Tak boleh stop layan ceramah Ustaz Kazim. Content best, lawak pun lawak gak. Subscribe jangan tak subscribe..
Followers
Thursday, November 24, 2011
Monday, November 21, 2011
Stress !! Stress !! Stress !!

Sometimes, life's gonna hit you in the head with a brick.. But it's good for you.
Semakin lama aku berada kat tempat orang, perasaan aku nak balik Malaysia semakin membuak-buak. Dulu darjah satu cuma belajar peribahasa "hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri". Sekarang baru aku faham dan "rasa" makna peribahasa tu. Bukan setakat rasa, siap lumat kunyah dalam mulut, telan, hadam. Negara maju, kaya, sahsiah tinggi, sophisticated, tapi tak happy n jiwa tak tenang masalah jugak..
Mungkin ianya satu pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka yang datang ke negara orang untuk melancong. Aku sendiri masa first year, aku pun seronok dan excited jugak bila dapat sampai Canada. Masa 3rd year, aku mula rasa ujian makin berat, tetapi stress masih mampu dikawal.
Bila masuk 4th year, keadaan berubah dengan sangat drastik.. Aku mula rasa tak happy. Penyebab utama aku rasa tak happy ialah 4th year project, dimana segala progress aku dipantau setiap minggu dan responsibility aku mempengaruhi team. Ianya menjadi lebih sukar apabila aku perlu guide diri sendiri dalam menentukan arah dan segala keputusan dengan lebih sistematik as an engineer. Which means, you have to know what you need to know by yourself and why do you do what you do.
Apabila cabaran yang aku terima hampir mencecah capacity stress yang aku dapat terima, aku jadik tak stabil. Segala yang aku lakukan selepas tu adalah atas dasar nak survive, bukan cinta. So, aku perlu ubah balik mindset. Dengar Ustaz Kazim cakap, "Islam menyuruh kita lihat orang yang lebih susah." Somehow, aku rasa tenang sikit bila buat camtu. Aku cuba amalkan baca ayat seribu dinar dan surah Yusuf untuk lancarkan urusan.
The bottom line is, aku dah tak larat dah nak tanggung beban study nih lelame. Semoga urusan aku dipermudahkan supaya dapat grad next year, InsyaAllah..
P/s: balik Malaysia nanti konpem aku aktif blog balik.
Friday, November 18, 2011
Saturday, November 5, 2011
Monday, October 17, 2011
Tips Untuk Wanita: Shopping Dengan Pantas

Definisi "shopping dengan pantas" bagi aku ialah cepat membuat keputusan apabila nak beli sesuatu yang diinginkan. Bila kita shopping dengan pantas, bukan maksudnya kita main tibai je beli sesuatu produk tu tanpa menganalisis perbandingan harga dan kualiti pilihan yang kita ada. Shopping dengan pantas ni memerlukan ketajaman mata dan kecekapan otak untuk memproses segala data berkaitan dengan pilihan barangan yang terpacak di depan mata kita untuk mengenalpasti adakah berbaloi kita memilih barang tersebut? Ape kes Kak Besah spend 2 jam nak shopping kat kedai runcit? Padahal nak pilih garam je pon..
Terus-terang, aku memang suka shopping dengan pantas. Bila aku nak beli sesuatu, aku tak akan tunggu lama-lama untuk buat keputusan. Aku akan menggunakan segala resource yang ada (termasuk pendapat orang yang expert) untuk buat keputusan especially apabila ianya melibatkan gadgets yang mahal seperti smartphone ataupun laptop.
Tetapi realiti dunia, mungkin kebanyakan perempuan suka shopping lambat-lambat sebab diorang enjoy tengok-tengok barang walaupun tak beli a.k.a window shopping. Then try semua baju yang ada kat dalam MNG sampai store assistant maki-hamun dalam hati. Dah try baju tak reti nak lipat balik kan..
Bulan lepas, aku terase nak beli tablet PC. Tapi tak tau mana satu yang bagus. Apa yang aku buat ialah aku tanye adik aku yang expert pasal android, tanye membe, dan tengok review kat internet. Malam tu aku terus pergi Lowyat dan beli Acer Iconia A500. Buat apa tunggu esok kalau boleh beli harini? Then minggu lepas aku nak beli laptop baru untuk buat keje. Memandangkan aku malas nak review, aku tros tanye membe aku laptop mane yang best. Then, bile die reply, aku tros gi Canadian Computers and beli laptop tersebut. Aku dapat Lenovo dengan processor Intel I core 7, 15.6 inches dengan harga 688cad tak termasuk tax. Clearance sale. Tinggal satu jek kat kedai tuh. Harga asal 1099cad. Jimat gila babas! Specs lain seperti Graphic card, RAM, etc pun boleh tahan superb!
Begitu juga dengan sesiapa yang berminat nak beli DSLR, korang kene banyak mintak pendapat golongan experts kalau korang rase korang noob. Unless kalau korang kaya dan rasa boleh buang DSLR sesuke hati dan beli yang baru apabila ianya tidak memuaskan hati, thats up to you..
P/s: Esok nak dating ngan Avril Lavigne. Kene pakai semat-semat nih.
Subscribe to:
Posts (Atom)