Followers

Sunday, July 31, 2011

Bala Time Exam (Repost)

Act, mende2 ni terjadik banyak time aku 1st n 2nd year. Situasi-situasi yg berlaku ni aku rase banyak je berlaku kat student2 lain. Almaklumlah, malang xberbau.. Sbb tu lah die xyah pakai perfume. Berikut adelah insiden2 tragis yg berlaku semase aku jawab exam.


1. Terlupe letak handphone dalam beg n alarm tak matikan.

Ini kes memang busuk punya kes. Dah la terang2 dalam peraturan bgtau handphone takleh bawak masuk dewan. Exam start pukul 2pm sampai 5pm, kol 3pm alarm handphone dalam poket berbunyik. Asalnye, niat aku nak set kol 3am malam smalam tapi malangnye ter"set" kol 3pm. Kalo alarm bunyik jam loceng xpe lagi, ni bunyik lagu crazy frog. Aku telah diisytiharkan menganggu konsentrasi mereka2 yg duduk berdekatan ngan aku dengan gelak ketawa.. Nasib baik proctor bagi can suruh off hp n letak kat atas lantai.

2. Tgh2 exam nak terkencing

Mmg pantang keturunan aku le kalo nk gi kencing time2 exam nih. Bukan xleh nak pegi, tapi dalam dewan tu ade beribu org. Yg nak kuar gi tandas dalam satu mase ade la 20-30 org. Undang-undang pulak mengatakan kalau nak keluar dari dewan kene beratur n kuar sorang2. Tak ke hampeh bunyiknye tu? Mmg aku jawab exam sambil mengepit kaki le sampai mase tamat.
Lain kali aku xnak minum banyak seblom exam. Tobat dah..

3. Notes dan buku teks setinggi gunuingg jatuh berterabur atas lantai.

Ini lagi satu. Aku mmg xpuas hati btol la kat pihak uni ni.. Duit banyak, tp provide meja kecik gile. Dah le exam open notes,. Semua org mmg akan bawak buke+notes banyak gile coz course material sangat byk. Setiap 15 minit ade je bunyik org terjatuhkan buku n file2 dr meja. Lain kali aku nak bawak meja aku sendiri la, beli kat ikea 100 x 100 inch punye..Ade ape hal?

4. Orang depan bisik mintak pemadam.

WTF? Udah le meniru org sebelah, mintak aku pemadam lak tu.. kalo proctor tuduh aku meniru n kene jumpe dean, mmg aku sumbat 2 bijik pemadam STADTLER dalam lubang hidung die sampai mati xleh bernafas.

5. Blur

Ni mmg xleh salahkan org lain..Salah aku gak sbb xtdo 27 jam b4 exam.. Exam straight 3 hari, n mase study xcukup. Terjadik mase final exam 1st sem 3rd year aku utk exam dynamics machinery. Penipu punye Redbull.. Ckp boleh bg tahan ngantok dan meningkatkan kadar kefokusan minda time letih.? Aku nk duit aku balik !!




Aku xteragak2 nk jawab cmni kalo blur

Cinta itu Abstrak | Fahmi dan Elia

Jejariruncing (smile contest)

Jodoh kat tangan Tuhan. Putus tunang sekalipun, tak semestinya tak boleh bersatu balik. Apa yang kita baca kat surat khabar tak semestinya betul. Daripada anggukkan apa yang media kata, ada lebih baik kalau kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kata-kata tu kan satu doa.. Bayangkan kalau sejuta orang berdoa yg terbaik untuk kite. Best tu..

Mungkin ada hikmah disebalik situasi yang berlaku. Apa yang aku harap ialah, ianya dapat memberi ruang kepada kedua belah pihak untuk memahami diri sendiri lebih dalam, orang sekeliling, serta ujian kehidupan yang ditempuhi. Kemudian cari signifikasi terhadap kehidupan selepas mati..Sama gak untuk kita semua..

Saturday, July 30, 2011

Entry Paling Panas Aku Dicetak Rompak derr..

INI ialah entry yang aku buat berdasarkan bacaan dan interview.
INI pula ialah entry aspal (asli tapi palsu bak kata Nabil) yang diamek bulat2 dari blog aku..

Hurmm2~ Sebenarnya aku menghargai mereka yang baca n repost entry aku, tapi aku harapkan at least tag le secubit rasa nama tuan empunya entry tu. Plagiarism tak bagus maaa...


*dicreate ngan penuh emosi tuh.. huhuh.

Segmen Bagi Gambar | Ben Ashaari

JOM JOIN KAT SINI !!!

Apabila Bro Ben wat segmen yang ade kaitan ngan gambar yang kite sendiri tangkap, aku tahu yg aku memang akan taksub gile untuk join.. Sebenarnya aku start pegang DSLR awal 2010..Namun terpakse korbankan sume gear aku untuk sebab2 yg tak dapat dielakkan. Tapi sebelum tu aku banyak pinjam DSLR kawan untuk buat research pasal mende2 technical. Aku belajar editing gune photoshop etc memalui internet sendiri sebab tak ramai orang yang baik hati nak bagi ilmu. Berikut adalah salah satu pic yg pernah aku hasilkan..




Ramai cakap pic ni aku cilok dari Google. Tapi terserah mereka nak percaya atau tak. Pic ni aku tangkap pada pukul 4 petang mase baru balik dari campus. Time tu aku masih bersama D90.. Dengan berbekalkan lense 18-200mm VRII, aku snap, crop, n edit dalam 2 version sebaik sahaja sampai rumah.. *click kat pic untuk enlarge dan korang boleh nampak kesan kawah selepas aku tambah detail kat pic tu.

P/s: jemput tgk hasil2 kerja lain kat Wall Photos fb .. Pada aku photography membolehkan seseorang appreciate lagi alam ciptaan Tuhan kalau kene pada cara. =)

Friday, July 29, 2011

Single Vs Couple | Toksah le taksub bebeno.

Maksud aku, kepada yang tgh couple2 ayam dan rase-rase belum mampu bagi anak orang makan, toksah le taksub bebeno
Baru-baru ni aku terbaca ade satu blog ni. Ditaip oleh pelajar sekolah..Entry yang aku terbace tu penuh dengan sifat "memuja-muja" pasangan die dan menyatakan bahawa itulah cinta yang paling suci dan akan kekal abadi.. Sorry to say, nyampahh I~ No offense but kebiasaannya, 90% orang yang aku nampak terlalu taksub dengan cinta pra-matang camtu tak kekal lama. Alangkan yang bertunang boleh putus, yang kahwin boleh bercerai..

Ini cerita benar. Sampaikan pada tahap sekarang ni, aku rase dah boleh dapat hint sampai mane perginye hubungan mereka tu.. Kenapa aku cakap camtu? Sebab 9 daripada 10 pasangan yang aku peredict sejak aku form 4 sampai la sekarang ni memang tak kemane perginye. Aku rase aku pernah bgtau pasal definition love dulu. " Love is what's leftover when being in love has burned away."..Aku juga pernah nampak satu couple ni. Bole kate "perfect" la dari segi zahir.. Yang lelaki hensem cm dari Brad Pitt, yang perempuan macam bidadari. Hari-hari dok post pasal cinta agung mereka kat public. Last-last clash sebab memasing ego n dah bosan ngan each other. Tapi dah fb memasing.. Sukati diorang la nak update status ape.. Berbalik pada quote love tadi, kalau dah hari2 dok post pasal kelebihan pasangan masing2 dan betapa untungnya mereka dapat each other, jelas sekali yang "expectations" yang menjadi faktor cinta rather than "acceptance".

Korang nak love serve korang? Atau korang serve love tu? Kalau korang yakin ngan diri korang, pasangan korang lak camne? Isu yang lebih penting, boleh ke couple nih? Hehehe

Jemput baca entry ni:



Jom join bagi pendapat kat SINI

Ape Maksud "Sticky Post" ? Sesungguhnya, aku noob

Dulu time baru-baru nak aktif blog, aku selalu nampak orang wat entry bertajuk "sticky post".
Pastuh aku rase pelik. Apesal semua orang asyik nak wat entry yang tajuk die same jek?
Sticky Post? Post melekit? Aku ingat mulut kite je yang boleh melekit lepas minum air sirap..Ape kene ngan post tuh? Diorang tertuang air gule kat post tu ke? Sampai jadi melekit-lekit gitu gamaknyer..

Setelah beberapa minggu berlalu, baru aku faham bahawa sticky post tu adalah post yang dilekatkan secara permanent kat entry box. Tak kire tajuk entry mane yang kite bukak, sticky post tu akan tetap terpampang kat setiap url blog tu..
Oooo...Burungggg~~ Kupikirkan Untaaaa~~

Secara tak sedar, sebenarnya aku sendiri pernah terbuat sticky post kat blog ni. Iaitu post SUNSHINE SMILE CONTEST tempoh hari. Macam2 term baru gak aku belajar bile aktif blog ni..
Contohnye "ping".. Rasenye aku sebut ping bile nak men ping pong ataupon mase nak order teh 'o' ais jek (teh 'o' ping). Tak sangka lak ping tu sebenarnye adalah term yang digunakan untuk repost link entry kat fb.

Kthnkbye..

Terima kasih MARA sebab bagi 4k !! (Entry batak sepam)


Setelah 7 hari menunggu menongkat dagu sambil terkebil-kebil keluar jendela, akhirnya masuk gak elaun bulan August ni.. Alhamdulillah.. Duit ni la yang akan digunakan kat alam imaginasi aku untuk beli susu/pampers anak, bagi nafkah kat bini, beli Friskies untuk Doraemon dan juga bayar bil astro..

Dalam dunia realiti pulak, elaun tersebut sudah tentunya akan digunakan untuk bayaq sewa umah kat Canada, dan beli buku teks next sem.. Sebenarnya, duit tu adalah duit tax yang korang @ parents korang bayar jugak.. Selagi kontrak tgh berjalan, aku akan cuba sedaya upaya untuk memegang amanah tersebut. Begitu juga korang.. Marilah sesama study/keje bersungguh-sungguh untuk memajukan negara !! Patriotik tak aku ?

Tapi sebelum aku akhiri entry ni, aku nak mintak maaf kepada semua tax payers sebab aku dah tergune 65cad korang untuk beli tiket ke concert Avril Lavigne kat Ottawa, October nanti. Huhuhuk..Hihihik
Maap!! Maap!!



korang nak dengar lagu yg mind f#*k tak? tgk vid kat atas.. Berdarah telinga aku dgr..Adik aku kene sekeh ngan mak aku sebab masukkan lagu tu dalam handphone die n bukak lagu tu dalam kete. 27 juta views beb.

Dua beradik menjadi rebutan lelaki hanya kerana satu senyuman







Headline memang tak boleh blah.. Kontroversi habesss... Fakta atau auta ? Tanye la tuan muke senyum kat atas.. lol

Walaupun si kakak (pic 1st) agak gelabah-gelabah sket dalam mencari barang yang hilang dan si adik (pic 2nd) agak gengster dan kurang sabar ketika membetulkan wayar earphone yang berbelit.., mereka adik-beradik ni mempunyai senyuman yang tak kurang juga hebatnya untuk Smile Contest yang lepas.. Sebagai tanda penghargaan, aku nak hadiahkan kepada mereka berdua tiket pakej percutian 3 hari 10 malam 48 saat kat rumah diorang sendiri (fully furnished) beserta voucher makanan yang dimasak oleh ibu mereka sendiri.

Budiman sungguh hatiku ini..

P/S: Thanks bace entry merepek ni..

Thursday, July 28, 2011

Dimana Hadiah SUNSHINE SMILE CONTEST ?

Woot !! woot !! Hadiah masih berada dalam tangan saya. Insyaallah akan dipos laju ke rumah Cik Nabila sebelum habis minggu pertama August.

Nak post minggu ni agak susah sebab hari-hari ade je aktiviti kat luar. Nak kate aku wakil rakyat, tak jugak.. Apatah lagi wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu..Tapi apa-apa pun, aku akan cuba usahakan untuk pos hadiah secepat mungkin. Kalau boleh, bile Cik Nabila balik rumah cuti semester nanti, beliau boleh tros lompat2 kijang kegembiraan nampak hadiah berbalut sampai ke rumah..

P/s: Orang ramai berpusu-pusu nak tengok Malaysia VS Singapore malam ni, aku kene gi tengok wayang cite Captain America. Memang salah timing tol la kakak aku beli tiket wayang.. Asyik miss bola jek.. Papehal pon, GUDLUCK HARIMAU MALAYA !! Kasi gigit sikit kepala "Singa" yang "pura2" tersebut !!!

Aku Masuk TV jap: "Sembang Siber" | 1Malaysia TV











Tengah aku dok syok2 makan ikan bakar ngan membe2 kat Melaka, tetibe Yuyu kol.
"Ash bole tak tlg ganti yuyu bla3..". Aku tak dengar jelas sangat sebab tempat tu bising. So, Yuyu bagi nombor phone aku kat Kak Erna untuk explain sume..

Last-last aku dapat tau yang Yuyu nak suruh aku gantikan die untuk Sembang Siber utk 1Malaysia TV hari Khamis lepas sebab die ade kelas sampai kol 6 petang. Memule aku rase agak tak masuk akal gak sebab aku tgh ade kat Melaka. Balik rumah pun pukul 1am baru sampai. Kene ade kat studio pulak kol 1pm.. Bile mase aku nak prepare?

Disebabkan takde pengganti, lalu aku pun bersetuju untuk hadir bual bicara tersebut.. Gasak la malam tu aku prepare sampai kol 3 pagi.

Sampai je studio, En. Ben 1Malaysia TV (ni bukan Bro Ben Ashaari) bawak la sekitar office..Perkenalkan semua staff2 dan chat2 sket untuk bagi mood sampai..Bersama yang hadir untuk bual bicara tu ialah En Rusli Abd Ghani, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Agak kelakar orangnye dan berjiwa mude (bak kate beliau).

Tajuk untuk Sembang Siber tu ialah "Bahasa Siber". Memandangkan aku tak biase sangat dengan situasi2 atas stage + depan camera nih, ade certain point aku lari gak la.. 1 Malaysia TV ni yang aku tahu ialah saluran TV online yang fokus kepada news n isu semasa. Target audience 1 Malaysia TV ni ialah golongan belia. Sembang Siber ni adalah satu program yang membicarakan pendapat tentang isu dalam dunia siber sekarang ni. 1 Malaysia TV ni akan launching program diorang mungkin pada bulan August ni.

Memandangkan aku ialah wakil belia, berikut adalah point aku (yang sepatotnye aku explain time bual bicara haritu tapi tak semua dapat disampaikan..)


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bercakap tentang evolusi bahasa.. Sedar tak sedar, sebenarnya bahasa yang kita guna setiap hari tu sendiri lah yang menyebabkan perubahan struktur Bahasa Melayu. Lihat persekitaran kita.. Adakah masih ramai lagi mereka yang dapat menggunakan bahasa baku dalam perbualan tak rasmi? Kalau ada pun mungkin segelintir.. Fenomena berbual menggunakan "bahasa pasar" bukan lagi sekadar fenomena, tetapi dah jadi satu tradisi.

Bila tradisi sebegitu diterima masyarakat atau komuniti, media juga akan ikut jejak langkah kita untuk kepentingan bisnes. Drama bersiri, movie, music dan segalanya tentang hiburan penuh dan padat dengan penggunaan "bahasa pasar". Bukan setakat itu, penggunaan "bahasa sms" juga merebak.

Dari sudut pandangan topik ni, keadaan menjadi bertambah tragis apabila kita mempunyai akses penuh dalam penggunaan internet. Tak kira peringkat umur, semua orang mempunyai akses secara menyeluruh. Facebook. twitter dan blog menjadi tempat penyebaran idea. Penyampaian idea menjadi isu yang lebih diutamakan berbanding "kesempurnaan bahasa" yang digunakan. Dengan adanya internet yang menjadi medium penyebaran idea, tradisi ini merebak seperti cendawan..

Apa yang kita lihat pada hari ini merupakan kesan sampingan daripada usaha kita untuk meluaskan lagi penggunaan teknologi, IT, etc.. Ianya memang memberi kesan yang sangat positif dari segi berapa banyak maklumat yang kita dapat kongsi terutamanya dalam bisnes, industri, dan untuk kegunaan pelajar IPT. Tetapi kita terpaksa akui yang ada kesan negatif yang terhasil daripada perkongsian maklumat atau cara perkongsian maklumat yang "tak beberapa sesuai" seperti penggunaan "bahasa pasar". Jika memilih untuk merencat perkembangan teknologi internet sebagai penyelesaian, kita perlu persoalkan balik "mampukah kita menolak tepi keutamaan terhadap kesan-kesan positif yang boleh kita dapat dari perkongsian maklumat yang dibincangkan diatas demi memartabatkan bahasa ?" Jika memilih untuk memantau aktiviti-aktiviti internet, mampukah kita membiayai kos untuk memantau semua aktiviti. Adakah ianya berbaloi dari sudut pandangan ekonomi? Apa jalan penyelesaian yang paling sesuai kalau semua tak boleh?

P/s: Aku takde la gune bahasa baku cam En. Rusli time tu.. Aku berbual cm kat warung kopi je.

Wednesday, July 27, 2011

Peserta Hebat Smile Contest Lain



Kelmarin lepak Shah Alam sampau pukul 4 pagi. Semalam satu hari kat KLCC n main futsal sampai pukul 2 pagi.. Sampai rumah pukul 5 pagi. Harini pulak gi Melaka untuk makan ikan bakar. Alang-alang kawan se-uni semua dah turun dari merata tempat, lepak je le sampai lebam... Mentang-mentang le semua student JPA elaun baru masuk untuk 3 bulan, memasing berkepuk-kepuk duit dalam poket . Kalau biase2 takpe. Ni sekali 12k tros.. Camtu korang la blanje aku ikan bakar..Aku yang dak MARA ni dah hampir papa kedana.

Oh MARA yang kusayangi.., Cepalah dikau masukkan elaun aku..


dari sudut pandangan mata ikan (fisheye)

Tuesday, July 26, 2011

JUARA SUNSHINE SMILE CONTEST


Tahniah !!! untuk Cik Nabila sebab jadi pilihan pertama untuk semua juri. Keputusan adalah muktamad dan segala surat-menyurat atau saman-menyaman akan dilayan dengan senyuman sahaja.. Heheee..

Sedikit nota: Gambar ni sebenarnya dipilih atas sebab ianya memenuhi kriteria dalam ketiga-tiga elemen yang dibincangkan sebelum ni. Kenapa aku bagi name contest ni "SunShine smile"?
Adakah ia memerlukan burst smile yang membawa kepada ketawa? Atau senyum sampai telinga sambil mata pejam kuat-kuat?

To Cik Nabila: nanti PM saya untuk penghantaran hadiah. =)

P/s: saya akan listkan peserta2 lain dengan senyuman yang best beserta gambar untuk next2 entry =D

FINALIST SUNSHINE SMILE CONTEST




Akhirnya, SUNSHINE SMILE CONTEST dah pun sampai ke kemuncak. Dalam 5 gambar kat atas, siapa juara ? Hueheheh...Mesti korang tension sebab aku asyik drag mase je kann? Jangan marah... Keputusan dah pun berada dalam tangan kami. Kepada yang tak tersenarai, jangan give up sebab pasni akan ada lagi contest sebegini. Hadiah camera gak, tapi cam digital.

Sebelum korang teka siapa pemenangnye, ingin saya memaklumkan bagi pihak juri bahawa gambar-gambar diatas diadili melalui beberapa elemen penting. Yang pertama ialah senyuman para peserta tu sendiri. Takkan ada senyuman yang betul-betul ceria melainkan dari hati yang ceria atau terdapat moment ceria yang trigger senyuman tersebut. Atas sebab itu, juri meletakkan "suasana" sebagai elemen kedua dalam menentukan pemenang. Elemen yang ketiga merupakan elemen penegasan. Untuk elemen tersebut, perkara yang dititikberatkan termasuklah angle dan segala-galanya yang menjadikan senyuman itu solid. Untuk element ke-3 juga, kami bergantung kepada 1st impression terhadap semua gambar diatas.

Bila nak umumkan pemenang? Malam nanti .. Tunggu semua dah balik dari skolah/kerja ye..

Monday, July 25, 2011

Ashraf Jalil Menipu SUNSHINE SMILE CONTEST?




Sampai hati depa menuduh aku menipu untuk SUNSHINE SMILE CONTEST tu... Aiyyoo.. Kang aku merajok lari rumah kang baru tau.. Keh2..

Takde keje aku nak lari rumah sebab mende-mende camni. Lain la kalau tong gas kat dapur nak meletop ke.., gempa bumi ke.., khinzir masuk rumah aku ke..,munasabah la jugak kalau aku nak keluar dari rumah sekalipun kan?

Terus-terang aku katakan yang aku tak amek hati sangat pun dituduh sebegitu. Kalau rase aku menipu, watpe join contest ni ? Hahaha.. Opppss,. itu bukan isunye.. Masalahnye sekarang, ade ke aku kebas duit sape-sape atau merugikan mane-mane pihak? Dalam kes ni, sebenarnya aku tak rase aku perlu menjadi offensive atau defensive. Entry ni pun aku buat semata-mata untuk mengisi ruang blog pada hari ini. Ade beberapa orang yang dah nampak hadiah polaroid tu depan mata. Kalau tak pecaye, tanye Yuyu Zulaikha.

Pada dasarnye, aku buat contest ni sebagai satu langkah untuk memperkenalkan blog aku pada semua. Aku decide untuk buat contest ni setelah aku beli 2 bijik polaroid dari Canada sebagai buah tangan bawak balik ke Malaysia. The bottom line is, aku nak peserta have fun dan join contest ini dengan perasaan gembira. Sedikit bayaran pun aku tak minta dari para peserta. Aku cuma harapkan sedikit kesabaran daripada mereka. Tak baik rakus-rakus.. Elok-elok rezeki nak sampai nanti Tuhan tarik balik .. Lain la kalau ada orang sudi bayar aku Rm500-Rm1000.. Satu hari pun aku boleh siapkan semua kalau camtu.. Hueheh.

Kenapa Ashraf Jalil lambat sangat nak umumkan pemenang?

Sebelum tu, jemput baca entry En. Hasrul Hassan ni. Ape yang kita semua dapat fahami dari entry tersebut? Time baca entry tu, aku suka tekankan HANYA pada perenggan ke-5

Sebenarnya contest ni bukanlah idea yang terbaik untuk mempromosikan blog. Promosi dengan sesuatu yang bersifat material sebegini belum tentu dapat menjamin kesetiaan para pembaca. Sebaik-baik cara ialah usaha yang berterusan dalam "branding" diri masing-masing, kreativiti dan penyampaian dalam penulisan. Secara jujur aku katakan, kene promote dengan blogger-blogger famous cuma akan naikkan traffic blog korang paling lama pun 3 hari je. Sepanjang aku aktif berbelog, ashrafjalil.com dah ditag oleh 3-4 orang blogger yang agak berpengaruh. Yang membawa traffic paling tinggi ialah Cik Tunang Goalkeeper Harimau Malaya yang membawa kepada 1200 UV dalam masa sehari. Yang view aku tu loyal readers blog diorang., bukan aku.. Diorang ada readers yang ramai sebegitu atas brand blog masing..Dengan usaha diorang sendiri..
Aku ade ke loyal readers? Ade la 3-4 orang... Alhamdulillah..

So, masih nak tuduh aku menipu? Terpulang.. Eventually, sebelum August ni kata-kata tu akan terpakse ditarik balik jugak =)




Sunday, July 24, 2011

Siapa Juri SUNSHINE SMILE CONTEST ?



Siapa akak cantik ni..? Ceria tak senyuman beliau? Hueheheh..Yeahhh!!.. Memeperkenalkan juri pertama kita, Cik Zaty. Beliau merupakan ex-blogger yang dah tak berbelog lagi. As far as I know, beliau juga merupakan senior Hanis Zalikha time study dulu, dan sering didorong oleh Cik Hanis utk bukak blog. Awat la Cik Zaty tanak bukak blog.. Mungkin beliau nak focus pada pelajaran dan career secara professional kann Zaty kann? =)

Jeng3.. Sape lak mamat kembar 3 nih? Act pic diatas hanyalah hasil photoshop.. Memperkenalkan juri ke-2 , Sid yang juge merupakan seorang ex-blogger dan housemate saye kat Canada. Pada saye, beliau mempunyai penulisan yg sangat best dan lawak, tapi sayang blog dah di"delete" .. Katenye takde komitmen. Sejak jadik Presiden M@C (Malaysian at Carleton), makin busy beliau nampaknye..



Ni plak artis mane nih? Vocalist Clocksticking, band underground yang mungkin ramai tak kenal.. Siang office boy, malam artis.. Memperkenalkan, Ax.. Seorang blogger yang dah takde mase nak wat entry..keh2.

Sebenarnya ade je lagi juri lain yang akan mengadili pic2 korang.. Tapi yang kat atas ni merupakan harapan terbesar den lah sonang cakap.

Saturday, July 23, 2011

Apabila Terlebih Bersemangat



Ni memang semangat kaw2 punye nih..

Sejarah Nama Saya (Segmen Reka Segmen AJ)

*click kat header diatas untuk join Segmen Istana Biru

Segmen Reka Segmen? Apekah itu? Click SINI untuk detail.

Nama Penuh: Muhammad Ashraf Abdul Jalil
Nama panggilan: Ash, Acap, JB, Jabi.

Kebiasaannya yang paggil aku Ash ialah membe2 perempuan. Membe2 yang kenal dari kecik lak panggil aku Acap. JB dan Jabi tu pulak adalah name panggilan yang dah lekat sejak aku belajar kat Taylor's College. Membe2 satu program panggil aku dengan name tu sebab aku dari JB. Name Jabi tu adelah evolusi dari name "JB". Ianya telah diberikan oleh sorang membe yg amek program South Australian Matriculation (SAM). AKu kenal die pun sebab kitorang dok satu apartment kat E-Tiara Apartment Subang Jaya. Walaupon amek program yang berlainan (aku amek International Canadian Pre-U), tapi aku tak sangka nama "Jabi" tu mampu tersebar begitu luas sampai student Canada-US mostly panggil aku dengan name tu. Memule aku tak rela, tapi skang ni dah redha dah dengan panggilan tu.. =_="

Kata Orang Muda VS Kata Orang Tua (Segmen Reka Segmen AJ)

*click header kat atas untuk join Segmen Cahaya Inspirasi

Segmen Reka Segmen? Apekah itu? Click SINI untuk detail.

Dewasa kini, kite dapat lihat banyak konflik yang berlaku antara muda-mudi dengan parents diorang. Especially remaja, ramai yang jiwa memberontak dan diorang rase diorang dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri.

Memang tipu le kalau xpernah ade konflik ngan parents (melainkan korg btol2 anak mithali). Tapi yang jadik isu sekarang, kenapa kadang-kadang kes remeh temeh yang menjadi punca konflik antara golongan muda/tua? Pada pendapat aku, ibu bapa ni sebenarnya taknak kita ulangi kesilapan yang diorang atau orang lain pernah lakukan sebelum ni. Ape yang diorang buat hanyalah nak avoid kita dari terjebak kearah yg salah.

Adat manusia memang akan melakukan kesilapan.. Dari situ la datang sesalan. Perlu ke kita terhantuk dulu baru terngadah?

Friday, July 22, 2011

Segmen Reka Segmen | Ashraf Jalil


Kadang-kadang pening gak kepala nak memikirkan segmen apa yang menarik untuk direka. Apa kata kita sama-sama memikirkan segmen apa yang best untuk semua orang join? Segmen kali ini mungkin akan dapat membantu mem"promote" blog masing-masing secara berkesan. Macam mana? Jom terjah syarat2..

SYARAT-SYARAT JOIN:

1. Letak header ashraf jalil kat atas ni berserta link "ashrafjalil.com" dibawahnya.

2. Buat satu entry bertajuk "Segmen Reka Segmen | Ashraf Jalil"

3. Korang rekalah apa-apa segmen mengikut kreativiti masing-masing kemudian postkan link entry segmen tersebut kat comment box entry ni :


Tiada tarikh tamat. Segmen-segmen yang best akan dipromote dan di"repost" kat entry khas. Dan saya akan join segmen korang tu..hehe.. Nama pereka segmen juga akan ditag dan disenaraikan sekali =)

P/s: Letak la header korang sekali. Bila saya join satu-satu segmen yang dah disertakan, secara automatik segmen tu korang punye.. So , saya akan letak header korang sebagai header utama. Menguntungkan semua pihak bukan? =D

A Day with Yuyu Zulaikha, Fareha Rahmat and Pyka Rahmat

Sehari di Taman Botani




ape Pyka tgh wat tuh? kejam x? hahah!

Sifat "Aku Tak Kisah"

Rasa nak berputus asa... Itulah perasaan yang sangat akrab dengan perkataan "Aku Tak Kisah".

Aku tak kisah la kalo result exam aku terok.. Kalo ade rezeki, ade le...
Aku tak kisah la kalo orang tak suke aku.. Yang penting aku tak kaco orang..
Aku tak kisah la kalau aku hidup aku susah camni sampai mati.. Dah takdir... Nak wat camne?

Sebenarnya tiada batasan untuk kita berusaha sehabis baik dalam segala kebaikan yang dibuat.
Aku sendiri selalu rasa nak berputus asa dalam sesuatu perkara.. Berserah tanpa berusaha.
Perut lapar, tapi harapkan orang lain amekkan nasik dan suap..

Kat Canada, aku selalu nampak ramai orang2 istimewa (tanpa kaki, tanpa tangan, berkerusi roda) jalan2 kat tengah2 bandar menjalankan aktiviti masing2 dan bekerja... Kat uni aku sendiri terdapat golongan yang down syndrome, gigih study. Membuatkan aku persoalkan balik dimana letaknya sifat kesyukuran yang dituntut agama dalam diri? Kesempurnaan fizikal dan mental Tuhan dah bagi, tapi mereka yang kekurangan tu boleh berusaha lebih gigih dari aku..

Mentaliti camni ke nak dibawa sepanjang hidup? Nak berubah bile sampai seru...?
Sedangkan kemajuan dunia pun tak terkejar dek seru tu, apatah lagi Malaikat Maut..
Fuhh.. Kekurangan diri dah nampak, effort untuk berubah je susah nak buat..
Berat gak fitnah dunia nih...

Spontaneous Thursday | Comel

Thursday, July 21, 2011

Single Vs Couple | Pengalaman Cinta Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera yo!

Segmen "Single Vs Couple" ini merupakan segmen khas yang dibuat bagi mengumpul idea2 para blogger tentang kebaikan/keburukan berstatus single/berpasangan. Dan yes..., ianya belum berakhir dan takkan berakhir sehinggalah aku ditakdirkan diculik alien. Coz kalo aku kene culik alien, sape nak wat entry baru kat blog ni ye dok?

Untuk review kali ini, aku ingin menceritakan sedikit pengalaman bercinta zaman persekolahan a.k.a cinta monyet. Tujuannya ialah supaya dapat memberi iktibar kepada mereka yang membacanya...
--------------------------------------------------------------------------------------

Alkisahhh~~ Maka tersebutlah kisahhh~..
Kisah ini terjadi pada tahun dimana aku akan menduduki SPM... Pada ketika itu, aku rapat dengan salah seorang classmate sendiri (perempuan chinese) sebab beliau selalu kaco aku.

Ok. Fast forward.. Tzzztt..Tzssettt.

Akhirnya.., kami pun menyatakan cinta masing-masing.. Pada waktu tersebut, dunia menjadi begitu indah.!!!
Dapat bercuti kat Pulau Indah pun tak seindah percintaan aku..
Aku rase akulah satu-satunye manusia yang mempunyai cinta paling suci dan agung kat dunia ni!!
Ohh cintaa!! Sanggupkah dikau menemaniku sehingga hembusan nafas berbauku yg terakhirrr~?
*nafas aku wangi ye~

Aku tak nafikan yang kebanyakan mereka yang baru nak berkenal dengan cinta akan lebih cenderung untuk berdrama swasta macam kat atas tuh.
Cinta agung !? Alahaii.. Lempang kang, berjoget.. Sesuke hati ko je nak declare tu cinta agung. Tu cinta jagung namenye.. Sekolah pun tak habis lagi, nak beli kinder bueno untuk girlpren pun gune duit sekolah yg ayah bagi.. Aku tabik spring kat effort ko beli kinder bueno tu semata-mata nak jadik romantik. Last2 ko gak yang lapar takde duit nak beli makanan kat kantin sekolah...
Sememangnye cinta gak boleh menjadikan kita kuat, gila, buta, angau dan tak lupe juge, bodoh..

Last-last aku dan beliau terpakse clash atas sebab race n religion yang berbeza. Besides, ape yang mak bapak nak harapkan dari kata-kata budak sekolah kann? Kata-kata juga memerlukan insurance beb.. Ada kejadian yang agak dramatik telah berlaku kat depan rumah bunglow beliau antara aku, dia dan keluarga dia. Dua minggu muka down macam tikus mondok tercekik kapur. Makan tak lalu,...
Minum tak lalu..
Mandi tak basah,....
Kene hujan pun tak basah... (sebab aku pakai payung)

A lesson to learn:
Cinta agung hanyalah cinta kepada DIA. Tanpa cinta tu, cinta kat dunia ni takkan menjadi.
So, get ready to love Allah as much as you can before loving someone.

Jom terjah pendapat mereka!








Mari join beri pendapat di SINI


Wednesday, July 20, 2011

Review: Harry Potter and The Deathly Hollows part 2

Untuk cerita terakhir Harry Potter kali ni mengisahkan perjalanan Harry Potter menghabiskan sisa2 perjuangan dalam memusnahkan Lord Voldemort. Seperti yang kita ketahui, Lord Voldemort ni merupakan watak jahat yang telah memisahkan nyawa beliau kepada beberapa bahagian dan menyimpan bahagian2 nyawa tersebut di dalam objek2 tertentu yang dinamakan Horcruxes. Kalau nak bunuh Lord Voldemort, kene musnahkan dulu Hocrux2 tersebut.

Sebenarnya, Harry Potter sendiri adalah salah satu daripada Horcruxes tersebut. Mase Lord Voldemort nak bunuh parents Harry Potter, beliau secara ooppss tak sengaja telah menjadikan Harry Potter horcrux. Bile Harry Potter dapat tahu pasal perkara tersebut, dia tahu dia terpaksa mati demi memusnahkan Lord Voldemort..Sob2. (kesian tgk Emma Watson menangis..Dah le comel.. Hueheh) Ohh Emma Watson~~ <3

Nak dipendekkan cite, Harry Potter memang mati kejap, tapi dapat dihidupkan semula dengan adenye bantuan roh mak Harry Potter, Lily kot.. Dumbledore cakap, jasad Harry menyebabkan Lily punye pengorbanan "hidup".. Tu die cakap la..Bukan aku..

Setelah Harry hidup semula dan semua Horcrux telah dimusnahkan, perlawanan terakhir hanyalah diantara Harry Potter ngan Lord Voldemort sendiri. Sape menang?
Name cite pon Harry Potter, tentulah Harry Potter yang menang..mane bole hero kalah.. Sebenarnya plot cite ni lagi panjang dan aku cume summarize point2 penting jek. Tapi papehal pon, cite tu memang terbaik dan aku sarankan kepada sume untuk tengok kat wayang =)

*syg Emma Watson~ <3

Tuesday, July 19, 2011

Wanna Make 10 Million Bucks?

Ashraf: Ok. Katekan la ashraf nak buat bisnes.. Camne nak start?

Mr X: Now tell me how much do you want to make?

Ashraf: 2 million?

Mr X: Come on Ashraf ..That was my dream when I was 20..

Ashraf: 10 million?

Mr X: Ok.. You wanna make 10 million? U must prepare to give out 10 million. Which means you must get ready to sign a loan for 10 million. Thats the rule.

Ashraf: Memang berani mati tol..

Mr X: 10 years ago i signed a loan for 30 million.. But i managed to get it back. Satu mende je la kene ingat. If you do nothing, u get nothing. Theres no such thing as orang tolong kite. Thats bulls#*t. Fikir la why should they help us on that? There ll always be a catch . Either orang tu nak tipu u atau die boleh dapat untung banyak gak if tolong u.

I tell u.. So far ade 2 orang hutang I. Satu kes dapat masuk court. Satu tak dapat. One of them owe me 300k. And I suffer a lot bile ade perang kat Korea n Tsunami kat Japan. I lost 1 kontena in a blink. Its really tough n u have to sustain watever comes your way. Thankgod I have all my asset paid cash.. kalau pakai loan memang tak survive. Tak boleh nak wat ape pon kalau kene bencana yang macam kat Jepun tu.. Unpredictable.

Ashraf: The thing is, susah nak carik bisnes yang bawak balik millions tapi under control.

Mr X: Thats why la kene carik experience dulu. jadik apprentice.. N brave enough to take the risk

-------------------------------------------------------------------

P/s: Making million/billion bucks is my life ambition.

Duit Mengalir Macam Air

Parking kat Alamanda selame 6 jam telah membuatkan autopay machine menelan RM6 aku.. Siap sendawa lagi autopay machine tuh..Burpp.. Alhamdulillah.

Whattt? Betol ke 6 jam parking kete kene bayar RM6? Aku baru tau wehh. Selama ni aku ingat RM2 je maksimum kene bayar walaupon kite parking 7 hari 7 malam. Sangkaan aku ternyata terpesong dari hakikat.

Aku watpe 6 jam kat Alamanda? Of cos le tgk Harry Potter.. Ingat nak tgk yang biase, sekali ade budak tu nak tgk 3D, aku pon layankan je la.. Hueheheh

Berbalik kepada tajuk utama, sepanjang cuti summer ni aku ingatkan aku dapat save duit lebih sikit sebab gune currency Msia. Takde maknenye... Same je.. Duit mengalir cam air yang keluar dari paip bocor. Monthly expenses aku kat sini banyak abes kat minyak + makanan + pakaian.

Aku masih ingat lagi 2 tahun lepas mase cuti summer 1st year.. Aku gi travel ke Sabah ngan membe 10 hari. Time tu duit bukan stakat mengalir macam paip bocor, tapi dah tahap macam tangki pecah wa cakap lu. RM800 slambe badak die je nak terbang semate-mate nak panjat Gunung Kinabalu. Tu baru sehari setengah.. 9 hari yang lain lak memang kaw2 lagi peginye..
Bila aku tiba kat Canada untuk semester berikutnye je, aku memang papa kedana tros..Nak bli buku pon tak mampu. Kedurjanaan sungguh pengalaman tersebut..

Cuti kali ni agak terkawal sikit perbelanjaan aku. Almaklumlah, taknak pisang berbuah due kali le katekan .. Jadi kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita bersama-sama memupuk sifat suka menabung dalam diri untuk masa depan yang lebih cerah.

Monday, July 18, 2011

Kisah Peribadi Hidup : Patut tak cerita kat blog?

Yes? No? Maybe?
Ada kala aku terase nak cerita je...Tapi selalunya niat akan dibatalkan atas sebab aku perlu maintain mood neutral + happy kat blog. Saje nak fixed identity.
Sebenarnya banyak je perkara peribadi yang aku dah ceritakan kat blog ni. Tapi tu time tahun 2009 dulu.. Mase tu aku nak jadikan blog ni cam diary je. Untuk bacaan sendiri..

Sesetengah orang akan cerita semua hal peribadi kat blog bertujuan untuk "lepaskan" perasaan. Tak kira gembira atau sedih, hati mereka ibarat belon yang diisi air sampai nak pocah den cakap..Perasaan ingin bercerita membuak-buak. Sampaikan sanggup cerita pasal keaiban sendiri. Cerita tentang keaiban diri (spesifik: dosa yg telah dilakukan) kan dosa..

Aku juga banyak menceritakan tentang keaiban sendiri, tetapi keaiban tersebut banyak berunsurkan "clumsy" dan "kebodohan" sendiri. Aku juge manusia biasa yang penuh dengan suka duka hidup. Perasaan ingin berkongsi cerita sedih juga selalu hadir.. tapi masih mampu dikawal. Biasanya aku akan berkongsi cerita sebegini dengan orang-orang tertentu sahaja. Dan diorang jugak banyak berkongsi cerita peribadi dengan aku..

Aku ego tinggi dan selalu yakinkan kat diri yang aku boleh simpan semua sendiri. Tetapi bila dah jumpa good listener, aku akan terlepas gak cerita semuanya. Dan rasa lega bila luahkan..

But I would say that God will always be the best listener. And sometimes we have to slow down and really listen to God..

Sunday, July 17, 2011

Yuyu Zulaikha | Lentik Bulu Mataku

*click to enlarge

Yuyu Zulaikha

Make up: Fareha Rahmat
Taken and edited by Ashraf Jalil
Special thanks to Pyka Rahmat

Saturday, July 16, 2011

Yuyu Zulaikha by Ashraf Photography


*click to enlarge

Yuyu Zulaikha

Make up: Fareha Rahmat
Taken and edited by Ashraf Jalil
Special thanks to Pyka Rahmat

Thursday, July 14, 2011

Peperangan "Single Vs Couple" Semakin Sengit

Sekali lagi, saye ingin mengulas sedikit-sebanyak tentang ape yang berlaku setakat ni dalam peperangan debate "Single Vs Couple". Sebelum tu, saye nak tabik spring kat mereka2 yang dah join kerana dapat memberikan hujah dan idea2 yang begitu kreatif sehingga saye rase nak bagi hadiah je kat diorang.

Tapi malangnye bajet beli hadiah sume dah abes ke SUNSHINE SMILE contest. So saye bagi hadiah senyuman kat uols je la keyh? Senyum itu kan sedekah...
Uols nak senyum ape? Pilih je.. Kat sini kite ade senyum kambing, senyum kucing, senyum badak, senyum lembu , senyum sokmo..dan kite juge ade menyediakan hadiah pakej berupe senyum haiwan kacuk lelabi + cencorot ala santiago.

Kembali kepada topik asal, sememangnya isu single/couple ni mempunyai pros n cons. Setiap pihak mempunyai idea masing2 tentang perkara tersebut dari pelbagai sudut pandangan termasuklah dari segi keagamaan, kewangan, psikologi, masa dan lain-lain. Setakat ni, hujah dari pandangan sudut muncung tirus je takde lagi.

Jom terjah entry diorang untuk tahu ape yg best/xbest pasal single/kapel nih!!








Nak join bagi hujah2 anda sile click SINI. Kalau nak berhujah dengan kucing peliharaan pon bukannye die paham.. Ngeheheh

Single Vs Couple | Debate masih diteruskan

Isu couple/single ni sememangnya hangat untuk dibawak bincang... Terutamanya bagi mereka-mereka yang umo ala2 14-20+ tahun.

Okay..Korang tak rase pelik ke nape time kecik2 takde rase nak kapel? Pada aku la, mase kite kecik2 kite ade mak bapak untuk bermanje-manje. Tapi bile dah besar, tanggungjawab kite lak sebagai anak untuk jage parents dan bersifat lebih dewasa/matang/sophisticated bagai.. Tapi hati kite sebenarnye masih lagi ade sifat "keanak-anakan" atau "nak bermanje"..

Muke legend macam mane pon, hati mmg tetap kiut punye.. Aku rase setiap orang ade perasaan or at least sedikit perasaan "nak jadik budak kecik semule".. Sebab tu la bile ade pasangan ni, org tend to nak manje2 ngan pasangan die dan berperwatakan seperti budak kecik ngan pasangan die. Itu la punca datangnye ayat2 gedik seperti " awk nak pegy maneww~, aq cinta kamoo~ u nak manjew2 ngan ai letteww~~ i cayunk2 sama kamoo~ u mucuk2 tapeww i shayank u shoo muchh".

AKu rase evolusi bahasa zaman skang ni agak ganazz dan mampu menyebabkan kanser lidah sebab susah sangat nak sebut.. Mau terbelit lidah 8 putaran skala langit ke-7.

Dan sekarang kite lihat pula apa pandangan mereka tentang best/xbest pasal kapel/single nih..:





Nak join bagi pendapat? SIle tahan nafas 10 minit sambil click SINI

Single Vs Couple | Perang Pendapat

Haaa... AKhirnya, ade gak golongan yang nak membangkang dengan mengatekan ape syoknye kalo ade pasangan nih. Para pembangkang lain mane? Tak reti2 lagi nak tolong Cik Faradyana? (*agak kuajaq skali lagi ayat aku disitu..)

Anda dah bersedia nak masuk mood jiwang karat 13 lapis iron oxide? Mari kite lihat ape kate mereka:


ditentang oleh:


Nak join jangan segan untuk click SINI.

Single Vs Couple | Sape Single DIe Rock !!

Aku dah agak dah..Orang mesti ramai yang support status "single" nih.. Apesal? Sebab korang takkan dikongkong (bak kate cik teaqah, dikingkong).. Besides korang dapat jimat duit, bebas, dan juge BERSIH (bukan perhimpunan bersih, tetapi bersih dari masalah2 yg tak patot) or whatsoever.

So, yang tgh kapel tu.., xreti2 lg nak bangkang? (*jahat gile ayat aku)
Nasihat aku kepada gadis2 yg dah kapel tu.. Clash je la ngan balak korang sekarang.. Pastu tggu ai masuk meminang.. NGUUUAAHAHAHAH! (pasaraya I SETAN sungguh I ni kan?)

Mari kita lihat lagi apa kata mereka:



Nak join click SINI dengan kadar 18000km/saat. <---trademark Cik MTT

Single VS Couple: Ade ape hal?

Yearghh.. 2 orang peserta terawal join dan sudahpun mengemukakan pendapat masing2. Nampaknya setakat ni kedua-duanya pro-single..

Ape yang best pasal single ni?Adekah sebab boleh jimat bajet 2011 (kurang beli topup)? Jimat air mata? Atau jimat mase sbb xyah dok ssh2 nak cemburu pasal pape? Mari kita lihat apa kata mereka.. Zaassss (ala2 melodi gitu~)



Nak join segmen jemput click SINI =)

Spontaneous Thursday | Meet Alisya

Segmen: Single VS Couple | Ashraf Jalil


Dalam dunia ni ade orang yang couple dan ade gak orang yang single. Kadang-kadang rase pelik gak ape yang bestnye berstatus single/couple nih ? Disebabkan kemusykilan yang memuncak setinggi gunung krakatoa tersebut, segmen ini telah dibuat bagi mengumpul idea2 para pendeta bijak bestari sekalian.

SYARAT-SYARAT JOIN:

1. Letak header ashraf jalil kat atas ni berserta link "ashrafjalil.com" dibawahnya.

2. Buat satu entry bertajuk "Segmen Single VS Couple | Ashraf Jalil"

3. Bagi mereka yang single:
Buat entry tentang "ape yang bestnye single ni ?"
ATAU "ape yang tak bestnye kalau single?"

Bagi mereka yang ade bf/gf/tunang/husband/wife:
Buat satu entry tentang "ape yang bestnye kalau ade pasangan ni?"
ATAU "ape perkara yang tak best kalau ade pasangan.?"

Anda bebas untuk ceritakan kisah hidup atau ape-ape saje berkaitan single/couple. Nak membebel pasal tak puas hati dengan pasangan anda pon boleh. Nak menangis sebab still single pon boleh.. Entry-entry yang kreatif/best akan dipost/dipromote kat entry khas =)

4. Submit url entry anda ke comment box entry ini:


Tarikh tamat takde sebab setiap mase saya akan amek entry-entry yang best dan promote untuk bacaan umum =D

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia Vs Arsenal 2011

Keputusan akhir Arsenal 4-0 Malaysia.
Nak wat camno.. Tgh dok letih2 defend, 2nd half Arsenal bawak turun Persie, Sagna ngan Nasri..
Papehal pon good job Harimau Malaya. Mungkin apabila berdepan dengan pasukan gergasi bola, emosi kene sentiasa tenang n tak gabra.

P/s: Apesal kat TV takde siarkan match tadi haa? Astro merajok orang nak boikot die ke?

Wordless Wednesday | Strawberry and I

Ayat Maki Superb | AMARAN: Mungkin mengandungi unsur2 sensitif

You got a face only a mother could love...unfortunately she too hates it!

I heard that you went to the haunted house and they offered you a job.

Listen, are you always this stupid or are you just making a special effort today?

Calling you an idiot would be an insult to all the stupid people.

Shouldn't you have a license for being that ugly?

Anybody who told you to be yourself simply couldn't have given you worse advice...

You started at the bottom...and it's been downhill ever since!

You must have been born on a highway cuz thats where most accidents happen

If you were twice as smart, you'd still be stupid

You are so ugly that when your mama dropped you off at school she got a fine for littering.

You’re so ugly Hello Kitty said goodbye to you.

Can I borrow your face? My arse is on holiday

Ever since I have seen you in your family tree, I have wanted to cut it down.

Your momma so fat, when she went to a doctor, she stepped on a scale and the doctor said "Hey, thats my phone number.”

Your momma's so ugly she turned Medusa to stone.

You are already ugly. Why there should be any reason for you to be stupid?


P/s: Entry tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yg sudah meninggal dunia.

Keputusan SUNSHINE SMILE CONTEST akan diumumkan sebelum August

Seperti yang telah diumumkan sebelum ni, SUNSHINE SMILE CONTEST ni tutup pada 1 July dan keputusan akan diumumkan sebelum August 2011. Mungkin 31 July, mungkin 30 July, atau mungkin esok.

Sebenarnya sekarang gambar2 masih lagi dikumpul dan dimasukkan kedalam harddisk supaya senang nak tapis. Ada gak sesetengah entry yang tak dapat dibuka sebab owner dah setkan blog private. Ada gak gambar yang tak bagi right/left click.. So pic tersebut xleh nak ditransfer masuk harddisk. Harap kepada sesiapa yang berkaitan, dapat letak url pic tersebut kat entry tu if tak keberatan.

Akhir kata, harap sabar menanti keputusan yg bakal diumumkan =)

Tuesday, July 12, 2011

Sedikit Pandangan Tentang BERSIH

Jumaat minggu lepas aku nak gi tengok wayang yang start pada pukul 11:55pm. Keluar rumah pukul 9 tapi malangnye kol 11:30pm, tol sungai besi pon tak lepas lagi.. Jam bukan main terok lagi..So, kitorang decide untuk patah balik n makan satay kajang jek. Abes 20 batang satay kajang aku makan dalam mase 10 minit.

Aku ni seorang yang akan sentiasa menyokong usaha2 kerajaan dalam mewujudkan negara aman dan membangun, tetapi takde la sengal sangat untuk tidak nampak konspirasi yang wujud apabila 2 pihak bergaduh. First aku admit yang memang tanggungjawab govt untuk hapuskan segala anasir yang mampu mengancam keselamatan negara.. Tapi isu cara handle perkara tersebut nampaknya telah menimbulkan banyak masalah.

Setakat ni aku tak nampak lagi ape kesan terburuk boleh berlaku kalau perhimpunan tu dilakukan kat stadium secara aman. Tu pon kalau betul lah diorang wat perhimpunan tu untuk bertujuan untuk kemukakan 8 tuntutan tu. Kesian peniaga2 yang rugi banyak tempoh hari n pelancong2 yg dtg..Tak termasuk lagi pandangan pihak luar kat negara ni. Mungkin roadblock tu boleh bagi short term success..Tapi long term mungkin tidak.. Economically unfavourable beb.. Sape nak invest kat negara yang die rase tak aman n bad for business? And of course, media oh media merupakan senjata yg amat kuat n memasing ade komen memasing pasal ape yg kite tgk kat berite 3-4 hari nih..

Tan Sri Muhyiddin Yassin pon ade ckp yg kite kene stick ngan pemulihan dalam pengurusan..Memang le ape yg kite nampak sekarang ni adelah unfavourable untuk kebanyakan pihak tapi bile kite sokong pihak lain, adekah masalah tu boleh selesai macam tu je? Silap2 prob lain atau prob same dtg.. Untuk pihak yg aku sokong, aku rase we shouldn't be afraid to admit yg mmg ade mismanagement n mungkin usaha bersama (yg ikhlas) dapat solve perkara tu sket2. Terpulang kepada generasi aku dan generasi akan datang untuk fix masalah tu atau mengeruhkan lagi keadaan..

Anyhow, selagi tak carik causes, masalah takkan selesai..

P/s: pada aku, kalau dapat fix record keeping n archiving systems n access to information law negara ni.. Mungkin dapat ubah banyak perkara kearah lebih baik.. Masalahnye skang ialah nak suruh orang2 "pentingkan diri" menjadi "bijak dan baik" dalam melihat consequences keatas negara instead of kat diri sendiri atas amende yg dilakukan.


Yang Penting Kite Enjoyyy~~~



Tiga hari tanpa blog merupakan hari dimana aku habiskan masa lepak2 bersama kakak dan nenek. JB dan Kluang merupakan destinasi pilihan sbb kat situ la kazen2 aku tinggal..

Johor merupakan negeri yg aku stay paling lama, iaitu selam 17 tahun.. So, jalan2 kat sekitar JB adalah sesuatu yang sangat nostalgic bagi aku. Amalan tidak sihat shisha kat area pasar karat menjadi kemestian bile lepak ngan kazen. Pemandangan kat area stulang laut yang cantik serta penuh dengan kapel2 yang sedang berendek juga sudah menjadi trademark tempat tu.. Kereta2 yang mempunyai nombor plate number start dengan huruf "S" juga boleh tahan banyak kemain bile malam weekend.

Kat Kluang pulak, Kluang Rail Station kat roundabout Tasik telah disahkan halal dan pengesahan itu mula effective 1 July yang lepas.. So, aku dengan gembiranya mengorbankan 6 set roti bakar tanpa belas kasihan terhadap roti tersebut, mahupon perot aku sendiri. Dua tahun tahan kesangapan terhadap roti bakar Kluang akhirnya terlepas gak..

Dan kini, aku berade kat Selangor semula.. Jumaat, Sabtu dan Ahad ni pulak jalan2 lagi kat area KL-Selangor untuk event flora kepebende tah.. Kazen ajak gi event tuh, aku follow jek.. Sape mau join?

Please take your time for this =)