Followers

Wednesday, June 20, 2012

Tips dan Cara Tambah Berat Badan



Straight to the point, masalah utama orang yang kurang berat badan adalah kurangnya disiplin.
By definition, kurang berat badan ialah apabila BMI korang jatuh bawah skala normal iaitu kurang daripada 18.5. (Sila tanya Encik Google untuk cara kira BMI)

Dengan erti kata lain, korang boleh dikategorikan sebagai adik-beradik papan lapis apabila mempunyai BMI sedemikian rupa. Pelbagai alasan yang golongan ni boleh bagi apabila isu ni ditimbulkan. Antaranya termasuklah:

1) "Aku dah makan banyak gile sampai nak muntah dah.. Tapi tak naik-naik gak berat badan."
2) "Dah genetik aku memang kurus camni.. Tak boleh buat apa."

Di sini, aku ingin tekankan alasan pertama yang ditunjukkan di atas. Mungkin korang rase korang dah makan banyak gile, tapi itu ialah judgement perut korang semata-mata. 

Sebenarnya, kunci kepada kenaikan berat badan ialah jumlah kalori dan zat yang korang consume setiap hari. Dan ya, kita mempunyai formula untuk kira berapa banyak kalori yang diperlukan  setiap hari untuk tambah berat badan berdasarkan faktor berat asal, tinggi, umur dan jantina.

Jumlah kalori yang korang perlukan setiap hari boleh dikira menggunakan formula Mifflin-St Jeor untuk mengira Resting Metabolic Rate (RMR) korang.

RMR = 9.99w + 6.25s - 4.92a + 166g - 161

  • w = berat anda dalam kilogram
  • s = tinggi anda dalam sentimeter
  • a = umur anda dalam tahun
  • g = jantina anda (1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan)
Jumlah kalori yang anda perlukan untuk maintain berat anda sekarang ni ialah RMR x 1.15.

So, kalau nak tambah berat, kene la make sure korang consume kalori lebih daripada jumlah tersebut; at least 300-500 kalori lebih daripada jumlah tersebut. Sekali makan nasik 3 senduk besar bersama lauk ayam mungkin boleh bagi dalam 400-500 kalori. 

Aku dah cuba formula ni dan berjaya tambah berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu. Apa yang diperlukan hanyalah "real food" dan "disiplin". Kalau korang makan 100 botol pringles setiap hari sampai muntah pun belum tentu boleh tambah berat. Sebaiknya makanlah nasik, ayam, telur dan segala jenis sumber protein dan kanji yang berkhasiat. Avoid makanan tak berkhasiat seperti jajan dan cikedis. Aku amalkan konsep "makan setiap masa" dimana kalau aku takde keje, aku makan buah-buahan, roti , soup, telur separuh masak etc. Meal berat 1 hari 3 kali kene jaga especially breakfast. Disamping tu aku amek supplement protein sbb aku buat intense workout kat gym (ni aku tak sarankan sangat sebab ada long term side effect)

Sakit hati digelar "ikan bilis"? Sudah muak diejek "plywood"?
Lakukan perubahan. Anda mampu mengubahnya.






Monday, June 18, 2012

Astro bagi percuma semua channel ?


Kejadian tersebut bermula tiga hari lepas..
Pada suatu malam, adik aku tiba-tiba buat announcement khas kategori pengumuman rasmi depan TV. Dengan gaya seperti guru besar sekolah rendah, beliau mengumumkan bahawasanya astro bagi tengok semua saluran secara percuma !!! Realitinya, pakcik aku bukanlah seorang CEO Astro yang mampu memberi access percuma semua saluran kepada kami sekeluarga atas dasar pertalian darah.

Tetapi ini sememangnya satu kejuatan buat kami sekeluarga.. Pada mulanya, aku sangka rumah aku sorang je dapat siaran free, rupa-rupanya ramai lagi yang dapat jugak. Apesal Astro tetibe baik semacam je ni... Ke ada apa-apa agenda nih..

Persetankan segala agenda propaganda mahupun drama swasta Astro.. Aku harap, Channel free ni akan berterusan sampai EURO 2012 tamat. Tak payah susah-susah aku nak start enjin kete gi mamak semata-mata nak tengok bola. Duit minyak je RM2, megi goreng RM3.50, teh ais RM1.20.. Jimat RM6.70 satu match woo.. (please do check my math).

Kesimpulannya, find me on facebook HERE.

P/S: Sorry conclusion takde kaitan dengan topik.

Thursday, June 14, 2012

Hilangnya Harapan menjadi seorang Tutor Physics SPM

Sebenarnya aku pernah menjadi seorang tutor physics kat pusat tusyen after SPM dulu. Time tu, takdak pulak Cikgu tuan empunya tusyen tu mintak sijil kelayakan, surat beranak bagai, apatah lagi sijil kematian..

Setelah aku tamat pengajian, dikala waktu aku tengah terdesak memerlukan keje part-time sebagai seorang tutor.., time tu la sijil SPM aku nak menghilangkan diri. Aku rasa sijil tu dah selamat kene makan dengan anai-anai. Anai-anai tu pun mungkin tak mempunyai usia yang panjang, lalu menghembuskan nafas terakhir dan disintegrate bersama particle-particle sijil SPM aku yang dah menjadi sebahagian daripada protein tubuh badan mereka.

Yang bestnye, transcript degree aku major Mechanical Engineering dari top 10 engineering school Canada kalah dengan sijil SPM tuhh. Physics SPM tu aku boleh cover dalam masa 2 hari untuk jawab paper. Tapi sayang.., sijil SPM juga yang dicarik. Subjek advance physics yang aku amek time kat Canada kalah dengan physics SPM serta-merta....

Walaupun aku dah merajuk dan taknak keje sebagai seorang tutor lagi, aku still nak dapatkan balik sijil salinan SPM aku. Kepada sesiapa yang hilang sijil SPM or PMR, boleh cepat-cepat berhenti menangis, dan naik teksi menuju ke alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
ARAS 1, 2, 5 - 13, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA


Kalau pakcik teksi tu tak tau jalan.., suruh pakcik tu dok belakang, biar korang je bawak teksi tu. Mungkin pakcik belum mampu beli GPS.


P/s: Adakah keje 7 Eleven memerlukan sijil SPM?

ada gaya tutor physics x ?


Tuesday, June 12, 2012

Dari Canada, kembali ke Malaysia

It has been almost four years since I first came to Canada..
Things went pretty good..

Alam university dah habes, alam pengangguran datang dulu sebelum alam pekerjaan datang kemudian..
Blog ni pun tak tau la berapa lama boleh survive..
Mungkin aku ni bukan jenis yang 'expressive'.. Nak cite pasal kisah cinta, segan.. Nak cite pasal tragedi hidup, rasa malas pulak.. Nak cite pasal masak, blog myresipi.com dah cite semua..
Which makes me think that I'd be better off without blog.. Tgk la camne..

Target skang ni nak keje dgn oil and gas company, nak gaji cecah 8k sebelum umur cecah 28 tahun.. By umur 33, nak gaji 15k.. Seblom umur 40, gaji kene 20k+ at least..

Anyhow, nothing beats experience..


not so bad eyhh..






Please take your time for this =)