Followers

Wednesday, August 3, 2011

Konspirasi Dunia Blog | Anonymous and The Gang

Pada awalnya aku sendiri nak tergelak bila tengok dunia blog dah jadi macam dunia politik kat luar sana. Huahahaha! Bring me the heat bebeh!! Isu yang paling hangat sekali ialah apabila blog kita diserang oleh "anonymous". Sekali lagi, ianya sesuatu yang menarik perhatian bloggers kalau cakap pasal anon atau "cik anon" ni. Ye la, ramai gak nak tau ape yang anon2 tu kutuk o kondem kan.. Sesetengahnya hati setuju ngan kata2 anon, tapi kepala geleng..
Adakah anonymous ini merupakan group gerila yang bergerak secara berkumpulan? Ataupun pejuang keadilan yang bergerak secara solo?

Untuk entry ni, aku cuma nak ulaskan sedikit-sebanyak tentang identiti "anonymous" ni. Sejauh mana kreativiti korang untuk buat spekulasi tentang identiti mereka?

1. Anonymous ialah mereka yang kuat sifat dengki.

Haaa.. Anak sapo le tu. Kenapa diorang nak dengki-dengki? Dark side manusia tuh.. Sesetengah orang (atau ramai) akan rasa dengki dan jeles apabila aliran dunia tak seperti yang mereka inginkan. Dunia sekeliling tidak menepati undang-undang yang direka sendiri untuk dunia mereka. Korang tak kenal pon anon tersebut, tapi die follow blog korang dan rase menyampah tengok korang apabila:

a) Komuniti menerima blog korang.
b) Korang berusaha keras nak naikkan dan promote blog.
c) Korang post pasal dapat earning ratus-ratus riban-riban dari blog tu.
d) Korang memang species manusia yang anon benci.

Tunjang utama yang membuatkan mereka benci ialah, mereka juga inginkan segala kesenangan yang korang dapat tetapi merasakan mereka tak mampu nak capai segala kesenangan tersebut walaupun berusaha keras.

2. Anonymous ialah kenalan terdekat korang.

Kenalan korang juga ada potensi untuk jadi anon ni. Motif mereka dapat dikesan dari cara diorang sampaikan message kat korang. Sesetengah mungkin ingin membantu korang memperbaiki blog. Tetapi yang lain mungkin komen atas dasar dengki/ backstab. Musuh di luar juga boleh membawa kepada musuh kat blog.

3. Anonymous adalah blogger otai.

Jeng jeng.. Aku tak tahu berapa ramai orang yang mampu terfikir camni. Motif? Mencipta satu agenda dalam dunia blog. Agenda sebegini dibuat untuk hasil jangkamasa panjang. Korang tak rase ke agenda anon tu dimulakan dari seseorang yang dah lame terfikir yang ianya akan menjadi sesuatu yang "panas". Korang pernah tengok cite "Burn Notice" atau pape cite yang berkaitan ngan politik tak? Tak pun tengok sendiri politik dalam negara. Konspirasi yang dibuat adalah hasil planning yang sangat teliti dan bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu bagi impak besar. Contohnye:

Cube korang bayangkan, blogger ni wat account baru sebagai anon pastu kondem blog sendiri. Lepas tu printscreen n wat entry. Brape banyak traffic masuk? hehehe.. Itu salah satu spekulasi.

Mungkin mereka juga buat atas dasar memantau blogger-blogger baru, memastikan mereka tak melepasi mana2 batas atau copyright dan terus cuba untuk memperbaiki diri.

Walau macam mane pun korang fikir, nothing is impossible n impossible is nothing. Mungkin aku anon? Mungkin korang anon? Who knows...

P/s: Entri ini hanyalah spekulasi semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

29 comments:

Marya Hana said...

selalunya anon ialah kenalan rapat!
dah pernah cakap dalam entry lepas..


:)

BeloG MTT said...

Hahaha tidakkkkkkkkkkkkkkkkk MTT tidak akan simply menjadi anon nak memaki hamun diri sendiri bodoh lagi biol.... Itu kureng asam jerok mangga namanya..Atau lebih tepat jadi kureng waras.. =..='

Namee Roslan said...

ashraf..boleh tak kalau kita ramai2 cabar anon tunjuk muka mereka??haha, teringin juga nak tengok muka macam mana. pakai tudung colour apa, rambut style macam mana..haha. tp mereka ni pengecut. berani kutuk tp takut plak nk tunjuk diri.

i kena hentam dgn anon few times lah. less than 10. tp anon yg hentam tu rasanya dr kenalan rapat gak. mungkin satu campus. sbb dia ada sebut pasal benda yg i x pernah wrote in blog. :)

kenalan sendiri pun nk jatuhkan kita kan? :)apa lagi org luar yg dengki tu.

happy blogging ashraf. happy ramadhan.

Ashraf Jalil said...

Hana: hehe..tu banyak backstabber kat luar tuuu..hahaha


MTT: HAHahah! tau.. tu cume spekulasi terhasil dari otak yg biol dikala lapar tengah puase ni.. tapi siyesly rase ade orang wat cmtu woo.. hahah

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

lagi, anon adalah orang yang kurang tamadun. boleh tak. HAHAHAHAA

*anon yang suka condemn orang je.

Ashraf Jalil said...

Namee: Untuk buat camtu rasenye tak akan berjalan. Sebabnye, 1st we hv to know yg anon-anon ni sume, they got nothing to lose.. Diorang tak perlu tadah muke pun utk make our lives a living hell.. Umpan dengan perkataan "pengecut" tu has no value to them at all..

To me the best thing is to keep blogging as usual coz that ll annoy them..haha.. we got nothing to lose gak wat...

Happy blogging n selamat berpuasa =)

Ashraf Jalil said...

khansyaa': hehe.. ideologi masing2 kite pun xpaham kadang2..haha

SiS NaD said...

Salam Ashraf...

Inchik / Cik Anon ni ada yang memberi komen positif dan aada yang beri komen negatif... Terpulang kepada mereka... :)

TeAqArH said...

kadang2 buleh wat pecah perut dgn perangai anon ni...kesian pun ade gk kt dorg ni

Hirdayu Rahmat said...

takkan anon blogger otai kottttt ^^ !

Nur Intan Syafinaz said...

Blog sy yg tak femes takde benda nak di kondem jd takde anon yg nak dtg..hahaha..
kat Tumblr pun mcm tu, nak kutuk Tumblr blog org, guna anon..

Ashraf Jalil said...

Sis Nad: sy dapat byk gak komen membina dr anon. mungkin kawan2 kat luar =)

Teaqah: haha.. ala.. xkemanenye isu ni . sekadar hiasan dunia blog. eventually kite akan focus kat dunia kerjaya luar sana gak..:D

Lisa: Wallahualam.. =)

Ashraf Jalil said...

Intan: hehe..membe ade gak tumblr..same je peginye..

Syazwan Che Deraman said...

anon anon anon..nak kena lempang anon nie..

aku pernah kena..tapi aku buat tak tahu je..gai aku..aku rasa, anon nie dari kenalan jga..sebab, mereka nie yang selalu ambik tahu pasal blog kita, lepas tu timbul niat nak jatuhkan kita..

selamat berpuasa.

Emma said...

hahahaha maki hamun diri sendiri untuk dapatkan trafik ??? hahahaha macam buat keje bodoh jer!!

Ashraf Jalil said...

Syazwan: hahah.. ramai yg ckp dr kenalan..watdono je le..selamat berpuase gak. Kalo ko bawak kapal terbang lebih 2 marhalah boleh dikire musafir la kan? hoho..

Eema: bukan keje bodoh kalo diorg dapat duit..=)

Anonymous said...

Were Getting Popular....HAHAHA

eva said...

anon penyebab bgn dan jatuh nya blog.. who knows.. hoho

Yaya Ijat said...

kite xske la anon2 ni...dah la name anon..xcomel lngsung..ngeeeeee :P

Ashraf Jalil said...

Anon: wat la kat fb kelab anonymous..hahah

eva: hehe.. tau xpe.. cm catalyst gitu..haha

Cikgu Suraya: cam name biskut lak..haha..ade ke name biskut anon?

ainna baijan said...

hyper la AJ ni...huhu...dh mcm nk perang lak kn...huhu

Ashraf Jalil said...

PS: Hahah.. cm nk perang eyh.. whoaa..tu dsyat sgt dah tu.. :P

Cik Purple said...

huhu.. anon dimana mana..cp tak menerima sebarang anon kat blog.. bukan tak sedia d hentam..hade ke nak hentam blog cp?? hahahha..:P kang, cp kuar tanduk jadik tegap mcm hulk, menangis nangis anon tuh cp kejakan.. hahahha..:D

Cahaya Inspirasi said...

amat menakutkan bila wujudnya anon2 ni semua...haisy....!!!x ada keje ke apa diaorg ni?klu bg komen membina ok la..klu yg keje nya menghentam org je, tu yg x tahan...hurm...susah!

Ashraf Jalil said...

Cik Ungu: waaa..garang cik purple nih..hahaha

CI: itu le pasal.. tak semua org macam kite.. kat dunia masih ramai manusia pelik..

[sutera kasih] said...

yg pasti sy tak pernah jd anon huhu

Ashraf Jalil said...

SK: saye pon xpenah.. hahah

Mohamadazhan.com said...

ada juga cari populariti murahan mengondem blog sendiri? haha...ku taksangka...

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

hahahaa~~ saya nk jdi Anon laa~~ :P

Please take your time for this =)