Followers

Thursday, September 29, 2011

Lagu yang mencecah 145 JUTA view di Youtube



dah kene brainwash dengan lagu nih...

Wednesday, September 28, 2011

BUFFERED EARNING: Camne Seseorang Blogger Itu Famous?


Time dapat Buffered Earning la aku malas berbelog...

Aku ingatkan bile dah tak aktif blogging, Nuffnang akan tarik balik BE dan campak aku dalam tong sampah.. Rupa-rupanya tidak.. Dah 3 minggu aku tak bukak Nuffnang, harini aku baru perasan yang diorang dah bagi aku BE ke-4. Alhamdulillah.. Tapi kalau setakat blog aku ni, berapa sen sangat la boleh dapat.. Dulu aku juga ada matlamat untuk buat duit sampingan melalui blog, tapi kini aku sedar bahawa ianya memakan masa. Dan aku takde banyak mase untuk dihabiskan kat blog sebab Engineering course kat Canada ni dah makan semua masa aku. Bukan setakat masa je, malahan sel-sel otak aku juga turut ditelan tanpa belas kasihan.

Kalau Cik Epal bagitau yang beliau dapat 5k dari Nuffnang, aku pun nak bagitau jugak yang aku dapat 7k dari Canada Revenue Agency... Ewahhhhh!! Gumbira tak terkata den. Kalah Cik Epal~~ Ngehehehh~~ Jangan jelesss..:p . Haaa ... See? Duit bukan datang dari blog je tau. Rezeki tu kat memane ada. Cuma perlu dicari.. Mungkin rezeki aku datang start apabila dapat sambung belajar kat sini dan daripada situ, dapat la duit dari Revenue Agency tu..

Dalam dunia blogging ni, aku rasa kalau siapa rasa nak cepat popular, starting point die mungkin agak menyakitkan.. Either korang berusaha keras promote blog hari-hari tak tido 24jam, perah idea..Atau cara paling mudah sekali ialah dengan dibenci/kontroversi. Buat la sesuatu yang annoying, pastu korang akan lihat hasilnya bila semua orang dah sebut nama korang dan sebarkannya.. Terpulang pada korang untuk terima atau tidak cacian selepas itu. Bila keadaan dah reda, pandai-pandai la korang fix balik keadaan. Bila libatkan dosa pahala, lagi la korang kene fikir consequences dia.. Contoh macam Lensa Rosak, camne blog tu ramai yang kenal? HAHA. Cuba korang try tanya camne seseorang blogger famous tu boleh jadik famous sebegitu rupa? Kalau diorang sekadar cakap dengan berusaha keras, mungkin bukan setakat itu sahaja.. Tanye Yuyu Zulaikha camne die boleh famous.. Macam-macam external factor dan konflik terlibat semasa proses nak jadi famous..

Nak jadik famous dalam politik dan famous dalam blog menggunakan konsep yang sama je..Iaitu dengan "please everyone's mind" atau memberi input yang sedap untuk santapan minda a.k.a hiburan tanpa mengenal batasan. Definisi hiburan itu luas maksudnya.

Bila dah jadik popular, korang dah tak perlu risau apa-apa. Memandangkan korang dah jadik public figure, ramai lovers dan ramai jugak haters.. Whats the worst could happen hanyalah kepala korang ditembak dengan sniper dari atas bumbung oleh salah seorang daripada haters korang. Chill sudahh...HAHA!

Kenapa Perempuan Suka Pink (Repost)

Kenapa perempuan suka warna pink

Semalam ade ternampak status Encik Urut Turun Temurun kat SB berkaitan dengan kecenderungan perempuan untuk suke warna pink. Terima kasih kepada beliau sebab telah memberi aku idea untuk buat entry ni. Hehe.
Jadi, ape ke he nye perempuan suke kaler pink ni? Mane-mane blog kaum Hawa yang aku bukak, majoriti mempunyai blog berkaler pink contohnye seperti Yuyu Zulaikha dengan blog kupu-kupu keciknye. So, semalam aku telah membuka satu artikel daripada Steve Connor, seorang Science Editor berkaitan fenomena ini.
Experimen beliau senang jek. Beliau amek 208 orang dan letak diorang depan 2 bijik objek yang berkaler biru kemerahan dan biru biase. Hasil menunjukkan yang majoriti perempuan akan tend to pilih objek berkaler BIRU KEMERAHAN. Perempuan lebih cenderung kearah warna MERAH. Mate manusia ni mempunyai pandangan trichromatic dan mempunyai 3 pigmen sensitif terhadap 3 jenis kaler termasuk merah. Diorang buat kesimpulan yang fenomena ni adelah disebabkan faktor biology dan bukan tradisi. Evolusi juge telah menjadi satu faktor dimana lelaki lebih suke kaler lebih biru dan hijau atas sebab dari dulu, kaum adam biase membuat kerja2 keras explore lautan dan hutan yang berkaler biru dan hijau. Manakala perempuan biase membuat kerja ringan dengan memetik buah-buahan seperti epal (bukan petik Cik Epal) dan strawberry,.. dan mereka juge mempunyai muke yg senang blush (merah).
Jadi, untuk kaum Hawa, aku xpasti kenape kebanyakan korang suke kaler pink. Adekah sebab mmg korang suke perise stroberi atau mak dah latih dari kecik untuk suke kaler pink. Kalo xsuke kaler pink kene denda kurung dalam bilik stor. Mungkin xde reason yang solid pasal fenomena ni tapi papehal pon, aku nak gi minum air stroberi dulu. Tetibe haus lak cite pasal ni..

Wednesday, September 21, 2011

Agenda Semester Ini

Fall 2011.. So far so good, tapi momentum nak jadi rajin agak lambat sikit nak sampai.

Secara jujurnya, perasaan pertama yang aku rasa bila nak memulakan semester ke-8 ni adalah cuak berganda-ganda. Semester kali ni adalah sesuatu yang mencabar untuk aku sebab terpaksa handle 3 projek dalam masa 4 bulan. Berbeza dengan semester-semester sebelum ni yang banyak study teori je, 4th year pulak penuh dengan application + industrial project. Dengan hal yang demikian, aku menjadi seperti orang tongong bila tak nampak the whole picture untuk tugas aku dalam project tersebut. Ye la.. Bile tetibe bos assign korang suruh buat sebijik kete, apa yang perlu dibuat as a first step? Kalau cakap pasal nak bikin enjin, mungkin 50% sel otak aku boleh mati akibat tak mampu nak apply teori-teori yang terlibat. Design, purchase barang, dan cost adalah perkara kritikal yang perlu di consider sepanjang proses..

Dan bermulanya semester ini menandakan tamatnya zaman aku aktif berblogging.. Apa yang ada kat blog ni adalah apa yang diusahakan masa 4 bulan cuti dulu. Bila aku dah kerja nanti, mungkin lagi susah aku nak sentuh blog. Zaman dah berubah, taraf hidup makin naik..Harapan aku kat Malaysia nanti adalah ingin menjadi seorang engineer dan businessman yang berjaya dan mempunyai harta puluhan juta ringgit ke atas. Dalam kepala aku tak terlintas untuk hidup secara sederhana.. Tanah kat selangor, suku ekar je ade yang cecah 300k.. kalau gaji 2k, susah woo nak beli tanah.. By the age of 30, at least aku kene ade sejuta hengget dalam bank account.

Akhir kata, all da best yaw!

P/s: aku pelik masih ramai lagi yg berfikiran "aku kalau takat gaji 2k pun takpelah.. cukup je.."
Hmm.. Mungkin cukup untuk yang tak terfikir nak kahwin, tak terfikir nak beli kereta besar, tak terfikir nak beli rumah, tak terfikir nak sedekah banyak-banyak bila kaya, dan tak terfikir yang: "kalau kita sendiri tak ada mindset nak jadikan kaum melayu kaum yang kaya, sape lagi nak kayakan kita? Bangsa lain?" Hehhh..

Wednesday, September 14, 2011

Avril Lavigne "Wish You Were Here" | Official Music Video



Akhirnya,..keluar gak video lagu feveret..Date posted 8 Sept 2011, view cecah 9 juta...

Video xbest, tapi xpelah.. Nasib baik Avril comell..

Tuesday, September 13, 2011

Blogging Memenatkan ? Ade lagi yang lebih memenatkan..

Kuala Lumpur-Ottawa. Perjalanan kali ni makan masa dari pukul 10:30pm Sabtu hingga 5:30am Isnin waktu Malaysia. Tambah tolak, ada la dalam 31 jam campur transit.. Transit kat Jepun je dah 10 jam.. Seksa woo..Kombinasi penat plus bosan menyebabkan aku sasau tak tentu hala kat airport tuh. Nak keluar dari airport gi Tokyo takut tak sempat sampai airport semula sebelum next flight pulak. Walaupun jarak dari Narita ke Tokyo City cuma 2 jam naik kereta, tapi aku still tak sanggup nak tanggung risiko terlepas flight. Mane la tau kot tiba-tiba aku sesat kat Tokyo ke.. Mampuihh tak sempat balik airport.. Dah le orang Jepun taktau cakap bahasa omputeh.. kalau Doraemon wujud lain cite la, boleh gune pintu suka hati.. Takyah susah-susah aku spend duit beli tiket flight.

Sampai je Ottawa, kehidupan aku bermula seperti seorang pelarian.. kat rumah takde makanan langsung. Colgate pun takdak. Tak pasal-pasal, aku terpaksa berhijrah ke rumah jiran untuk meminta sesuap nasik bagi mengisi perut yang lapar dan secalit ubat gigi untuk membersihkan gigi. Jet lag pun tak habis lagi. Waktu tido aku dah jadi merepek meraban.

Lepas transit kat Jepun, ada satu lagi transit kat Calgary le pulakkk.. Menyampah betoll aku. Kalau transit je takpe jugak, ni nak kene amek semula check in luggage untuk clear custom. Aku declare kat pegawai custom tu yang aku membawa kerepek dari Malaysia yang bernilai 10cad. Malas aku nak explain yang aku bawak kuih suji, kuih semprit, dan macam-macam jenis kuih lain lagi.. Kalau aku explain, bukannye die paham pon. Kalau jujur sangat susah jugak. Kang serdak kuih suji dikatanya dadah heroine.

P/s: Last aku update blog 28 August. Tak sangka ade jugak yang jenguk blog ni walaupun tak update. Thanks bebanyak kepada yg sudi jenguk... =)

Please take your time for this =)