Followers

Showing posts with label Tips Study Last Minute. Show all posts
Showing posts with label Tips Study Last Minute. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Tips Study Last Minute


Tips Study Untuk Orang Pemalas

Gile ke hape ?!! Final exam lagi 2 hari.. Tapi tak sampai suku pun course syllabus yang aku dah cover. Time-time camni mule la aku rosakkan badan dengan minum air tenaga bertin-tin. Dah terang-terang kat tin tu tertulis "DO NOT CONSUME MORE THAN 500ML (2 tin) PER DAY",. Tapi aku pernah tibai sampai 3 tin. Lepastu tangan menggigil-gigil. Kenapa? Sebab mekanisma minum air tenaga terhadap badan kita ni ibarat memaksa kereta kancil version lama 1.3 dipandu laju melepasi kelajuan 200km/hr.. Air tersebut memberi excess caffeine terhadap badan anda untuk menghasilkan "adrenaline rush" yang mampu membuatkan anda terlompat-lompat macam orang sasau walaupun badan sedang keletihan.

Jadi, perlu ke jadi orang sasau untuk berjaya dalam akademik? Pilihan di tangan anda..


Sebenarnye insiden kat atas tidak perlu dipraktikkan kalau kite boleh laksanakan cara yang lebih sesuai dalam menghadapi exam last minute. Nak bagi nasihat "STUDY AWAL-AWAL" memang haram le nak ikot kann? Sebab entry ni pun memang untuk "org2 yg pemalas nak mampuih". So, apa yang aku perlu buat untuk study apabila keadaan dah menjadi sangat kritikal?


1. Pastikan diri anda dibebaskan dari masalah dunia yg lain terlebih dahulu

Masalah cinta, masalah penghutang tak bayar hutang, masalah housemate slalu buang air besar xreti nak flush, masalah kucing peliharaan mandul, masalah kencing malam dan segala masalah yang boleh diketepikan temporarily haruslah diketepikan terlebih dulu. Ini adalah untuk memastikan minda anda berada dalam keadaan fresh dan tip top utk study laju-laju. Dalam kepala anda, exam adalah elemen yang perlu diutamakan. Masalah yang lain, sila ketepikan dahulu.

2. Plan (Jadual study)

Biasanye aku buat jadual ni dalam kepale hotak je. Kalau tulis sekalipun, aku just conteng-conteng camtu je atas kertas. Ape yang aku plan ialah, berapa banyak topik yg aku perlu habis study untuk jangkamasa tertentu. Normally, satu subjek tu paling busuk pon kene ade 3 hari solid utk cover sume topik.. Kalau tak, pepandai korang la nak idop.. Gi rebus buku teks korang n minum air die.

3. Focus

Ni terus-terang aku cakap, FOCUS adelah senjata paling kuat yang menentukan kecemerlangan seseorang pelajar regardless tahap IQ. Sebab tu kat tips nombor 1 aku suruh bebaskan diri dari segala masalah yg tak diperlukan. Korang takkan tau capability korang yang sebenar kalau korang tak boleh nak fully focus. Setiap saat korang study dengan focus 100%, korang dah jimat banyak mase. INGAT, tidur dengan memeluk manja buku anda selama setahun untuk menjadi pandai adalah mitos semata-mata. So, kepada sesape yg ade terfikir nak wat cmtu, lupekan je la...

4. Family + Tuhan

Ini pulak adalah catalyst untuk tips nombor 3. Focus kepada Tuhan dan berkat study korang merupakan sumber kekuatan untuk terus study dikala badan dah tak mampu nak tanggung kepenatan.. Dah nak menjelang exam tu, rajin-rajin la kol mak mintak restu, solat hajat.. Aku banyak praktikkan cara ni time nak exam je. Time takde exam susah beno nak buat. Hampeh kan perangai saya ?? Hiks~

5. Rest

Macam mane xcukup rehat sekali pun, tidur at least 4 jam adalah satu kemestian.. Lebih-lebih lagi satu hari seblom exam. Kalau exam tu mmg jenis yang memerlukan korang berfikir, korang akan blur kalo xcukup rehat.. Aku dah penah kene dan menyesal.. Xnak wat keje gile tak tido 27 jam lagi. Kalau ade mase tu, gunakan la untuk rest. Jangan abeskan mase tgk koleksi video Magibon kat youtube tu. Dah le video banyak, sume same je...

Please take your time for this =)