Tiga hari tanpa blog merupakan hari dimana aku habiskan masa lepak2 bersama kakak dan nenek. JB dan Kluang merupakan destinasi pilihan sbb kat situ la kazen2 aku tinggal..
Johor merupakan negeri yg aku stay paling lama, iaitu selam 17 tahun.. So, jalan2 kat sekitar JB adalah sesuatu yang sangat nostalgic bagi aku. Amalan tidak sihat shisha kat area pasar karat menjadi kemestian bile lepak ngan kazen. Pemandangan kat area stulang laut yang cantik serta penuh dengan kapel2 yang sedang berendek juga sudah menjadi trademark tempat tu.. Kereta2 yang mempunyai nombor plate number start dengan huruf "S" juga boleh tahan banyak kemain bile malam weekend.
Kat Kluang pulak, Kluang Rail Station kat roundabout Tasik telah disahkan halal dan pengesahan itu mula effective 1 July yang lepas.. So, aku dengan gembiranya mengorbankan 6 set roti bakar tanpa belas kasihan terhadap roti tersebut, mahupon perot aku sendiri. Dua tahun tahan kesangapan terhadap roti bakar Kluang akhirnya terlepas gak..
Dan kini, aku berade kat Selangor semula.. Jumaat, Sabtu dan Ahad ni pulak jalan2 lagi kat area KL-Selangor untuk event flora kepebende tah.. Kazen ajak gi event tuh, aku follow jek.. Sape mau join?
9 comments:
oit.seronok nyer lah hidup yek.
boleh pegi jalan-jalan..asl tak pegi je singapore..
ngee~
hamboihhh kemian enjoy ea ^^
nak jugak roti bakooo
Farahin: tak bawak passport :P..heheh
Tomato: sedap woo.. mmg rugi sesape yg xpernah makan roti bakar Kluang ..hahah
lama tol menyelam kt JB 17 thn tu =p
wah pergi KLUANG tak bgtau! hehehe anyway dah lama mengidam ROTI BAKAR RAIL STATION.. selalu ronda ronda ngan mak area tasik tu usha je kedai RAIL STATION tu.okay besok nak pergi makan roti bakar banyak banyak HAHA thanks for the info yang kedai tu dah disahkan HALAL:)
Ayu: dah kembung dah prot tertelan air..hahah!
japilla: no prob.. =D
Alaaa rindunyaa nak balik JB :'((
ehh tapi weekend better pasar borong pandan, nikmat. takde shisha,takda cple2 bergewdik2. HAHA
x penah sampai johor...^_^
mau join2...tp x dpt la...sabtu tu ade performance kt batang kali.^_^
Ada sedara kat Jb..tapi tak igt kampung ape..hehehe
Post a Comment