Followers

Thursday, June 30, 2011

AWAS !!! : Sesi Tayang Rambut Baru

Entry kali ni penuh dengan aksi vain. Bimbingan ibu bapa diperlukan untuk mereka yang berumur 15 tahun kebawah.






Diary Hari Ini

Nyampah gak tengok title entry ni. Diary tu~~ Sejak bile aku simpan diary?

Hari ni merupakan hari bersejarah sebab rambut aku dah officially bertukar kepada fohawk buat pertama kali dalam hidup. Niat dihati asalnye just nak spiky biase..Hamek ko sekali apek saloon tu bagi fohawk. Skang aku dah gengster *sangat, so bole apply berlakon untuk cite KL Gangster 2..Sapa langsi2 sama lu orang, kasi repot ja sama wa, biar wa kasi pecah itu orang punya pasu bunga depan rumah.

Hari Jumaat malam aku terpakse tido awal sebab Sabtu pagi nak drive gi JB.. Sensorang lak tuh.. Kang tetido dalam kete naya jek. Dah la kete takde built-in auto pilot cm kapal terbang.

Nak diumumkan gak kat sini yang SUNSHINE SMILE CONTEST punye tarikh tutup adalah 1 July. Marilah sertai sebelum terlambat..

Saya Join Contest The Best Picture Of Me


click pic diatas untuk join =)

Sekarang pukul 2:35am dan saya nampak blog Cik Nisa kat dashboard yang memaparkan entry tentang contest ni. Contest ni telah dianjurkan oleh Cik Engku Sofea.

Gambar yang saye nak pertaruhkan ialah:

This is THE BEST PICTURE OF ME because it was the first time i went on a ski trip. Pengalaman pertama sememangnya sangat best dan menyakitkan. Dengan suhu yang mencecah negatif 20 darjah celsius, saya menuruni gunung tergolek-golek tersembam sampai muke tertimbus ngan salji. Nak tahu cerite pada waktu tu, boleh jenguk kat SINI.

Rakan-rakan yang saya nak tag:


P/s: Muke kat dalam gambar bajet expert,.. time turun hamek ko berguling-guling..

STOVL F-35B.. Jet yang mampu landing cam helicopter



Sumpah stylo.. STOVL F-35B.. Bringing short take off and vertical landing to a new level.
Nak tapau satu leh tak? Fuhh...

Wednesday, June 29, 2011

Review: Transformer Dark Of The Moon

Secara keseluruhannya cerita kali ni memang best. Berbaloi untuk 2 jam setengah kat wayang.
Tapi yang tak bestnye, Megan Fox dah takde dan digantikan ngan Rosie Huntington-Whiteley, model Victoria's Secret.

Megan Fox ni pon satu, kalo nak kritik pon, tengok le dulu sape yang die nak kritik.. Megan Fox telah mengkritik Michael Bay sebagai "Hitler" kat set penggambaran dan merupakan "mimpi ngeri". Pastu Spielberg pon turut panas ngan kenyataan tu lalu menyuruh Michael Bay pecat si Megan Fox. Rugi..rugi.. Kalau aku dapat blakon cite Transformer sebagai janitor pon aku terime. Nanti dalam resume untuk apply keje bole aku letak "pernah berlakon sebagai janitor dalam filem Transformer". Mesti bos aku bangga.. Hueheh..

Macam biase, Transformer tak pernah mengecewakan. Cerita kali ni adalah pasal Sentinel Prime yang telah dibangkitkan untuk protect Autobots dan bumi,. Tujuan utama ialah nak protect senjata teleport dari jatuh ke tangan yg salah. Malangnya Sentinel telah betray semua pihak sebab matlamat die nak teleport planet asal die ke sebelah bumi untuk meneruskan ketamadunan kerobotan dan menjadikan manusia H.A a.k.a hamba abdi kepada kaum robot. Megatron pon ade gak dalam cite kali ni tapi injured terok sebab berlawan ngan Optimus dalam cite yang lepas. Tapi kali ni Megatron juge menjadi penyumbang kepada kemenangan Autobots.. Camne tuh? Tengok la sendiri..Ngehehe.


SEGMEN: Jangan Kau Tipu Aku!



Jemput click kat banner diatas untuk join =)

Tuesday, June 28, 2011

IKLAN FREE 24 JAM




Meh click kat flash header diatas..
Kenapa PS patot iklankan blog ni? Sebabnye saya ni merupakan seorang silent reader sejati untuk blog PS. Tanpa saya, sapelah PS (PS cakap nak poyo-poyo pon takpe.. hamek ni poyo sepam..gahahah)

Akhir kata.. Promote le blog saye PS.. Nanti saye promote balik.. Ngeheheeee...

Kepentingan Daya Tarikan Fizikal Dalam Hubungan


Secara general, tajuk diatas sepatutnye ialah Kepentingan daya Tarikan Fizikal Dalam Perkahwinan. Tapi zaman sekarang ni aku nampak orang yang kapel2 je pon dah macam laki bini, so aku tukar la tajuk kat atas camtu. Bukan niat nak menggalakkan lagi orang kapel, tapi sekadar nak kongsi info ni terutamanya untuk mereka yang dah berkahwin mahupun yang akan berkahwin. Untuk hubungan jangkamasa panjang, PENTING KE DAYA TARIKAN FIZIKAL NI?

Sebenarnya entry ini ditujukan lebih untuk kaum wanita. Sebabnya, kat entry ni aku akan explain pasal salah satu "fakta busuk" tentang lelaki dimana kebanyakan wanita nampak, tapi tak faham dan tak tahu nak explain. Dalam banyak-banyak entry pasal manusia yang aku buat, aku banyak kaitkan fakta dengan faktor biology, dan evolusi.. Kenapa? Nanti akan dibincangkan..

Berbalik kepada topik, dalam sesuatu hubungan ni physical attraction adalah satu faktor yang memang tak dapat sangkal lagi kepentingannya. Sape yang cakap tak penting tu, jangan nak membongak. Lumrah manusia nak sesuatu yang cantik-cantik. Sebelum ni aku pernah cerita pasal sifat manusia yang memilih pasangan berdasarkan faktor "physical resemblance". Boleh click kat SINI untuk baca.
------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam satu kajian, James McNulty dan rakan2 telah menggunakan segala kudrat yang ada untuk mencari jawapan tentang peranan "daya tarikan fizikal" dalam hubungan selpas kahwin. Mereka telah membawa 83 pasangan kedalam makmal untuk diuji dari segi "interaksi" dimana segala persoalan tentang "personal issue", dan "social" telah dibicarakan. Code yang digunakan ebagai indicator ialah: "DAYA TARIKAN FIZIKAL" individu yang terlibat dan "SUPPORTIVENESS" antara laki bini sepanjang analisis.

GUESS WHAT?

Hasil kajian menunjukkan "isteri yang cantik dalam pasangan, menunjukkan sifat yang lagi supportive dalam hubungan" manakala "suami yang hensem dalam pasangan menunjukkan sifat supportive yang kurang dalam hubungan". Untuk penjelasan yang lebih jelas:

"Bila si isteri mempunyai fizikal yang lebih menarik dari si suami, kedua-duanya akan menunjukkan reaksi positif dalam hubungan".

"Bila si suami mempunyai fizikal yang lebih menarik dari si isteri, pasangan tersebut menunjukkan reaksi negatif dalam hubungan".

KENAPA INI TERJADI?

Berdasarkan teori evolusi, daya tarikan fizikal adalah faktor yang PENTING bagi lelaki dalam pemilihan pasangan. Generally, physical attractiveness is more important trait for men than women. Oleh itu, si suami yang mempunyai isteri cantik berkemungkinan besar lebih hepi dan berkelakuan supportive dan positive dalam hubungan.

Sebaliknya, si suami yang kachak, mempunyai tendency untuk tertarik kepada orang lain. Pemilihan pasangan mungkin adalah untuk "short-term" bagi mereka. Ini akan menyebabkan mereka tidak puas dengan relationship yang ada dan kurang memberi support dalam "long-term" relationship so to speak.

Kajian masih tak dapat menjelaskan kenapa perempuan cantik kebanyakannya still supportive of their "less attractive" husband. Well.. berbalik kepada faktor biology, aku tak rase kepentingan faktor fizikal sangat-sangat penting bagi perempuan dalam pemilihan pasangan berbanding lelaki. But the bottom line is, kepentingan fizikal mungkin penting mase mule-mule carik pasangan. In the end sume tu berubah dan faktor lain pula akan memberi signifikasi besar dalam hubungan..

P/s: Nak share entry ni jemput la..Tapi pastikan tag saya =)

Source: Journal of Family Psychology

Segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya ingin menyertai segmen ini kerana saya sedang malas menaip entry..
Disamping itu, saya juga ingin membantu tuan segmen mencapai bilangan follower lebih 1k.

Jemput click kat link dibawah untuk join segmen ni =D
Hadiah menarik menanti anda!

http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/06/segmen-dan-cara-dapatkan-1000-follower.html

----------------------------------------------------
Nota kecik:

Sebenarnya sekarang ni blog saya agak sunyi sebab takde entry2 menarik yang boleh dibaca.
Tetapi saya dah pon mencari bahan bacaan dan artikel2 yang mantopp untuk buat entry pasal cinta dari pelbagai sudut pandangan. Kebanyakan entry pasal cinta yang saya akan buat lepas ni adalah berdasarkan kajian saintifik.. Harap entry tersebut dapat menjadi panduan hidup yg berguna untuk masa akan datang.

Peace..

Monday, June 27, 2011

Expidisi Pendakian Gunung Kinabalu : Antara Kecakalan, Trauma, dan Iktibar









Yg berbahagia, Tuan Pengerusi majlis/aktiviti, Encik Sidqi, pegawai penyelaras, Encik Ben merangkap ketua driver. Barisan para driver, Encik Sell, Encik Milan dan juga Encik Sidqi skali lagi serta barisan para pendaki yg dikasihi sekalian ( Encik Fauzee, Encik Han, Encik Faris).

Ini bukanlah ucapan rasmi tapi sekadar catitan ringkas yg xbrape nak ringkas kot mengenai ekspidisi pendakian Gunung Kinabalu pada 31 july n 1 august 2009 oleh Sid,Ben,Sell,Milan,Han ,Faris,Fauzee dan saya sendiri( Ashraf a.k.a Jabi).

31 July, 9am: Ktorang tiba kat checkpoint Timpohon selepas menaiki bas berhenti-henti drpd main entrance Kinabalu Park. Pendakian dimulakan. Destinasinye ialah checkpoint Laban Rata yg merupakan tempat berteduh ktorang dan para pendaki lain di atas gunung seblom mendaki ke puncak tertinggi. Jarak ke Laban Rata dari starting point ialah 6km dimana terdapat beberape pondok untuk merehatkan badan serta kaki yg bakal rase mcm nak tertanggal dalam 6km tersebut. Bekalan makanan yg sikit (pd aku la) diberikan oleh pihak agent pelancongan.

Kilometer 1-2: Salah seorang daripada kami hampir tewas akibat kepenatan dan hampir perlu diusung oleh brader pendaki yg diupah utk guide n jage ktorg dgn charge rm230 sekilometer. Tetapi rakan kite yg sorang ni dengan tabahnye menggunakan segala kudrat yg ade utk troskan pendakian sendiri . Tetapi beliau tetap discharge rm20 sbb mintak tolong brader tadi angkatkan beg (kire ok lagi la drpd rm230).

Kilometer 2-6: Kitorang 8 orang makin lame makin terpisah berikutan faktor stamina dan kekuatan fizikal serta mental yg berbeza. Ade yg dah daki jauh kedepan dan ade gak yg tertinggal kat belakang. Sepanjang perjalanan, terdapat beberape pondok yg dijadikan tempat ktorang lepaskan penat n rehatkan kaki yg semakin lumpuh. Akhirnya, kelapan-lapan pendaki yg agak hati kering ni (sbb bru bgon tdo, tros daki gunung tanpa sedikit stretching atau ape2 persediaan fizikal seblom mendaki) sampai gak kat Laban Rata seblom pukul 2pm. Kami tros makan2 cam org kebuluran dan agak byk gak makanan dibazirkan (Sid cakap kalo dah bayar rm800 sorang utk ekspidisi ni, takpe kalo nak bazir). Pastu ktorang pon gi la tdo. *P/S: hampir sume pendaki nak demam coz ye la, 5 jam mendaki, curam lak tuh jalan,. Kalo rata xpe gak..

Kilometer 6-8: Tepat kol 2am, ktorang dah bersedia kat luar hotel/dorm/pape jela. Cabaran seterusnya adelah pendakian ke puncak Gunung Kinabalu , Low’s peak yg berade 4095.2km above sea level. Berkali-kali kitorang diingatkan oleh brader2 yg jage ktorg yang cabaran kali ni bukan mudah dan ade kaitannye antara hidup dan mati. KESELAMATAN DIRI TANGGUNGJAWAB SENDIRI. Kitorang juge dimaklumkan ade sorang pendaki pompuan yang terbang ditiup angin semasa dalam pendakian ke puncak,. Kitorang juga diingatkan yang kitorang akan mendaki curam 90 degree dengan hanye menggunakan tali tanpa safety equipment panjat gunung yg canggih etc. Memule ingatkan senang je, skali da panjat…,trauma jadiknye.

Kat kilometer 6-7 , ktorang daki batu2 besar yg bertaburan serta curam menghala ke atas. Kaki mmg toksah cakap la, terseksa woo.. Hampir je ke kilometer 7, ktorg kene panjat gaung yg 90 degree tuh, takotnye xyah cakap la.. Aku mengucap byk2 b4 panjat.. Pastuh, Sid lak kene tiup angin n langgar la beliau ngan sebatang pokok yang tak bersalah..Tapi Alhamdulillah beliau serta pokok tersebut selamat serta xdepon konflik yg panjang.
Kat Kilometer 7-8: Angin bertiup sgt kuat dr atas, dan kiri kire2 50-60km/h. Kabus lak sangat tebal dan keadaan lak gelap. View range terhad pd 1meter radius jek dan ktorang mendaki berpandukan tali. Aku, Han, Pojie dan Milan berade dalam jarak dlm lingkungan 50m antara satu sama lain. Empat pendaki yg lain brade di depan ktorg. Akibat angin yg sgt kencang, dan sangat sejuk, kaki sakit gle, aku,han, Milan , n pojie terpakse jalan/daki tak lebih dr 20 langkah lalu meniarap secare berturutan. Mase meniarap tu, aku rase cam dah nak pengsan (cm nak kene hipotermia ade gak). Air botol aku angkat ngan tgn yg menggigil, n minum seteguk, tutup botol, n mendaki balik.

10meter dr puncak: Sid, Ben, Sell n Faris dah siap smapai puncak n nak turun balik, Sell suruh aku panjat tros sampai Low’s Peak tu.. Time tu siyesly aku dah xmampu nak tampung kaki sndiri n 1st time rase nak pengsan btol2. Time tu aku dah nak give up dah..Milan, Pojie n Han 20m kat blakang aku. Memikirkan rm800 yg dah dibayar utk pendakian serta sijil n tujuan utama datang ke Sabah, aku kuatkan gak kaki n tangan, genggam tali kuat2 n panjat ke puncak. Pastu Milan n Pojie sampai. Aku amek camera aku, pas kat sorang mamat pendaki, n lalu die amek pic ktorg kat puncak.

Utk ekspidisi turun dari puncak, cabarannye mmg xkurang gak ssh , tapi malas nak selitkan kat sini. Biar la sesape pendaki yg len wat catitan pasal ekspidisi turun gunung..Yg semestinye aku tobat xmo panjat lagi, TRAUMA dah..Nampak gunung je aku jadik cm kene sawan.
-Ashraf a.k.a Jabi-

Sunday, June 26, 2011

Cerita Di Sebalik Header Blog



Sebenarnya, gambar yang aku gune untuk header kat atas telah diambil oleh seorang kawan..

Agak-agak ramai tak orang boleh jawab kalau aku tanye lokasi dalam gambar tu katne?
Hehhee..

Secara jujurnya, gambar tersebut diambil kat ruang tamu basement umah aku kat canada .. Tu adalah rumah 1st yang aku pindah masuk. Basement tersebut telah dijadikan studio jamming oleh membe2 aku yg kaki jamming.
Lampu warna-warni kat belakang tu sebenarnye adalah lampu raya yang telah dililit pada drum.

http://www.flickr.com/photos/frawees89/

Link kat atas ialah website flickr membe aku yg amek pic tu, Frawees photography.. Jemput usha hasil2 tembakan beliau yg mantap..

Pic header tu telah disnap menggunakan canon T1i dan lense portrait 50mm 1.8f + speedlight canon.

LAWA TEMPLATE NIH


Hari ni aku dok busy usha template baru je.
Dalam banyak-banyak yang aku usha, salah satu template yang aku rase lawa ialah seperti dalam pic kat atas tu.
Yaaa...hahah.. Memang berbunge, tapi composition kaler superb.




Yang kat atas ni pon lawa gak!
Aku rase nak tukar template kepada yg ni..
rase cam tenang je bile masuk blog sendiri ngan template tuh..
Agak-agak ok tak?
Fikir-fikir..
Hrmmm..

Rules Of Being Human

Rules of being human.

1. You will learn lessons. Every person or incident is the Universal Teacher.
2. There are no mistakes, only lessons. Growth is a process of experimentation. "Failures" are as much a part of the process
as “success."
3. A lesson is repeated until learned.
4. If you don't learn easy lessons, they get harder.
5. You will know you've learned a lesson when your actions change. Wisdom is practice.
6. Your life is up to you. Life provides the canvas; you do the painting. Take charge of your life

Friday, June 24, 2011

Adventure of Pan-kun and James EPISODE 14

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.











Adventure of Pan-kun and James EPISODE 13

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.











Adventure of Pan-kun and James EPISODE 12

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.











Adventure of Pan-kun and James EPISODE 11

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.







Adventure of Pan-kun and James EPISODE 10

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 9

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and james EPISODE 8

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 7

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 6

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.





Adventure of Pan-kun and James EPISODE 5

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 4

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 3

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 2

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.









Adventure of Pan-kun and James EPISODE 1

Enjoy the adventure of Pan-kun and his bulldog friend, James, embarking on a variety of "human" tasks, like buying groceries, planting a rice paddy, or catching insects.











BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU


Click pada Banner diatas untuk join =)

Saya nak bahagikan masa untuk berbelog, membantu dan belajar senang je.

Kebiasaannye saya akan siapkan entry in advance. Kalau mak mintak tolong, saye buat je auto publish. jadi blog saya takkan terabai, tanggungjawab sebagai anak juga takkan terabai (poyo nih..=P)

Mak saya tak beberape kesah sangat kalau saya berbelog sebab saye pon bukannye ade keje skang. Tengah cuti sem. Lagi bagos saya berbelog daripada mengabeskan duit enjoy kat luar. Minyak kete dah le mahal.

In my point of view, berbelog ni bagos sebab dari sini saya telah diexposekan kepada macam2 info dan isu semasa. Bertambah la gak general knowledge kann. Lagipon ia adelah satu medium untuk hilangkan stress (especially bile bace entry2 dengan penulisan jenis lawak+cakap direct cm penulis senja).
Pastu saye rase berbelog ni bagos sebab ia memaksa saya untuk mencari reliable sources dan study/digest maklumat tersebut sebelum publish entry2 mengandungi informasi.

Antara kejayaan yang saye rase puas hati termasuklah entry:


Ramai yang bagi feedback kat entry2 tersebut. Mekaseh kepada mereka sebab buat saye rase berbaloi post entry sedemikian. Tak sesia cari maklumat. heheh..


Kenali Prof Saya

Prof. Cynthia Cruickshank
  • Design and optimization of solar thermal systems
  • Sensible and latent heat storage
  • Energy efficient and net-zero energy buildings
  • Load management
  • Conventional and alternative energy systems
  • Renewable energy research and technology development
Beliau adelah prof paling cantik yang pernah mengajar aku.
Subjek yang beliau ajar ialah Thermodynamics II.
Pelajar-pelajar lelaki selalu bersemangat nak datang kelas sebab die lawa.
Pastu die selalu kene kacau ngan student2 lelaki.
Merupakan seorang yang innocent dan pemalu.
Selalu gelak sendiri bile terbuat silap atau adengan clumsy.
Die baru kawen aritu.. Konpem ramai yang frust menonggeng. termasuk aku

Prof. Mojtaba Ahmadi
  • Robotic analysis, design, and control
  • Machine and biological locomotion
  • Mechatronics, linear and nonlinear control
  • Simulation, virtual reality, distributed and real-time control
Merupakan prof subjek Dynamics 2nd year dulu.
Seorang yang semangat time mengajar.
Selalu menceritakan pengalaman beliau mase keje buat robot.
Kadang-kadang suke bangga diri sket sebab
die pernah cite pengalaman memperbetulkan kesilapan prof lain. =P

Prof. Andrei V Artemev
  • Computer Modeling of Microstructure Evolution in Casting Processes
  • Stochastic Modeling of Crystal Growth
  • Phase Transformations in Solids and Recrystallization
  • Atomistic Modeling of Defect Structure in Solids
Seorang prof yang bercakap dengan accent Russian.
Aku dengan membe selalu nak tergelak time die bercakap
sebab kadang2 semangat sangat sampai tersembur ayaq lioq.
merupakan Prof yang mengajar aku subjek Materials.

Prof Ian Beausoleil Morrison
  • micro-cogeneration based upon fuel cells and Stirling cycles
  • building performance simulation
  • optimization of solar energy utilization
  • alternative cooling approaches
Antara Prof legend uni aku yg merupakan Canada Research Chair
untuk innovative energy system.
Merupakan Prof yang mengajar aku Thermodynamics I.
Baik hati dalam pemarkahan.

Prof Hanspeter Frei
  • Orthopaedic biomechanics
  • Orthopaedic implant design and analysis
  • Tissue engineering
Merupakan Prof Mechanical Biomedical.
Bercakap menggunakan accent Austria ala2 Arnold Schwarzenegger.
Mengajar hanya menggunakan Ipad.
Pada akau beliau juga baik dalam pemarkahan.
Mengajar aku Solids II.

Prof John A. Gaydos
  • Wetting, spreading and coating behaviour of liquids
  • Surface thermodynamics and theory of capillarity
  • Low Reynold’s number fluid mechanics (e.g., creep flows)
  • Behaviour of thin films, surfactants, bilayers and two-dimensional solids
  • Contiuum thermodynamics
Merupakan Prof Fluids II aku.
Prof paling genius sampai bebudak tak paham ape yang die ajar.
Merupakan Prof yang paling dasyat dari segi kesusahan soalan yang diberi time final exam.
Student kalau boleh taknak dapat pape subjek under Prof ni coz life's gonna be a living hell.

Prof. M john D Hayes
  • Geometric Modelling and Computer Simulation
  • Space Robotics
  • Automated Optical Robot Calibration Systems
  • Robot Mechanical Systems
  • Theoretical Kinematics
Merupakan Prof yang mengajar intro to engineering dan juga engineering design.
Seorang prof yang lawak ala2 Jim Carrey.
Kalau screw up midterm atau assignment, beliau takkan teragak-agak
untuk mencarut (mother F**ker, F**k, son of a b**ch sume leh kuar)

Prof Xiao Huang
  • Design and Fabrication of Advanced Thermal Barrier Coatings
  • Development of Composite Erosion and Oxidation Resistant Coatings
  • Sintering of Porous Media for High Temperature Applications
  • Wide Gap Brazing of Superalloys
  • Diffusion Bonding of Titanium Alloys
  • Plasma Spraying
  • Development and Optimization of Welding Processes
  • Component Failure Analysis and Prevention
Merupakan Prof Materials 1 waktu 2nd year dulu.
Prof yang mempunyai percakapan yang jelas dan fluent.
Rase die cool sbb pernah involve dalam manufacturing enjin kapal terbang.

Prof. Matthew Johnson
  • Novel methods for detection of fugitive emissions
  • Greenhouse gas and PM (soot) emissions quantification of oil-field flares
  • Novel optical diagnostics for measuring soot flux in plumes
  • Bio-fuel powered, micro-cogeneration for residential heat and electricity
  • Aerodynamic stabilization of ultra-lean flames for emissions reduction
  • Novel laser diagnostic techniques for emissions measurement and characterization
  • Stratified combustion
  • Aerosol deposition in the human nasal passageways
Prof Fluids I.
Aku selalu ponteng kelas die, so taktau nak cite pasal ape. Gahahah.
Tapi die baik gak dalam pemarkahan.

Prof Robert G Langlois.
  • Multibody dynamics
  • Aircraft/ship dynamic interface analysis
  • Vehicle dynamics
  • Mathematical modelling and computer simulation
Antara Prof legend sebab jadik manager untuk projek simulator aircraft 4th year.
Mengajar aku Dynamics of Machinery.
Prof yang sangat berbudi bahasa dan taktau nak marah orang.
Tapi bagi markah exam agak hampeh.
Aku pernah jumpe die secara personal pasal tak puas hati ngan markah exam.
Malangnye tak dapek die nak nolong.

Prof. Rong Liu
  • Fracture Mechanics
  • High-temperature Materials & Composite Materials
  • Surface Coatings
  • Finite Element Analysis
Prof yang paling baik hati dalam memberi markah.
Tetapi accent cakap susah nak faham coz lidah die mmg tak sesuai ngan english.
Merupakan Prof Solids I aku.

Prof. Jurek Z. Sasiadek
  • Robotics & Automation
  • Control Systems
  • Guidance, Navigation, and Control
  • Aerospace Control
  • Fuzzy Logic Systems and Neural Networks
Merupakan Prof Mech and Aerospace Engineering Lab.
Aku rase ni adelah prof yang paling dibenci oleh student.
Sebab even budak genius dapat markah rendah, apatah lagi budak biase cm aku.
Merupakan Prof yang aktif join aktiviti2 engineering kat luar.
Semua persatuan engineering beliau nak masuk.

Please take your time for this =)