Followers

Wednesday, September 28, 2011

BUFFERED EARNING: Camne Seseorang Blogger Itu Famous?


Time dapat Buffered Earning la aku malas berbelog...

Aku ingatkan bile dah tak aktif blogging, Nuffnang akan tarik balik BE dan campak aku dalam tong sampah.. Rupa-rupanya tidak.. Dah 3 minggu aku tak bukak Nuffnang, harini aku baru perasan yang diorang dah bagi aku BE ke-4. Alhamdulillah.. Tapi kalau setakat blog aku ni, berapa sen sangat la boleh dapat.. Dulu aku juga ada matlamat untuk buat duit sampingan melalui blog, tapi kini aku sedar bahawa ianya memakan masa. Dan aku takde banyak mase untuk dihabiskan kat blog sebab Engineering course kat Canada ni dah makan semua masa aku. Bukan setakat masa je, malahan sel-sel otak aku juga turut ditelan tanpa belas kasihan.

Kalau Cik Epal bagitau yang beliau dapat 5k dari Nuffnang, aku pun nak bagitau jugak yang aku dapat 7k dari Canada Revenue Agency... Ewahhhhh!! Gumbira tak terkata den. Kalah Cik Epal~~ Ngehehehh~~ Jangan jelesss..:p . Haaa ... See? Duit bukan datang dari blog je tau. Rezeki tu kat memane ada. Cuma perlu dicari.. Mungkin rezeki aku datang start apabila dapat sambung belajar kat sini dan daripada situ, dapat la duit dari Revenue Agency tu..

Dalam dunia blogging ni, aku rasa kalau siapa rasa nak cepat popular, starting point die mungkin agak menyakitkan.. Either korang berusaha keras promote blog hari-hari tak tido 24jam, perah idea..Atau cara paling mudah sekali ialah dengan dibenci/kontroversi. Buat la sesuatu yang annoying, pastu korang akan lihat hasilnya bila semua orang dah sebut nama korang dan sebarkannya.. Terpulang pada korang untuk terima atau tidak cacian selepas itu. Bila keadaan dah reda, pandai-pandai la korang fix balik keadaan. Bila libatkan dosa pahala, lagi la korang kene fikir consequences dia.. Contoh macam Lensa Rosak, camne blog tu ramai yang kenal? HAHA. Cuba korang try tanya camne seseorang blogger famous tu boleh jadik famous sebegitu rupa? Kalau diorang sekadar cakap dengan berusaha keras, mungkin bukan setakat itu sahaja.. Tanye Yuyu Zulaikha camne die boleh famous.. Macam-macam external factor dan konflik terlibat semasa proses nak jadi famous..

Nak jadik famous dalam politik dan famous dalam blog menggunakan konsep yang sama je..Iaitu dengan "please everyone's mind" atau memberi input yang sedap untuk santapan minda a.k.a hiburan tanpa mengenal batasan. Definisi hiburan itu luas maksudnya.

Bila dah jadik popular, korang dah tak perlu risau apa-apa. Memandangkan korang dah jadik public figure, ramai lovers dan ramai jugak haters.. Whats the worst could happen hanyalah kepala korang ditembak dengan sniper dari atas bumbung oleh salah seorang daripada haters korang. Chill sudahh...HAHA!

12 comments:

Syazwan Che Deraman said...

tu duit ape tu bro?

boleh tahan banyak tu.

perlukan masa and kegigihan bila nak jadi macam orang yang kau mentionkan kat atas.

BeloG MTT said...

Wahhhhh tak hupdate sebarang jenis entri pon BE masuk berduyun tiba yer... Syokkk !

Dapat 7k meh sini 1k... Hahaha

Ashraf Jalil said...

Syazwan: duit tax :D.. masa dan kegigihan kalau nak naik secara natural..heheh

MTT: nak 1k rupiah ke ringgit? heheh

Nur Intan Syafinaz said...

Ok..tolong lah belanja saya..hehehe..
Blog ini tak popular..hahaha..tak kisah pun popular ke tak..weeeee

Ashraf Jalil said...

Intan: blog sy pon x sefemes blog MTT n saye pon xkesah gak..weee~ heheh

teh o beng said...

cewah dpt 7k ! bak cni sket..wehehehe :P

fana.akim said...

wah..hebat..bukan senang nak jadi senang..kne susah dulu baru boleh jadi senang..betol tak?

Marya Hana said...

7K tu duit ape..? x macam MATA DUITAN pulak sekarang ni.

ila said...

bile da popular rmy gk haters.
so x yah la nk popular2 sgt lau x mmpu

kuKu said...

rajin usaha tawakal..^-^

Sya_Merpati Putih 88 said...

wah mmg masyukk ar 7k tue..(0__O)
smoga lebih murah rzeki lpas nie..(^___^)

~sy pualk tak penah pikir nk popular, sbb buat blog skedar hobi masa lapng jer..=)

lavenderlover said...

wah kayonyer..hehe..rezeki ada kat mn2 just kena usaha je kan2..=)

Please take your time for this =)