Followers

Monday, August 29, 2011

Kerjaya Aku Sewaktu Ketika Dahulu

Aku dengan Caesar mane lagi macho?

1. Bibik sepenuh masa

Waktu ini adik-adik masih kecill..Mak dan ayah pula busy kerja.. Bibik yang lama udah dihantar balik ke Indon. Jadik gue yg harus jadi bibiknyaaa..Ngerti nggak? Tiap hari gue harus ngemasin rumah kayak(seperti) tukang sapu di kantor-kantor besar gitu.. Mujur gue dibayar beberapa ringgit sehari (duit poket) walaupun gaji gue gak sebesar kalo gue jadi supir (driver).. Jadi hati gue terus jadi tenanggg gituu liat duit masuk.. Makannya, kalian kerjanya harus ikhlas jangan jadi seperti gue..

2. Arms dealer (dengan bahasa cutenye, agen jual mercun..)

Ini Form 1 punye cerita. Memang time ni aku rasa seperti seorang penjenayah pun ade jugak. Aku selalu pergi kat satu kedai ni,.. Kedai tersebut yg supply mercun-mercun ni pada aku dan aku yang tolong jual. Pastu end of the day, aku dapat komisyen sikit. Macam-macam jenis mercun aku jual termasuklah mercun bola, mercun botol, mercun padi, mercun mancis, meriam dan juga mercu tanda Malaysia. Skang dah serik dah sebab tengok banyak berita pasal orang putus jari la, putus telinge la, mahupun putus hidung sebab main mercun..Kes org putus haid sebab main mercun je aku tak pernah dengar lagi setakat ni.


3. Technician computer


Lepas aku habis PMR, aku dipaksa kerja tanpa gaji..Semua ni adalah idea bapak aku. Die ckp daripada aku dok lepak kat umah tgk TV baring sambil makan cm ular sawa, lebih baik aku gi carik pengalaman. Aku, sebagai anak yg taat menurut perintah je la.. Aku pernah bekerja sebagai technician kat sebuah pusat repair computer bername ICT Intelux. Macam-macam aku blaja kat situ tapi skang satu HABUK pon aku tak ingat ape yg aku belajar kat situ. Dah bertahun aku tinggalkan tempat tu..memang le lupe. Kalau ade ubat untuk kembalikan memori aku dah makan dah..


4. Team leader drink shop


Korang mesti pernah gi foodcourt kat shopping complex kan? Aku keje kat tempat-tempat camtu la. Spesifik: kat kedai air atau name glemernye, Island. Name tu diberi sebab kedai ni terletak ditengah-tengah foodcourt kat Giant tmpt aku keje tu. Aku keje kat sini selame 4 bulan dan aku hampir dinaikkan pangkat menjadi supervisor oleh manager aku tetapi MALANGNYE die tarik balik decision pleh kerana aku nak sambung study dan tak kerja permanent kat situ. Keje kat situ mmg mencabar gile lagi-lagi time weekend. ORANG RAMAI GILE NAK MATI!! (maksud aku ramai orang yg datang nak minum, bukan ramai orang gile yang nak mamp).
Kadang-kadang aku 4-5 jam wat air nonstop..pastu handle bahagian cashier. Bukan takat tu je! Aku kene gi tukar 10 tong gas setinggi dada aku yg terletak jauh nun belakang shopping complex! Aku kene angkat tong-tong air tetiap hari! Aku kene angkat ais berguni-guni! Disebabkan aku pekerja yg pantas (ceewahh), aku dilantik menjadi team leader (Manager rase bersalah sebab tak jadikan aku supervisor letteww~).

Tapi antara mende suwey yg berlaku kat situ ialah, ade seorang mamat gay bekerja sekali kat situ. Die dah le pemalas, gay lak tuh. Membe aku dah banyak kali jadik mangsa rabaan die. Aku juge tak terkecuali.. Gampang punye gaytard. Nasib baik aku bukan taste die..Eughh..Muntah gak aku atas laptop ni. Membe aku berenti keje sebab mamat gay tuh. Btw, mamat tu umo 30+ n die pernah nak ngorat Syafiq a.k.a AX . Time tu Syafiq tak tahu yang die sedang dingorat coz ingatkan mamat tu straight. Sedapp je diorg chatting-chatting mesra. Aku dah gelak guling-guling kat belakang dah time tu..melihat telatah abang gaytard yang sedang cuba untuk mengorat Ax. Sweet je aku tengok diorang.. Kah3!

Friday, August 26, 2011

Keyword Minggu Ini dan Minggu Lepas



Amboii.. Banyak betul keyword Yuyu Zulaikha. Carik mende bukan-bukan lak tuh ye..?

Kisah muhammad ashraf? Siapa le yang cari kisah hidup aku nih... Takde pape yang menarik pun tentang kisah hidup aku..Nak tanye jangan segan-segan. Dial je 1-300-88-2525 untuk maklumat lanjut. InsyaAllah pizza chicken supreme large sampai ke rumah..

Dan kepada sesiapa yang nak cari pantun minta maaf kepada kawan, boleh dapatkan pantun tersebut kat blog ashrafjalil.com.. Wahahah!!

P/s: bilik tidur kaler hijau pink cmbest je. =D

Ciri-ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.


14. Buat candle light dinner secara mengejut. <--idea Cik Teaqah

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Cara Nak Dapat Bayi Kembar


Bile cakap pasal pembiakan, aku selalu teringat kenangan-kenangan waktu sekolah semasa Form 3. Seingat aku, topik pembiakan ialah topik Bab 1 untuk subjek Sains. Bebudak punye la semangat tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Ye laaa... Sape je tak suke bab pembiakan? Syiokkk maaa... Especially lelaki, kitorang la yang paling excited dalam kelas.. Masing-masing dah tak sabar nak kahwin gamaknye.. Tapi apakan daya.. Kami hanyalah budak sekolah yang cuma mampu berangan je.. Kalau stakat Form 3 tu, mungkin mampu bagi nafkah batin je.. Nafkah zahir konpem tak lepas.

Masa Form 3, aku ade amek tuition untuk subjek Sains gak. Cikgu tuition memang sangat sempoiii.. Almaklumlah.. Cikgu lelaki.. Bile bercerita, memang detail habisss.. tanye je pape, semua dia jawab. Bebudak lelaki dah sampai tahap ketawa guling-guling atas lantai, bebudak perempuan still tercengang blur-blur sebab tak faham. Innocent la katekannn...

Cara nak dapat bayi kembar ? huhh..Macam-macam spekulasi aku dengar. Ade orang cakap, skill yang digunakan mase "pembikinan" bayi kene "betul". Ade sesetengah orang cakap, selepas proses "pembikinan" bayi, kene goncang isteri kuat-kuat supaya telur yang tersenyawa terpecah kepada beberapa bahagian. Dari situ, dapat la bayi kembar.. kalau ovum yang tersenyawa terpecah kepada seratus bahagian, maka dapat lah kembar 100.. Konsep dah betul, fakta je mengarut..

--------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging.


Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

P/s: Entry permintaan Bella Lim =D

Please take your time for this =)