok kunyah bunyik "krup krap krup krap", tetibe aku teringat insiden mase balik sekolah tadi dimana aku memaki hamun bangla jual eskem dalam hati sebab die jual eskem depan aku yg tgh puase ni..

Kedurjanaan.. Aku baru perasan yg aku tgh puase. Cornflakes dah separuh lumat dalam mulut nih. Tanpa berfikir lebih lanjut, aku terus ludah balik cornflakes lumat tu kedalam mangkuk yang aku pegang tadi. Apabila mangkuk tersebut dah berisi ludah aku, sudah tentunya aku terpakse buang segala isi mangkuk tu kedalam tong sampah.. xpepasal dah membazir..

Begitulah ending ceritenye...

P/S; makanan yang saye paling suke time kecik dan time dah besar jugak ialah ROTI JOHN. Sebab ianya best dan sedap melampau.


Please take your time for this =)