Followers

Thursday, June 2, 2011

Time Dilation : mampukah kita manipulate masa?

Time aku belajar konsep mende ni dulu, aku memang macam susah nak percaya gak tapi memandangkan cikgu dah cakap yang mende ni dah proven mathematically oleh Einstein, aku taknak argue ape-ape. Terserah kepada diri masing-masing untuk percaya atau tidak.

Sebelum meneruskan cerite, try fahami cerite dibawah dulu:

"Anda mempunyai kembar (same umur). Kembar anda naik kapal terbang dan pusing keliling bumi dengan kelajuan cahaya sebanyak beberape pusingan (katekan beberape tahun). Bile kembar anda turun dari kapal terbang dan berjumpe dengan anda, die still mude lagi tapi anda dah tua."

Percaye tak kalau perkara diatas yang lebih dikenali sebagai TWIN PARADOX boleh terjadik? (jika ada teknologi untuk bergerak sepantas cahaya). Kejadian tersebut adalah salah satu kes dimana TIME DILATION berlaku, dimana masa yang dialami oleh kembar anda kat dalam kapal terbang tu lagi pantas daripada masa yg dilalui oleh anda berdasarkan pemerhatian die. (Anda gerak slow motion dan die gerak macam biase --> berdasarkan pemerhatian die dari dalam kapal terbang tu)

Macam mane mende tu boleh terjadik? Saye akan explain secara simple dan detail untuk entry akan datang (Jumaat 3pm). Terima kasih sebab sudi bace entry jenis macam ni =)

Batuk-batuk: Aku kene Tibi ke?

Pagi tadi aku telah dikejutkan dengan suara mak yang mempunyai resonant frequency menyamai takat natural frequency gegendang telinga aku. Mak suruh siap-siap untuk bawak adik pergi hospital akibat bengkak kat tengkuk. Disebabkan aku ni mengalami batuk-batuk kecil yang annoying, mak suruh aku pergi check ngan doc sekali.

Keadaan menjadi semakin intense apabila aku ngan adik aku due-due orang kene X-Ray badan sebagai langkah pencegahan awal. Doktor cakap sekarang ni, penyakit Tibi ni makin teruk melanda dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira kakitangan kerajaan mahupun swasta. Ini virus lebih teruk lagi dari virus-virus benci dalam lirik lagu Laskar Cinta by Dewa 19.

Masuk kali ni dah TIGA kali aku menjalani X-Ray dan aku mule risau sebab badan aku cam dah banyak sangat ter exposed ngan elctromagnetic radiation. Kang sel aku mengalami mutation lalu aku menjadi X-Men kang sape susah? (Tapi kalau dapat power cm Professor X atau Nightcrawler siyes aku nak..)

Dan ingin aku tegaskan disini kepada semua untuk buat medical check up jika anda mengalami salah satu atau lebih perkara-perkara berikut:

1. Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu.

2. Batuk berdarah.

3. Demam berpeluh terutamanya pada waktu petang atau malam.

4. Kurang selera makan.

5. Berat badan yang menurun.

6. Mudah letih dan lemah badan.


So, jangan tangguh-tangguh mende ni sebab bahaye.

P/s: nak diagnose Tibi punye pasal aku kene cuba sedaya upaya menghasilkan stok kahak untuk 4 bekas walaupon tekak kering. Ade sape boleh ajar teknik berkesan? -__-

Wednesday, June 1, 2011

Nak Jadik Halimunan: Logik tapi bukan senang...

Dulu mase aku amek foundation kat Taylors University College, aku kene buat presentation topik bebas untuk subjek English. Dan aku telah memilih satu topik yang aku agak taksub suatu ketika dahulu: Philadelphia Experiment, 1943. Atau lebih dikenali sebagai PROJECT RAINBOW.

Almaklumlah time Perang Dunia Ke-2, negara-negara yang berperang masing-masing sibuk dengan invention tech2 baru dan military experiment. Salah satunye ialah Philadelphia Experiment nih.

Nak dipendekkan cerite, US dengan beraninye menjalankan satu experiment berdasarkan Einstein punye "unified field theory" untuk menghasilkan sebuah kapal perang halimunan. Nak lawan NAZI kot.. Dan experiment telah dibuat ke atas kapal perang bernama USS Eldridge beserta crew2 kapal diatasnye. Menggunakan konsep fizik dan matematik, diorang cuba untuk fix gravity dengan electromagnetic radiation. Sebijik electromagnetic machine telah disambung pada badan kapal..Nak tau ape jadik? Tengok bawah ni:




*gambar hiasan
*gambar bukan hiasan le pulak


Diorang report yang kapal ni hilang dalam fog+cahaya hijau, muncul di Naval Yard, Norfolk Virginia 300 batu dari tempat asal.. Lalu muncul balik di Philadelphia beberape minit kemudian.

Crew-crew kapal memang bernasib malang sebab badan diorang dah disintegrate ke molecular level bersama kapal, dan badan diorang cerai-berai bercantum ngan kapal. Ade segelintir yang direport dok kejap ade kejap xde macam biskut (atau siaran tv yg rosak). Yang mane terselamat menjadi gila, dan mati beberapa ketika kemudian sebab barah. Yang dah jadi wap pun ade.

So, diorang tutup kes ni, tukar name USS Eldridge kepade Leon dan xsilap aku disembunyikkan kat Italy. Dalam tahun 2000+ baru cite pasal ni kecoh kot. THE END

-Don't mess with the universe. It will kick your tuttt-

P/s: Nak wat entry pasal time travel ngan time dilation untuk entry akan datang. Mekaseh kpd yg minat entry jenis ni.

#2 Wordless Wednesday -->kali ni tak salah hari

Lifespan aku pendek seminggu tengok video ni..AARGHHH!



Siyesly video ni terlampau hebat sampai kepale aku tak mampu nak digest ape motif cite dalam video ni dan ape yg die nak sampaikan.. Antara video paling hebat pernah aku tgk, membuatkan lifespan aku pendek seminggu. Lakonan yang begitu MANTOPP sekali dan juge scene shooting paling brilliant sepanjang zaman.

Sebelum tgk video ni, pastikan anda mempunyai emosi yang betol2 stabil sebab kalau tak, u might end up dead in dark asylum.. AKu nk gi hantuk kepale kat dinding jap..

Please take your time for this =)