Followers

Showing posts with label Kenapa perempuan sensitif. Show all posts
Showing posts with label Kenapa perempuan sensitif. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Fahami Perempuan Sensitif


Betul ke kaum wanita ni kuat emosi dan sensitif ?

Yes? No? Maybe?

Perempuan kalau merajuk, jenuh nak melayannye wehhh... Sensitif bukan main dasyat lagi..Kalau masalah gigi sensitif, boleh la jugak atasi dengan Sensodyne kann. Kalau perempuan sensitif, takkan kau nak lumurkan n sapu ubat gigi tu kat muke diorang? Memang bengap mentega le kalau ade sesape yang terfikir nak buat camtu.

Tapi kalau ada lelaki merajuk mengalahkan perempuan kene PMS camne pulak? Nak sepuk ke nak sepak?

Aku sebenarnya sangat kurang setuju dengan sifat sesetengah lelaki yang kuat berkasar dengan perempuan. Lelaki jenis macam ni memang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kat perempuan. Lagi hampeh kalau lelaki tersebut jenis yang menggunakan sepak terajang. Dayusss.. Lelaki jenis camtu memang layak kene "punch" kat muka dengan Datuk Punch Gunalan..

--------------------------------------------------------------------

Tahukah anda bahawa kaum wanita telah diciptakan sebaik-baiknya. Dari segi psikologi, mereka mempunyai sentuhan yang lebih mesra terhadap elemen-elemen yang berkaitan dengan emosi. Ianya bukan kebetulan tetapi berikutan saiz "limbic system" yang lebih besar. "Limbic system" ini ialah salah satu struktur yang terdapat pada otak manusia. Struktur ini berfungsi dalam pelbagai operasi yang melibatkan emotional response, memory, behaviour, mengesan bau dan banyak lagi.

Dengan hal yang demikian, kaum wanita mempunyai kelebihan dalam berinteraksi dan mengekspressikan perasaan. Kelebihan kaum wanita dalam "bond connection" menjadikan mereka lebih sesuai dalam penjagaan anak dan mampu meluahkan serta memberi kasih sayang dengan lebih sempurna berbanding lelaki. Tak hairan la Nabi Muhammad S.A.W mengiktiraf kaum wanita sebagai "sayap kiri" dalam masyarakat.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Saiz limbic system yang besar menyebabkan mereka susah mengawal stress, lebih sensitif dan mudah emosi berikutan keadaan-keadaan tertentu walaupun kita anggap perkara tersebut remeh. Jadi, tolerasi dari kaum lelaki amatlah diperlukan dalam hal ini.

-----------------------------------------------------------------------------------

Sebagai lelaki yang gentleman, haruslah kita ingat bahawa perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Dan tulang rusuk itu bengkok. Jika diluruskan secara paksa, maka patahlah ia..

Please take your time for this =)