Followers

Wednesday, August 3, 2011

Konspirasi Dunia Blog | Anonymous and The Gang

Pada awalnya aku sendiri nak tergelak bila tengok dunia blog dah jadi macam dunia politik kat luar sana. Huahahaha! Bring me the heat bebeh!! Isu yang paling hangat sekali ialah apabila blog kita diserang oleh "anonymous". Sekali lagi, ianya sesuatu yang menarik perhatian bloggers kalau cakap pasal anon atau "cik anon" ni. Ye la, ramai gak nak tau ape yang anon2 tu kutuk o kondem kan.. Sesetengahnya hati setuju ngan kata2 anon, tapi kepala geleng..
Adakah anonymous ini merupakan group gerila yang bergerak secara berkumpulan? Ataupun pejuang keadilan yang bergerak secara solo?

Untuk entry ni, aku cuma nak ulaskan sedikit-sebanyak tentang identiti "anonymous" ni. Sejauh mana kreativiti korang untuk buat spekulasi tentang identiti mereka?

1. Anonymous ialah mereka yang kuat sifat dengki.

Haaa.. Anak sapo le tu. Kenapa diorang nak dengki-dengki? Dark side manusia tuh.. Sesetengah orang (atau ramai) akan rasa dengki dan jeles apabila aliran dunia tak seperti yang mereka inginkan. Dunia sekeliling tidak menepati undang-undang yang direka sendiri untuk dunia mereka. Korang tak kenal pon anon tersebut, tapi die follow blog korang dan rase menyampah tengok korang apabila:

a) Komuniti menerima blog korang.
b) Korang berusaha keras nak naikkan dan promote blog.
c) Korang post pasal dapat earning ratus-ratus riban-riban dari blog tu.
d) Korang memang species manusia yang anon benci.

Tunjang utama yang membuatkan mereka benci ialah, mereka juga inginkan segala kesenangan yang korang dapat tetapi merasakan mereka tak mampu nak capai segala kesenangan tersebut walaupun berusaha keras.

2. Anonymous ialah kenalan terdekat korang.

Kenalan korang juga ada potensi untuk jadi anon ni. Motif mereka dapat dikesan dari cara diorang sampaikan message kat korang. Sesetengah mungkin ingin membantu korang memperbaiki blog. Tetapi yang lain mungkin komen atas dasar dengki/ backstab. Musuh di luar juga boleh membawa kepada musuh kat blog.

3. Anonymous adalah blogger otai.

Jeng jeng.. Aku tak tahu berapa ramai orang yang mampu terfikir camni. Motif? Mencipta satu agenda dalam dunia blog. Agenda sebegini dibuat untuk hasil jangkamasa panjang. Korang tak rase ke agenda anon tu dimulakan dari seseorang yang dah lame terfikir yang ianya akan menjadi sesuatu yang "panas". Korang pernah tengok cite "Burn Notice" atau pape cite yang berkaitan ngan politik tak? Tak pun tengok sendiri politik dalam negara. Konspirasi yang dibuat adalah hasil planning yang sangat teliti dan bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu bagi impak besar. Contohnye:

Cube korang bayangkan, blogger ni wat account baru sebagai anon pastu kondem blog sendiri. Lepas tu printscreen n wat entry. Brape banyak traffic masuk? hehehe.. Itu salah satu spekulasi.

Mungkin mereka juga buat atas dasar memantau blogger-blogger baru, memastikan mereka tak melepasi mana2 batas atau copyright dan terus cuba untuk memperbaiki diri.

Walau macam mane pun korang fikir, nothing is impossible n impossible is nothing. Mungkin aku anon? Mungkin korang anon? Who knows...

P/s: Entri ini hanyalah spekulasi semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Tuesday, August 2, 2011

Ayam Percik 5 Star | Antara Duit dan Nafsu

Tadi aku drive ke bazar ramadhan seksyen 3. Suasana takde la busy macam kat area PKNS. Niat di hati nak beli ayam percik kaler merah (semalam beli kaler kuning). So, aku pun melangkah kaki ke salah satu gerai ayam percik ni. Nampak sedap !! Kuah warna merah pekat. Aku pun pilih 3 batang untuk dibeli tanpa berfikir panjang.

Nafsu nak membeli tu membuak-buak sampai lupe nak tanye harge. Tengah-tengah nak pilih ayam tu, aku pun merajinkan diri untuk bertanya..

"Brape harge ayam percik ni sebatang kak?"

"RM7 dik.."

"RM3 kak?"

"RM7...."

"Ooo..yeke? Kalau camtu takpe la kak.."

Lantas aku ajak mak beredar dari gerai tersebut dan menuju ke bazar area PKNS. Sesak pon sesak la, janji tak kene cekik.

Aku tengok ayam percik tadi tu takde beza pun ngan ayam percik lain. Tapi harga RM7 sebatang !?? Semalam aku beli Rm3 jek.. Gerai lain pun jual RM3 jek.. Perghh.. Kalau aku beli 3 batang dah RM21.. Baik aku beli 5 bungkus nasi ayam madu.. Konpem kenyang yaa amat sampai ter"skip" terawikh..Keh2..

Datang terawikh..Jangan tak datang...

Aku Eksiden | AWAS: 18SG Tak sesuai untuk 18 tahun kebawah

Mase aku kecik-kecik dulu, aku suke main basikal. Ianya dah jadi macam rutin harian. Setiap petang lepas habis sekolah, aku akan keluar rumah untuk main basikal sekitar kawasan perumahan. Mase darjah 1, aku sekolah sesi petang. Kebiasaannya lepas balik sekolah, aku akan tros tukar baju n main basikal.

Sebagai seorang pelajar darjah satu Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, aku sememangnya berada dalam fasa hidup dimana tiada masalah dunia yang membebani diri. Budak-budak le katekan..Mood happy go lucky jek.

Tetapi...

Pada suatu hari, kebodohan telah melanda diriku. Pada waktu itu, aku rasa sangat gembira sebab dapat main basikal. Aku menyanyi dengan riang sambil mengayuh basikal pusing-pusing kat sebelah rumah.

Kebodohan terserlah apabila aku menunggang basikal tersebut dengan memejam mata sambil berimaginasi yang aku tengah terbang seperti Superman. Pada awalnya, perasaan syok memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku benar-benar merasakan yang aku sedang terbang di awangan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Perancis menyapu lembut ke muka aku yang suci tanpa jerawat ini. Akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia ketika itu..

Tiba-tiba..

Gedegangggg!!

Hamekk ko bahagia.. Apabila mata yang terpejam rapat ini dibuka perlahan-lahan, aku terlihat tembok-tembok batu megah berdiri di sekeliling aku. Setelah diteliti btul2, baru aku tahu yang sebenarnya aku telah terlibat dalam satu kemalangan yang paling sengal sepanjang abad. Dengan penuh kehormatan dan tatasusilanya aku masuk kedalam longkang bersama-sama basikal yang aku tunggang tadi.. Nak sangat jadik Superman, longkang yang aku dapat. Dengan badan yang sakit dan lebam-lebam, aku keluar dari longkang tersebut dan terus balik ke rumah.

Tu la kemalangan paling EPIC pernah aku alami sepanjang hidup.

Moral: Jangan menunggang basikal sambil pejam mata. Melainkan basikal korang ade sistem autopilot (tak habes2 sistem autopilot).

Monday, August 1, 2011

Cik Epal Komen Kat Blog Aku~ Terujanye I~ !!


Whoaaa!! Cik Epal komen kat blog akuu !! Sebenarnya aku buat entry sebegini atas dasar mengikut tradisi yang banyak kelihatan kat dunia blogging ni. Bila blogger femes follow kite atau komen kat blog kite, ramai akan cenderung untuk buat entry pasal tu. Korang rase kenapa boleh jadi camtu?

Kalau korang terbukak dan terbace entry ni, itulah jawapan die.. Ianya sesuatu yang menarik perhatian umum jika orang kenamaan @ orang yang dikenali ramai berinteraksi secara langsung dengan kita. Sesetengah pihak mungkin akan menyampah dengan tradisi sebegini, tetapi eventually they ll end up leaving out the argument. Tak tau la pulak kalau ade pihak yang letak dalil sendiri untuk entry sebegini.. Hahah.

Susah nak argue dengan universe tau sebenarnye. Nabi Nuh A.S pun amek mase 900 tahun untuk berdakwah even kearah kebaikan, yang mengikut brape puluh orang je..?

P/S: Entry NI la yg Cik Epal komen tu.

Oppss..Lupe lak aku puase| BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

*jemput click header diatas


Kejadian termakan atau terminum mase tengah puasa adalah tragedi yang acapkali terjadi kepada semua golongan terutamanya budak kecik yang baru nak start blaja puasa. Aku juga tidak terkecuali dan pernah mengalami insiden tersebut. Walaupun kita tahu bahawa kaum kerabat syaitonnnirojim semua telah diikat pada bulan Ramadhan, namun nafsu makan & kelalaian kita sendiri jualah yang menyebabkan kita terlanjur..

Kejadian yang pernah aku alami berlaku mase aku darjah 5. Time tu baru balik dari skolah.. Dah le balik jalan kaki, cuaca panas lak tu.. Dalam keadaan lutut yang dah longgar 3 inci, aku meneruskan perjalanan balik ke rumah dengan hati yang tabah.. Time tengah jalan tu tiba-tiba aku nampak bangla jual eskem naik motor selamba timba die jek lalu depan aku.. Lantas aku berdoa kepada Tuhan agar dapat memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah di bulan puasa ketika itu... Dah xde tempat lain ke die nak jual eskem.. Terliur aku dengar bunyik loceng eskem tersebut..

Sampai je rumah, aku tros baring depan TV n terlelap... ZzzzZzzz...

Pukul 3pm, aku bangkit dari tidur dalam keadaan mulut dibasahi air liur. Secara automatik, kaki aku melangkah membawa diri ke peti sejuk (tak sangka pulak badan aku ade sistem autopilot). Dan dalam keadaan separa mamai seperti lalat yang disembur ridsect, aku membuka peti sejuk tersebut... Fuhh, kemain banyak lagi jajan kat dalam tuh. Air gas ade, coklat ade, yuppy gummy bear ade, cornflakes pun ade..

Dengan konfidennye aku mencapai sebuah mangkuk yang berisi cornflakes lalu menyuap masuk bijirin sarapan berkhasiat tersebut ke dalam mulut sendiri. Tengah syok2 dok kunyah bunyik "krup krap krup krap", tetibe aku teringat insiden mase balik sekolah tadi dimana aku memaki hamun bangla jual eskem dalam hati sebab die jual eskem depan aku yg tgh puase ni..

Kedurjanaan.. Aku baru perasan yg aku tgh puase. Cornflakes dah separuh lumat dalam mulut nih. Tanpa berfikir lebih lanjut, aku terus ludah balik cornflakes lumat tu kedalam mangkuk yang aku pegang tadi. Apabila mangkuk tersebut dah berisi ludah aku, sudah tentunya aku terpakse buang segala isi mangkuk tu kedalam tong sampah.. xpepasal dah membazir..

Begitulah ending ceritenye...

P/S; makanan yang saye paling suke time kecik dan time dah besar jugak ialah ROTI JOHN. Sebab ianya best dan sedap melampau.


Please take your time for this =)