Followers

Tuesday, November 6, 2012

Shah Alam Seksyen 7 | Restoran Pilihanku

Sejak aku sewa rumah kat sini, boleh dikatakan hidup aku hari-hari macam dalam cite "jalan-jalan cari makan".

Almaklumlah, tempat student..Nama pun Seksyen 7..,student2 UITM Shah Alam ngan Unisel semua kebanyakannya bertapak kat sini. Maka banyaklah restoran-restoran yang best-best dibuka kat sini.

Antara yang terfofular termasuklah:

1. Restoran Barra

Restoran ni popular sebab ayam bara dia. Pada aku ayam bara ni rasa cam ayam goreng biasa yg digoreng dengan rempah kari megi jek. Tp not bad la.. Lagi satu yg best, dia bagi makanan free kat mane-mane pelanggan yg kene "barrarized". Tapi so far aku xpernah kene lagi..  Satu mende yg aku xpuas hati ialah mamak kat sana bukan main kerek lagi. Aku pindah meja, siap kene sound sebab tak bagitau dia. Memang makan sound aku balik le mamak tu. Customers always right..

2. Ani Sup Utara

Ni aku takleh nak describe.. Sup ekor makan dengan nasik cecah sambal belacan n letak telur masin = heaven.

3. Burger Yazid

Bila aku datang kat kedai ni, tiba-tiba aku menjadi seorang lelaki yang mempunyai misi dan visi besar dalam hidup.. Misi tersebut ialah untuk menghabiskan burger sekilo aka burger gergasi sampai licin seorang diri. Burger sekilo tu memang bapak besar. Nak tengok besar dia camne?




Hamek kau.. Kalau lempar kat kepala, boleh kene concussion..

4. Nasik Arab

Kedai ni bersebelahan dengan kedai burger gergasi tu. Aku prefer makan kat kedai ni lepas habis main futsal sewaktu tengah lapar beruk.
*bile lapar tahap beruk, marilah kita makan meal untuk 3 orang..

Sebenarnya banyak lagi kedai2 yg best sekitar Shah Alam ni.. Ie: nasik kandar pelita sebelah masjid negeri,. Sotong goreng kat situ memang mantop.. Luar rangup cam jalan tar, dalam kenyal macam gule-gule yupi.

Anyways.. Selamat menjamu selera..

Monday, November 5, 2012

Masalah Duit | 5/11/2012

Esok cuti.

After that, cuti panjang  start Jumaat 9 November sampai minggu depan.

Cuti ni datang memang tepat pada waktunya.. Macam tau-tau je aku tengah pokai. At least kalau cuti, aku boleh balik rumah. So, expenses makan/minyak kat Shah Alam ni dapat dikurangkan pada skala yg meletakkan aku luar daripada kategori "papa kedana".

Zaman dulu takde pun aku merasa kesesakan hidup yang sebegini rupa.. A sampai Z parents tanggung.. Hidup hari-hari penuh dengan senyuman..Tenung bunga pun, boleh berkembang mekar bunga tu.
Skang bile dah keje, kene bayar duit sewa rumah, bayar kete, segala bil kejadah dan sebagainya..,tenuk pandang muke kite pun boleh jadi stress tak lalu nak hidup ..Habis moral down flora dan fauna. Sesesak-sesak federal highway tetiap hari pukul 8 pagi, sesak lagi hidup aku dikala gaji tak masuk lagi.

Camne aku nak beli Lamborghini kalau asyik sesak camni?


*biar sesak, janji boleh posing macho..

Wednesday, October 31, 2012

Siapa Pemain Catur/Chess Nombor 1 Dunia Sekarang?



Magnus Carlsen ( 30 Nov. 1990) adalah pemain nombor 1 dunia sekarang. Beliau memegang title Grandmaster pada usia seawal 13 tahun. Beliau merupakan antara sebab Garry Kasparov (pemain no 1 dunia selama 20 tahun), pencen dari dunia Chess apabila bertemu Carlsen yg pada ketika itu berumur 13 tahun, dan keputusan game tersebut ialah "draw"

Mamat ni orang Norway.. Tactical permainan mmg sangat gempak dan bersifat offensive. Kepada sesape yg tertanya-tanya pendapatan seorang player chess ni, sekali menang satu kejohanan, sejuta pound masuk poket. Naib johan setengah juta pound. Carlsen ni umur baru 22 (cam aku jek) tapi dah jutawan.. Kan bagus kalau bapak aku train aku main chess dari baby lagi..



P/s: Sesape berminat nk tgk analysis penuh game2 chess yg bertaraf grandmaster, boleh gi kat youtube channel ChessNetwork dan SeanGgodley.. Analysis diorg mmg superb..

Tuesday, October 16, 2012

Apa perasaan wanita kalau dapat husband camni..?

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.




Wednesday, September 26, 2012

Dapat Visitor Walaupun Blog Ditinggalkan

Seperti yang aku jangka, blog ni memang dah ketandusan seperti  gurun Ramlat al-Sab'atayn. Tapi tak sangka pulak bile check kat Nuffnang, ade lagi visitors yang masuk tak banyak beza jumlahnya compared to sewaktu giat menaip dahulu.

Average aku bukak blogger.com sekarang ni ialah 2 minggu 1 kali jek. 

Apa2 pun, kepada yg sudi tertanya-tanya dimana hilangnya Ashraf Jalil (ingat artis ke hape.. puihhh.. lempang muke dengan ayam golek barutau..), aku sebenarnya dah dapat menjejakkan kaki dalam Oil n Gas industry. Alhamdulillah...
For the time being, aku sedang mengikuti program HIT-RSE (High Income Talent Research Scientist Engineer) dalam Piping Design. Program ni adalah co-operative venture antara goverment yg diwakili oleh SHRDC dan company oil n gas dari France iaitu Technip dimana akan menjadi company tempat aku bekerja nanti.

Kontrak yang aku tandatangani memerlukan aku untuk menghabiskan program ni dalam masa 8 bulan dan seterusnya diikat untuk bekerja dengan Technip sebagai full time engineer selama setahun sebelum aku boleh memperbaharui kontrak atau buat apa-apa keputusan lain.

Aku juga dapat merasakan aura-aura beban yang bakal menghempap minda dan fizikal selepas ini. Justeru, blog ini juga bakal hilang kasih sayang dari tuannya.

Akhir kata, entry ni just untuk notify kawan-kawan yg sudi jenguk2 blog ni..

P/s: aku dah addicted dengan youtube. FB sekarang sampah..

Please take your time for this =)