Followers

Saturday, December 10, 2011

Setitik air mata isteri, suami disebat 100 kali?

"setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"

Mungkin ada sesetengah orang yang pernah ternampak statement tu kat mana-mana. First impression masa aku ternampak ialah "oo..bunyik macam hadis sebab ada melibatkan sesuatu tentang hukum-hakam Allah,.tapi first time aku dengar (jikalau) ada hadis berbunyi camtu." Please, tell me the truth..kalau ada yang mengetahui.

Secara jujurnya, aku tak mahir bab-bab hadis ni tapi sesetengah orang mungkin berpendapat kalau diorang keluarkan hujah camtu atas dasar supaya tiada suami-suami yang menzalimi isteri, ianya tak apa. But, is it true? Aku sendiri tak tahu nak explain perkara tersebut. Sebab sebagai manusia yang lemah, sejauh mana yang kita boleh nampak untuk overestimate tentang hukum-hakam "beyond" daripada apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran atau panduan hadis sahih? Sejauh mana kita pasti yang sesuatu hujah tu boleh memberi 100% kebaikan dan tak ada langsung keburukan?

Berbalik kepada definisi hadis:

Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.

*adakah statement paling atas tu satisfy definition hadits (sanad bersambung)?

Nak ikutkan, banyak jenis-jenis hadis yang wujud. Salah satunya ialah hadis Daif atau hadis yang lemah (reference lemah, perawi diragui). Tinggalkan 100% hadis daif jugak tak patut a.k.a bidaah dan sebenarnya ada syarat untuk guna hadis Daif ni. First, tak boleh sandarkan 100% ke atas Rasululah walaupun ianya tak putus atas sebab kelemahan perawi sendiri. Second, hadis tak boleh terlalu lemah. Third, tak ada hadis lain yang membicarakan hadis tersebut punya content. Fourth, tak bercanggah dengan syarak. Even Imam Bukhari gunakan hadis daif dalam kitab Al-Adab dan Al-Mufrad.

Apa akan jadi kalau hadis daif dipegang setaraf dengan hadis sahih dalam masyarakat tanpa diorang tahu yang hadis tu bukan hadis sahih? Impression orang terhadap mudahnya Islam mungkin boleh berubah. Kalau suami tegur isteri tetibe si isteri tacing2 lalu menangis satu baldi air mata? Dalam rumah tangga, even perkara kecik pun boleh bagi perempuan nangis.. Contohnya apabila suami taknak manja-manja atau gedik-gedik dengan isteri. Si isteri sayang si suami tetapi suami itu terlampau sibuk dengan kerja untuk bermanjaan. Lalu si isteri pun menangis teresak-esak sambil masak kari kurang garam. Maka cuak berganda-gandalah si suami tersebut. Aku tak belajar ilmu tafsir..so, mungkin aku salah tafsir..begitu juga dengan orang lain. Sedangkan hadis sahih pun boleh ada orang salah tafsir, inikan statement kat atas tu. Kalau tak nak percaya 100% a.k.a tak yakin 100%, kenapa perlu meyakinkan orang lain sampai diorang percaya 100%.

Bab suami isteri ni banyak je sumber kita boleh carik. Try usha Kitab Muhimmah by Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani. Kalau nak interpret susah, suruh Ustaz Kazim cite..lol.

Explanation pasal suami menzalimi isteri.. Tak ada term suami "derhaka" kat isteri. Tapi ada term suami "derhaka" kat Allah kalau meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Hak isteri dan batas suami pun ada dinyatakan.

Another thing, pasal public figure... apabila sampaikan sesuatu kat orang ramai, assume 100% boleh terima pendapat kita. Which means kalau pendapat salah, 100% orang jadik salah. Aku taknak nyatakan conclusion aku pasal ayat kat atas sekali tu sebab aku tak cukup ilmu bab-bab ni. Kalau pasal matematik mungkin boleh. Sebaik-baiknya, tanyalah orang yang tahu.

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (AL-Jaatsiyah, ayat 18)

16 comments:

Nabila Mohd Amin said...

sgt diperlukan entry kali ni... mmg patut pun di lakukn sedemikian...

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

kena buat research dulu b4 keluarkan facts~~

.:AiN iKeUchi:. said...

nice sharing :)

cik aja said...

gud entry:)

laskar pelangi said...

info yang berguna:))

NIZAM said...

sangat setuju. pernah kot aku baca kat fb status pasal hadis ape entah. tapi bila disemak dgn details oleh sorang blogger ni, ayat tu source nya dari Bible. i'm so surprise!

Flower Detox Tea said...

hadis ni ada banyak jenis..maudhui,daif dan mcm2 lah..kena semak betol2..jangan terus percaya..boleh check dalm kitab ibn majah dll utk kepastian..

lavenderlover said...

tersentap bl bc hadis yg ditulis dlm entry ni..hehe

miss no right said...

ouh..betol jugak.

Cik Mentega said...

ermm..pnh bc kat fb..tp x taw btl or x...

Anonymous said...

atas dasar supaya tiada suami-suami yang menzalimi isteri, ianya tak apa.
<<< TAK BOLEH DAN HARAM, HADIS HANYA KELUAR DARI UCAPAN NABI S.A.W. SAHAJA, BUKAN DICIPTA UNTUK PSYCO SUAMI. HADIS INI HADIS PALSU.

Farhan Ibn Yahya said...

bagus nie...information berguna...^^

Digital Solution said...

out from no where, tiba2 tersesat ke blog ni. baru hari ni nampak ada teman di facebook post ayat yg begini. masa baca, terdetik di hati..ada ke hadith macam ni? itu yg dok google pasal menda ni. org kita selalu sgt share perkara2 yg tak pasti ni. main redah je. jadi, saya rasa entry ini sgt berguna - supaya kita jadi manusia yg berfikir. jangan sebarang atau mudah percaya terhadap apa jua yg diterima. kenal pasti maklumat palsu atau tidak.

Anonymous said...

act..sy ternmpk stu pic wall nie..bunyi mcm hadis..""setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"..
tp yg sy tahu..sy xprnh dgr pulak mcm tu..urm...pape pn...thanx share info nie....=)

MrJinn said...

https://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen/posts/320893241287170

curi dari FB org... kalau bole cari ustaz lain punye pendapat pon ok gak.

Anonymous said...

Hadis ini fake......

Please take your time for this =)