Followers

Wednesday, October 31, 2012

Siapa Pemain Catur/Chess Nombor 1 Dunia Sekarang?



Magnus Carlsen ( 30 Nov. 1990) adalah pemain nombor 1 dunia sekarang. Beliau memegang title Grandmaster pada usia seawal 13 tahun. Beliau merupakan antara sebab Garry Kasparov (pemain no 1 dunia selama 20 tahun), pencen dari dunia Chess apabila bertemu Carlsen yg pada ketika itu berumur 13 tahun, dan keputusan game tersebut ialah "draw"

Mamat ni orang Norway.. Tactical permainan mmg sangat gempak dan bersifat offensive. Kepada sesape yg tertanya-tanya pendapatan seorang player chess ni, sekali menang satu kejohanan, sejuta pound masuk poket. Naib johan setengah juta pound. Carlsen ni umur baru 22 (cam aku jek) tapi dah jutawan.. Kan bagus kalau bapak aku train aku main chess dari baby lagi..



P/s: Sesape berminat nk tgk analysis penuh game2 chess yg bertaraf grandmaster, boleh gi kat youtube channel ChessNetwork dan SeanGgodley.. Analysis diorg mmg superb..

Tuesday, October 16, 2012

Apa perasaan wanita kalau dapat husband camni..?

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.




Wednesday, September 26, 2012

Dapat Visitor Walaupun Blog Ditinggalkan

Seperti yang aku jangka, blog ni memang dah ketandusan seperti  gurun Ramlat al-Sab'atayn. Tapi tak sangka pulak bile check kat Nuffnang, ade lagi visitors yang masuk tak banyak beza jumlahnya compared to sewaktu giat menaip dahulu.

Average aku bukak blogger.com sekarang ni ialah 2 minggu 1 kali jek. 

Apa2 pun, kepada yg sudi tertanya-tanya dimana hilangnya Ashraf Jalil (ingat artis ke hape.. puihhh.. lempang muke dengan ayam golek barutau..), aku sebenarnya dah dapat menjejakkan kaki dalam Oil n Gas industry. Alhamdulillah...
For the time being, aku sedang mengikuti program HIT-RSE (High Income Talent Research Scientist Engineer) dalam Piping Design. Program ni adalah co-operative venture antara goverment yg diwakili oleh SHRDC dan company oil n gas dari France iaitu Technip dimana akan menjadi company tempat aku bekerja nanti.

Kontrak yang aku tandatangani memerlukan aku untuk menghabiskan program ni dalam masa 8 bulan dan seterusnya diikat untuk bekerja dengan Technip sebagai full time engineer selama setahun sebelum aku boleh memperbaharui kontrak atau buat apa-apa keputusan lain.

Aku juga dapat merasakan aura-aura beban yang bakal menghempap minda dan fizikal selepas ini. Justeru, blog ini juga bakal hilang kasih sayang dari tuannya.

Akhir kata, entry ni just untuk notify kawan-kawan yg sudi jenguk2 blog ni..

P/s: aku dah addicted dengan youtube. FB sekarang sampah..

Sunday, August 26, 2012

Friday, July 13, 2012

Career Fair di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Dua hari lepas iaitu pada tarikh 11 July 2012, satu event career fair telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas. Pada aku, career fair tersebut tersangatlah berbaloi untuk dihadiri memandangkan exhibitors yang datang kebanyakannya terdiri daripada syarikat gergasi dalam Oil and Gas industry.

Antara company-company yang turut hadir termasuklah Schlumberger, Halliburton, Technip, Sapura Kenchana, Shell, dan tak lupa jugak Petronas.

Career fair sebegini bukan setakat bagi peluang untuk aku drop resume, tapi membuka mata dan minda aku serta memberi exposure tentang kerjaya dalam Oil and Gas industry.

Banyak info yang best yang aku dapat kat setiap booth yang aku pergi kecuali booth Schlumberger. Staff diorang tersangatlah kerek serta suka memperlekehkan graduate students yang datang kat booth diorang untuk tanya soalan. Mentang-mentang le company besar..

Antara info best yang aku dengar ialah comparison antara Schlumberger dengan Sapura Acergy dari aspek gaji. Info ni aku dengar masa lepak kat booth Sapura Acergy. Kakak staff tu bagitau aku if bekerja dengan Schlumberger, engineers akan bekerja bagai nak mati 24/7 dengan gadi maksimum 7k untuk fresh graduates. If dengan Sapura Acergy, basic gaji ialah 3k. Tetapi untuk offshore, akan dikira +RM200 per day. Bermakna gaji dalam masa sebulan boleh mencecah 9k kalau bekerja dengan Sapura Acergy. Time dengar info pasal gaji tu, mata hitam aku tak semena-mena bertukar menjadi simbol "$".

Masa kat booth Petronas, aku juga dapat banyak info pasal Projek Iskandar Petronas Rapid kat Pengerang Johor. Aku memang dari dulu nak sangat involve dalam project ni. Jadi kuli pun aku sanggup sebab aku rasa experience is priceless. Siapa la taknak peluang join projek pelantar minyak lagi besar dari Kerteh dan bernilai RM60 billion. Yang paling best time kat booth ni, kakak kat booth tu tick "RAPID" kat atas resume aku bile aku menyatakan yang aku interested untuk direcruit untuk Projek Pengerang Rapid tersebut.

Tak lupa juga career talk daripada Halliburton; talk tersebut sangat best sebab staff diorang sangat humble dan info yang diorang sampaikan sangat membuatkan aku rasa nak keje ngan diorang.

Bagi mereka yang baru graduate, aku sarankan untuk register nama bawah TalentCorp dan Leader's (Leader Series) sebab diorang bertugas untuk tolong fresh graduates dapatkan keje. Target Leader's ialan untuk provide peluang pekerjaan kepada fresh graduates dalam masa 6 bulan after graduate kalau tak silap aku.

Apa-apa pun, event career fair ni rasanya diadakan setiap tahun.. So, kepada yang bakal graduate (especially yang major in Engineering), datang jangan tak datang..



Please take your time for this =)