Followers

Monday, August 8, 2011

Status Hadiah SUNSHINE SMILE CONTEST

Minggu lepas hari Jumaat 5th August, aku bercadang untuk pos laju hadiah polaroid Instax Mini 7S contest ke rumah Nabila. So, aku pun pergi la ke Pos Malaysia lepas balik dari bazar Ramadhan. Waktu tu jam menunjukkan pukul 5pm. Sampai-sampai je, sekali pos dah tutup daa... Aku pun menangis meraung-raung sambil rebah menyembah bumi (bukan literally menyembah bumi, syirik tu..). Lalu aku pun pergi membawa diri dan hati yang pilu..

Seperti yang dah dimaklumkan sebelum ni, aku berjanji untuk pos hadiah tersebut sebelum minggu 1st Ramadhan habis. Tapi memandangkan 5hb tu hari Jumaat, next pos bukak ialah pada hari Isnin depan iaitu pada 8th August. Dengan hati yang terguris ibarat ditusuk sembilu, aku pun message la Cik Nabila untuk menyatakan yang janji-janjiku sewaktu ketika dahulu terpaksa ku dustai. Ohh tragisnye...

Nasib baik beliau merupakan seorang yang sporting ala-ala kete sports. Cik Nabila beritahu yang beliau balik umah akhir August, so still banyak mase lagi untuk aku pos hadiah tersebut.

Dan pada hari ini, hadiah tersebut telah berjaya dipos laju ke rumah beliau. PROCLAIM MY VICTORY !! YEARGHHH! Habis sudah segalanya yang berkaitan tentang Smile Contest

---------------------------------------------------------------------------

Tadi mase aku tengah tunggu giliran dalam pejabat pos, ade sorang pakcik dalam lingkungan 50 tahun tengah tunggu giliran gak. Tetibe handphone die berbunyik.. Guess what?
Ringtone henpon die lagu Justin Bieber tuu.. Lagu "Baby" lagi~~. Perghhh.. Pakcik layan Justin Bieber nokk.. Jiwa rumaja gituu.. Stylo le pakcik.

14 comments:

Seha's Residence said...

hahahahahahahahaahahahahahahahaha :D
tak leh bla betoi pakcik tu!
tua2 pon hati muda okeyh!
awww!!!
hahahahahahahaahahahaha :D

Nilam suhana said...

hahhaha... saya baca entri nih sambil bayangkan ashraf ngah menangis kat depan pos ofis tu... hahahahah.. adoi nak gelak jap... pastu nak cakap... pakcik tu berjiwa remaja la..:)

TeAqArH said...

nasib baek nabila x menangis airmata darah..lau x..siap r ash..ha ha..tak tahu

Nasz said...

pak cik tu advance la..haha..

MOHD NASER.com

Nurul Aiman Ahmad said...

pakcik pon nak rs muda.ingat hampa ja ka bulehhh??? grrrr.( pakcik tu takde blog, suruh aiman letak grr kt cini) haha

Ashraf Jalil said...

Nenek: pakcik tu kaki karaoke kot..haha

PB: haha..buruk x rupe sy nangis? burok kan? pakcik tu follow lagu2 terbaru gak..heheh

Teaqah: haha..dah antar dahhh :P

NasZ: tau xpe.. patot dgr lagu selena gomez skali ..haha

Nurul: pakcik cool..hahah

FaiZaH Fyn said...

pakcik tu dlm hati ade taman haha...

Puan Eka said...

hahahaha....sian pakcik tu..eka rasa cucu dia lah tuka..

eka penah tukarkan nenek lagu jeniper lopez yu....

hahahaha....saje nak gurau ngan nenek..nenek kata..

eh sedap lah pulak..hehehehehe


ape2 pon sonok pemenang itewww...

Farahin Ahmad said...

pakcik jiwe remaje la tu...

Cahaya Inspirasi said...

entah2 anok pokcik tu tak yg setting lagu tue..hahahahha

BeloG MTT said...

Gila cool la pakcik tuh.. Hahaha

Pyka Rahmat said...

bonus untuk penganggur macam kita ni ada tak. hm

ღ αεn ツ said...

Huu, Bab jasting bebeh dengan pakcik tu tak leh blah. Hohoh

PPC management said...

Please tell me where can I find the above mentioned story ?Written by Shilpa Ratnam, winner of young author contest

Please take your time for this =)