Followers

Showing posts with label Ciri-ciri blog pilihan. Show all posts
Showing posts with label Ciri-ciri blog pilihan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Ciri-ciri Blog Aku FOLLOW



PENYAMPAIAN YANG TEGAS. Tak kisah la topic apa yang ditaip, yang penting apa yang nak disampaikan mampu dicernakan dan dihadam oleh kepala hotak aku yang serba sewel ni. Contoh blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah En Hasrul Hassan dan Cik Namee Roslan. Bila tiba kat entry yang bersifat provocative atau perbincangan tentang sesuatu topik, mereka mampu susun point dengan kemas serta bahaskan perkara tersebut dengan sesuatu yang "make sense". Bukan melalut tak tentu hala sampai ke laut. Pencarian topik mungkin salah satu cabaran terbesar buat semua blogger, tapi cara penyampaian datang dari pengalaman dan practice. Pokoknya, aku tak kisah pun kalau sesebuah blog itu menggunakan bahasa pasar secara berleluasa dengan amat dahsyat sekali, yang penting ianya kemas dan mampu difahami.

PERMAINAN BAHASA YANG LAWAK. Sebenarnya memang tak dinafikan yang bukan senang untuk bermain dengan bahasa ni. Lebih-lebih lagi apabila kita nak selitkan unsur lawak yang mampu membuatkan orang gelak sakan sampai terputus urat kentut. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Bella Lim. 90% entry yang beliau taip adalah lahir dari hati yang kering serta bersifat "main lepas cakap" plus "pedulik-hape-aku-apa-orang-kata". Apa yang aku perasan, ramai blogger yang cuba sedaya upaya untuk menghasilkan entry yang lawak, tetapi akhirnya jadi melalut atau "lame". Clearly, memang susah untuk kita sesuaikan bahasa dan situasi yang lawak. Entry yang lawak juga terhasil dari penyampaian yang tegas.

IDENTITI DALAM DUNIA REALITI. Maksudnya, aku akan follow sesiapa sahaja yang mempunyai background yang menarik. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Syazwan Che Deraman. Aku follow beliau sebab beliau merupakan seorang pilot. So, aku boleh follow kisah-kisah beliau semasa terbang di langit. Dulu aku bercita-cita nak jadik pilot tapi tak boleh sebab aku berkaca mata.

BLOGGER YANG RAJIN KOMEN. Aku akan follow blog sesiapa yang rajin komen. Blogger pilihan aku untuk kategori ni ialah Cik Teaqah. Ramai je yang rajin komen, tapi kenapa beliau? Sebabnya kat mana-mana blog lain yang aku blog walking, aku selalu nampak beliau komen sekali kat blog-blog tersebut. Komen tersebut bukan komen kosong, tetapi bersifat "membincangkan" topik yang dibincangkan secara serious. Kadang-kadang komen tersebut hampir menjadi karangan berpandu 230 patah perkataan. Tu la yang dikatakan "pengomen tegar". Biasanya blogger sebegini memang suka blog walking dan banyak belajar tentang selok-belok dunia blogging daripada entry-entry yang dibaca. General knowledge pun dapat...Link

Please take your time for this =)